Sunday, 8 October 2023

Masak Pulut Kuning & Rendang Ayam Goreng ala Mak Cella

Terima kasih banyak kepada rakan-rakan yang mengirimkan doa kejayaan untuk Angah 💐

Dah lama plan nak masak pulut, tapi asyik bertangguh. Jadinya bila Mak Cella masak Pulut Kuning dan Rendang Ayam Goreng,  berjangkitlah kerajinan beliau kpd Ummi :D Ummi masak pulut ni untuk sarapan pagi minggu.

Pulut Kuning dan Rendang Ayam Goreng 
Terima kasih: Mak Cella

Pulut Kuning 
Bahan-Bahan: 
1½ kg pulut - guna 3 cawan 
2 asam keping
2 sudu kecil serbuk kunyit
½kg santan pekat segar - 250 ml santan + ½ cawan air 
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
1 pandan - gunting beberapa helai daun pandan sebagai alas periuk kukus 

Cara Penyediaan: 
1. Cuci dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping. Rendam semalaman @ sekurang-kurangnya 4 jam
2. Basuh pulut untuk kurangkan sisa serbuk kunyit dan kukus hingga masak. Anggaran ½ jam.
3. Tambah gula dan garam dalam santan pekat.
4. Bila pulut masak,angkat dan tuangkan dalam bekas besar.Gaulkan dengan semua santan dan kacau rata sambil ditekan -tekan pulut hingga santan meresap dan nampak berkilat.
5. Alas pengukus dengan kain maslin dan tuangkan pulut atas pengukus.Kukus semula pulut bergaul santan TANPA menutup pengukus. [Mula tu Ummi tutup periuk kukus macam selalu, lepas tu baru ingat Mak Cella kata jangan tutup supaya pulut tak lembik dek air wap yang menitis dari tudung periuk tu ]  
6. Kukus hingga naik wap lebih kurang 10 minit dan pindahkan dalam bekas. Sedia dinikmati. 

Rendang Ayam Goreng
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam potong 16
( lebih kurang 2kg++)
1 kotak santan Kara + 1 cawan air - guna santan segar 250ml
2 asam keping
1 keping kecil gula melaka
( boleh ganti 2 sudu gula perang)
2 sudu kerisik
4 sekawan untuk tumis
( kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga) serba 2 pcs
Minyak, garam, daun limau purut

Bahan Kisar:
30 cili kering- rebus
1 labu bawang Holland
5 bawang putih
2 batang serai
5 hiris lengkuas

Cara Penyediaan: 
1. Gaul ayam dengan garam kunyit dan goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan tumis bahan kisar. Masak hingga naik minyak
3. Masukkan ayam goreng dan santan + 1 cawan air .Tambah garam, gula melaka,asam keping serta daun limau purut. Masak hingga mendidih.
4. Masak hingga agak kering + tambah kerisik. Perlahankan api sambil kacau hingga kuah mengering dan naik minyak. Sesuaikan rasa. Tutup api. Siap!

Alhamdulillah sesedap rasa rendang dan pulut kuning Ummi kali ni. Terima kasih Mak Cella atas resepi dan tips yang dikongsi. Mudah-mudahan beroleh pahala yang berpanjangan 🤲

Dah siap semua tu, marilah kita bersarapan... Ajak² ayam (🤭) la puan empunya resepi sekali ...

Rupanya Mak Cella pun baru nak sarapan... 

Lama tak sebut perkataan "menyeghok" ni 😁


15 comments:

  1. Bahasa utara kan? Kalau balik kg suami ada sebut perkataan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Ezna, orang Utara biasa sebut perkataan ni :D

      Delete
  2. sedapnya PH... sy blom lg try tips buat pulut ala mama cella... masih x konfiden lg nk buat sendiri

    ReplyDelete
  3. Walaupun ajak-ajak ayam tapi macam terasa pulut tu kat mulut..dapat sekepal dua cicah kuah rendang pun tak pa dah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak haha...
      Tapi kalau dekat bagi dah buah raso² :D

      Delete
  4. sedappnya kena gabung dgn rendang baru kena pulut kuning ni kan.

    ReplyDelete
  5. Eh, hari tu nampak gambar ni kat blog Mak Cella masa dia tgh sarapan, hahahha.

    ReplyDelete
  6. Seronok sungguh bila kerajinan boleh berjangkit. Entah bila saya nak dijangkiti ni 😄

    Belum pernah makan rendang guna ayam goreng. Menarik ni, variasi rendang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...
      Sy pun baru first time buat rendang ayam goreng ni ...

      Delete
  7. Ingat tiktok je ada racun…blog pun sama jugak

    ReplyDelete
  8. menyengok....1st time dgr..
    dapnya...lama jugak x buat & makan pulut ni..emmm

    ReplyDelete
  9. Duuuh rendang ayamnya 😍😍. Dulu mama sering buat. Saya pun LBH suka rendang ayam drpd sapi sebenernya kak. Tapi sejak pindah ke Jakarta, dah tak pernah buat sendiri 😅. Tunggu mama datang lah. Tak rajin memang saya kalo masakan dah banyak ingredients 😂😅

    ReplyDelete
  10. Nasib SA x leh makan pulut...kalau boleh dengan SA sekali berjangkit nanti..hehehe

    ReplyDelete