Inilah Kari Ikan Tanpa Santan airtangan Ummi, yang resepinya Ummi ambil dari blog Kak Amie.
Ummi gunakan ikan tongsan. Nampak segar elok ikan ni, siap dipotong. Ambillah sepeket.
Isinya seakan ikan siakap, tapi ada tulang halus dicelah-celah isinya. Tak banyak tulangnya tapi tetap kena hati-hati.
Lain sikit cara masakan Kak Amie ni, tapi itu yang buatkan Ummi nak sangat cuba :D
Terung dan kacang panjang perlu digoreng terlebih dulu. Warna terung dan kacang panjang tu kekal bila digoreng, cantik!
Kemudian, tumislah bahan hiris; bawang merah + bawang putih + bawang besar + halia beserta halba campur, serai dan daun kari. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari ikan + serbuk cili. Tambah air jika kering. Tumis hingga pecah minyak. Tambah air dalam 2 cawan, biar hingga pecah minyak dan mendidih. Masukkan ikan dan biar hingga ikan masak. Masukkan tomato ceri dan perisakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kemudian masukkan jus limau nipis. Kacau sebati karinya. Tutup api, masukkan kacang panjang dan terung tadi. Hidang panas².
Seperti selalu, ambil gambar dalam periuk je mampu haha...sampai di meja makan, tak sempat dah nak berfoto bagai 🤭
Ada kelainannya rasa kari ikan ni bila guna jus limau nipis. Rasa masam tu lain, tapi sedap!
Untuk resepi lengkap, sila ke dapur Kak Amie. Terima kasih daun keladi ye Kak Amie 🌷
wah.. rare resepinya bila guna jus limau nipis tu... lepas tu terung n kacang panjang pulak digoreng.. menarik jugak ye resepi kak amie ni
ReplyDeleteAda masa nanti cubalah Kakmim, terasa juga kelainannya.
DeleteNampak terung ni terus teringin nak makan terung pulak PH.
ReplyDeleteHaha...
DeletePi beli lekaih :p
Kita perasan, Kak Amie selalu perah jus limau nipis di akhir masakannya. Sedap ya, PH, nanti kalau terlebih² limau nipis kat rumah, boleh try.
ReplyDeleteKan? Tapi rasanya tu lain la, rasa limau segar. Sedap, macam kita perah limau dlm kuah sup/tomyam. Nanti cuba SK try :p
DeleteSedapnya Kari, ohh nak try perah limau jugak nanti.
ReplyDeleteSila, sila...ada kelainannya
DeleteSama saya pun..kalau kari tanpa santan senonim dengan cikgu Amie..
ReplyDeleteIkan tongsan...lama tak dengar nama ikan ni
Sy macam ingat2 lupa la ikan ni mak Cella. Ingatkan ikan plotan tapi bukan.
DeleteIkan plotan ikan laut PH...
DeleteIkan tongsan ni ikan air tawar....kalau tak silap ikan tongsan ni juga ada yang panggil ikan kap kepala besar
Memang, kari atau gulai yg dimasak mama juga biasanya dikucuri asam , dan tambah sedap, karena ada sedikit rasa asam bercampur 👍. Segar.
ReplyDeleteSaya kalau dah lihat menu masakan kak Amie, memang lah jadi selera nak recook 😁
Ya betul Fanny, rasanya segar gitu 😋
DeleteAish sama la kita... sampai kat meja dengan caca marbanya.. dgan haru birunya... cepat siap makan, cepat kemas, lapang kepala.
ReplyDeleteSemalam pun SA bawak bekal kari ayam tanpa santan..tapi pekat plak kuahnya...
ReplyDeleteTerima kasi PH cuba resipi kari ikan tanpa santan.
ReplyDeleteLama sangat saya tak jumpa ikan tongsan. Tidak pernah jumpa di LD atau KK.
Biasanya kalau balik Selangor memang selalu singgah Kuala Selangor beli ikan tongsan.