Thursday, 5 October 2023

Donate Baju, Beli Pokok 🪴


Kisahnya, Ahad lepas kami hantar baju² terpakai ke program 👆 Tak banyak pun,  baju² Adiklah yang sempat Ummi sorting. Actually ada banyak lagi tapi tak angkut pun semua sebab kami pun tak sure tempat ni macamana... Kalau Pusat Kitar Semula Komuniti di Precint 9 tu yakinlah kami nak menghantarnya sebab diuruskan oleh Alam Flora. Bukan apa, Ummi sayang kalau kita donate baju tapi baju² tu tidak diuruskan dengan sebaik-baiknya. Baju² yang Ummi hantar pun bukan baju tak elok, semuanya baju yang masih elok yang kebanyakannya let go sebab dah tak muat. Nak bagi anak² sedara, cucu² sedara pun kebanyakannya hampir sebaya, means tak muat jugalah kan... 

Pakaian yang elok...

Pakaian untuk dilupuskan...

Ada beberapa orang remaja baya² Abang yang volunteer angkat kotak dsbnya. Bagus penganjur, libatkan sekali anak² remaja 👍 Kata salah seorang urusetia, biasanya 2-3 bulan sekali diorang buat program ni. Bolehlah Ummi sorting lagi baju² yang boleh disumbangkan. 

Selain pengumpulan baju, di dewan ni juga ada kebun komuniti. 

Buah anggur 🤩
Angah dapat rasa sebiji buahnya...ada pengunjung lain tolong petikkan utk dia :) 

Ada jualan anak-anak pokok...
Ummi beli pokok roselle, kesum, bendi dan bunga warna biru tu ... semuanya RM28 je... boleh tawar menawar sebab depa nak jual dan replace dengan pokok-pokok lain pula katanya. 

Balik rumah terus Ummi repotting pokok² ni... 

Lepas 2 hari, bunganya kembang ...
Tapi, check pagi tadi dah gugur pulak bunganya. Harap² yang lain lekatlah bunganya jadi putik buah 🤲

 Hidup subur ye Cik Kesum 🤗
So far, Ummi belum berjaya tanam pokok kesum ni lagi. Harapnya kali ni hidup aamin. 

Seri laman :) 



7 comments:

  1. Bagus sangat program kutip baju terpakai ni kan.

    ReplyDelete
  2. wahh sejuk sgt tgk pohon2 menghijau nih., ;p

    ReplyDelete
  3. Kalau hidup Cik Kesom tu boleh la selalu melaksa dan mengasam pedasss.

    ReplyDelete
  4. Bagusnya ada tempat gini kan.

    Saya sependapat dengan PH, macam kurang yakin kalau nak hantar pakaian yang elok tapi tak muat ke pusat pengumpulan. Prefer bagi terus kepada orang yang nak pakai. Kalau yang nak lupuskan tu oklah.

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni kalau nk hantar baju terpakai yg masih elok dah tak susah hati sejak PH share yang kat Presint 9 tu..TQ PH

    ReplyDelete
  6. Saya pun kalo nak donasi baju tak terpakai biasanya tawarkan ke tetangga atau keluarga disekitar rumah yg masih banyak tak mampu. Untungnya karena badan saya kecil, jadi baju2 saya memang banyaak yg cukup untuk remaja2 sini 😅. Bisa mereka pakai.

    ReplyDelete
  7. Kat mana la agaknya ni ye. Setahu saya ada tempat mereka bela lebah juga kat Presint 9 ni. Teringin nak pergi juga.

    ReplyDelete