Wednesday, 4 October 2023

Greendoor @ Greenwood

Di homestay ni la majlis sambutan hari jadi Lily diadakan Sabtu lepas. 

Walaupun biasa lalu jalan utama Greenwood ni, tak pernah perasan pun homestay ni. Rumah corner lot di Taman Desa Minang. Dan namanya Greendoor sebab pintu utama memang dicat warna hijau. Pintu jenis melengkung, ada cermin kecik2 tu... lupa pulak ambil gambar, jadi Ummi copy dari website Greendoor sendiri. 

Credit: Source 

Cantik dan dilengkapi pelbagai kemudahan di homestay ni. Dekorasi sederhana tapi rumah ni dibina seolah tuan rumah yang akan duduk, it is properly built with good quality materials. Dan nampaknya rumah ni relatively baru diubahsuai, memandangkan kawasan perumahan ni perumahan yang agak lama. 

Ruang menonton, living room, dining dan kitchen semua dalam satu area; open concept. Dekat bawah ni ada satu bilik dan tingkat atas 4 bilik. 

Mama Lily jemput kami house tour jadi sempatlah Ummi Walid cuci mata :)

Ada loteng..
Jom naik!

Lawa! 
Boleh kot nak BBQ atas ni or sekadar kupi-kupi memalam atas ni. Nak kira bintang pun tak jauh sangat, tinggi loteng ni :p 

Nampak ikan² duyung tengah berenang :p 
Owner memang deko cantiklah rumah ni. 
Halaman diletakkan artificial grass. 

Modern design for bathroom. 

Dekat pool pun lengkap disediakan shower, bathroom and toilet. Proper macam pool di hotel. 

3-phase meter untuk support bekalan dan kegunaan elektrik. Nampaknya owner sangat menitikberatkan keselamatan penyewanya sebab rumah ni ada beberapa unit airconds dan pelbagai kelengkapan eletrik yang lain

Tempat ni Ummi rasa kalau nak buat family gathering or small scale events macam bertunang ke, nikah ke sesuai ni... Fasiliti lengkap dan tempat pun cantik. 

Greendoor @ Greenwood 
1, Lorong DM1
Taman Desa Minang
68100 Batu Caves
Selangor
No Tel: 014-724 1994

10 comments:

  1. wah dkt desa minang ada homestay siap ada pool...menarik la bdk2 kn ..pantang nmpk pool hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun baru tahu...bolehlah nak buat family gathering kat sini...

      Delete
  2. Tertarik dengan design pintu melengkung tu.

    Bagus pool siap bathroom, senang nak bersihkan diri dan salin pakaian sebelum masuk rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan? Sy pun suka, nampak macam country English :)

      Delete
  3. Cantik tu, tak dapatlah nak lawan homestay cabuk kami di Gombak Setia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe tuan, masing-masing ada kelebihan tu 😁

      Delete
  4. Menarik ni...family ramaia budak2 sure seronok stay kat sini

    ReplyDelete
  5. cantikkk.... meriah la bebudak mandi pool kan

    ReplyDelete
  6. Saya suka loteng tu...
    Pernah berangan nak buat loteng macam tu kat rumah Kedah...Tapi mak tanya saya..
    ," nanti larat lagi ka nak naik tangga tinggi- tinggi?"
    Hihihihi

    ReplyDelete
  7. Cantik pulak pintu hijau. Ala ala Inggeris pulak. Loteng tu kan PH memang kalau saya gayat nak panjat sampai atas tu.

    ReplyDelete