Seminggu lebih kami; Ummi dan anak³ (Walid outstation, Abang di asrama) hidu bau seakan bangkai dalam bilik the boys tu. Stress betul Ummi, dengan Angah tengah PSRA-nya...
Ummi suruh Angah selongkar bawah katil depa... Dalam fikiran mungkin tikus mati (walaupun rumah kami takde tikus, alhamdulillah), tak pun ada burung tersesat masuk then tak boleh keluar lalu mati dan paling takut Ummi terfikir gak 🪱 mati. Manalah tahukan, walaupun hakikatnya tingkap bilik depa sentiasa bertutup. Ada juga terfikir kot² Mem Besaq beranak dan anak² dia mati ke... Padahal kawan tu tak pregnant pun, perut besaq sebab makan banyak 😂
Bila bau tu muncul tiba² of course kita fikir macam-macam kan... Tambahan pulak, tak jumpa puncanya. Angah cari tak jumpa, Ummi pun sama ... Last sekali, Jumaat lepas Ummi minta Abang alih katil semua cari sampai jumpa punca bau busuk tu. Pun tak jumpa!
" Nanti Abang tanya Ustaz la Ummi..."
Bila bakal Imam Besar Masjid Negara (aamin 🤲) cakap gitu Ummi senyap je la. Sebenarnya Ummi ada gak syak hal gini tapi Ummi diamkan je. Alhamdulillah sepanjang berbelas tahun tinggal di rumah ni semuanya berjalan lancar, takde yang pelik² berlaku. Nauzubillahi min zaalik ...
Nak dijadikan cerita, petang tu Abang dgn Angah nak ke pasar malam. Macam biasalah, keluar rumah mesti nak pakai jaket si Abang ni. Style budak² sekarang kot, panas berdenting pun pakai jaket 🤭 Jaket tu sangkut dalam bilik depa la.
Seluk-seluk poket jaket tu....
Nah, ada sebungkus sandwich telur yang dah 2 minggu terperam dalam poket tu!
( Last dia pakai jaket tu 1/10, sebelum balik ke asrama. Balik pulak ke rumah kelmarin 13/10).
Rupanya itulah punca bau busuk tu! Tahu sajalah bau telur busuk macamana ... Kita ni punyalah fikir macam-macam, sekali itu je puncanya 🙆
Bertuah punya anak!
Ya Allah 🤣
ReplyDeleteDekat 2 minggu..pergh!
Apa pun, lega jugaklah kan dah tau punca. Tidaklah makhluk halus kena fitnah 🤭
Nasib baik sandwich telur. Phew lega 🙂
ReplyDeleteKalau sayapun serabut ada bau busuk tidak tahu mana punca.
uishhh... saspen.
ReplyDeleteLega dah jumpa punca.
Mula-mula macam mistik rupanya... cehhh... nk tergelak pun ada... dh 2 mgu tu... sandwich telur pulak tu... aduyaiii anak... hehehe
ReplyDeleteHahahahaha.. tergelak kita dibuatnya.
ReplyDeleteAllahu... boleh bayangkan busuk tu macamana sis! Telur busuk mmg nak termuntah dibuatnya 🤮. Nasib baik jumpa puncanya sebelum panggil ustaz datang rumah. Kalau tak, tak tau nak sorok mana muka kalau ustaz yg jumpa sandwich telur basi tu 🫣
ReplyDeleteAdoii....bau teloq boleh bayang la...
ReplyDeleteDulu kat kampung kadang teloq kemuruk meletup kat sarang ayam...sekampung bau
Tak dapat bayangkan bau telur dah 2 minggu PH.....pening tu....
ReplyDeletehahaha...beriya bakal imam besar masjid negara tu nak tanya ustaz dia ye. ehhh lama sangat tak kelaur ulat ke?
ReplyDelete