Lepas kursus umrah dapat merasa kurma segar, 2-3 hari lepas dapat pula kurma Ajwa! Allahu Akbar, berturut-turut pula ☺️
Nenek Medina bagi buah tangan dari Tanah Suci. Cik Tah sampaikan kepada Ummi petang semalam, alhamdulillah ingat mereka pada kami. Medina ni kan bff Kakak tahun lepas. Tahun ni tukar kelas, bff pun tukar 🤭
Kacang cerdik dan kurma kegemaran Ummi. Ummi ni tak kira apa jenis kurma, semua Ummi suka. Tekak Arab! Haha...
Hari yang sama juga ada aktiviti masak memasak unit beruniform. Adik bawa balik sandwich sardin ni untuk Ummi. Cikgu HN suruh ambil sorang satu, termasuk murid-murid darjah 1 yang dok tunggu abang kakak habis Gerko. Meriah nampaknya aktiviti semalam. Kakak buat roti lilit, tinggal sekejap tengok² dah hilang rotinya yang sedang dipanggang atas unggun api! Angah pula bawa sosej seperti yang diminta. Rupanya kena goreng dulu sosej tu, tapi info tak sampai kepada dia. Selamat sosej Ummi haha...
alhamdulillah rezeki..
ReplyDeleteCerdiknya kakak :)
ReplyDeletesaya pun suka kurma dan kekacang. kena kat tekak
ReplyDeleterezeki pelbagai jenis buah kurma...kacang cerdik fav
ReplyDeleteoo kacang cerdik namanye baru wak tahu., hehe
ReplyDeletebaru tau nama lain pistachio ialah kacang cerdik 😃
ReplyDeleteRezeki dari tanah suci tu....
ReplyDeleteSaya sangat suka kalau makan kurma...buang bijinya sumbat pula kekacang...aduh sedap sangat
ReplyDeleteKalau dpt hadiah dr tanah suci, dah pasti kacang dan coklat yg paliiiing saya suka 😁. Kalo kurma LGS bagi orang lain 😅
ReplyDeletesuka..baru2 ni dapat minum air zam zam, biras bagi minum segelas kecil..lepas tu ada kurma ajwa jugak...amboi..sandwich untuk ummi ye
ReplyDelete