Tuesday, 8 August 2023

Morib 2023

Kali pertama ke Morib awal tahun 2000, attended wedding Hj Zik. Masa tu pertama kali nampak Almarhum Ustaz Haron Din Al Hafiz. Segak  berbaju Melayu biru. Walaupun tengah panas terik, terpancar nur di wajahnya! Bayangkan, dah 20 tahun Ummi masih ingat raut wajahnya tu. Kuat sungguh aura beliau. 

Kali kedua sepuluh tahun lepas. Majikan Walid buat family day di Gold Coast Morib. Ummi mengandungkan Kakak, baru lepas trimester pertama. Masih mabuk² dan kurang selera makan jadi tak banyak aktiviti Ummi ikut. Yang Ummi ingat ada company dinner; BBQ style tapi staff hotel yang sediakan,  ada sukaneka di tepi pantai dan acara mandi-manda di water park. Pantai dia berpasir halus, seronok Abang dan Angah main pasir dengan anak² HOD, En Harlem. Sekarang tak pasti keadaan pantainya sebab pantai area GC Morib ni kira private beach masa tu.

Pantai Morib sekarang...

Ambil gambar sambil kereta bergerak, inilah hasilnya 😅 Depan sikit dari pantai ni, letaknya Villea Morib.

Ummi ingat lagi kami minum petang di sini disertai oleh Uncle Akmal dll. Minum air kelapa muda masa tu ... Anak² pula berkejaran di kawasan sekitar. Ramai orang main layang-layang masa tu. 

Tahun 2023, kami sekali lagi hadir di sini. 

Ada tugu sejarah kehadiran Tentera India di sini. 10 tahun dulu tak ingat ada ke tidak tugu ni. Penangan diarrhea, memory pun ikut lost 😂

Medan Selera Pantai Morib ni nampaknya makin meriah dengan pelbagai gerai jualan terutamanya makanan dan minuman. 

Buah² potong disusun cantik umpama memilih makanan laut di kedai ikan bakar :D 

Pilih itu pilih ini, RM20 ringgit ampa...
Tapi, buah-buahan ni la jadi kudapan Ummi sepanjang jalan. Khuatir diarrhea berlarutan jadi food poisoning, Ummi avoid heavy food. Paling risau muntah atau lebih berat sakit perut dalam perjalanan huhu .. 

Aktiviti mengorek pasir di Telok Panglima Garang. Teringat aktiviti ini juga terdapat di Sungai Pahang, bertentangan dengan Hotel Ancasa Royale di Bandar DiRaja Pekan

Dari Kelanang ke TPG nampak ada orang jual ikan segar. Teringat pula suasana seperti di Pantai Remis Perak. Ada juga dijual ayam dan itik hidup. Boleh beli, sembelih dan proses di situ. Mungkin inilah caranya masyarakat setempat mencari rezeki. Benarlah, jauh berjalan luas pemandangan dan pengalaman :) 




18 comments:

  1. Rindu pulak nak jalan-jalan road trip... suka tgk tmpt org dan mknn tempat lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama, suka road trip & long journey to somewhere...

      Delete
    2. Itulah alan dah mula berpantun² dah siap kata tak dapat pegi KL naik belon pegi sibu naik kereta pun boleh... mmg suka berjalan budak ni

      Delete
  2. Dah lama SA x pergi Morib..dulu pernah stay kejap area situ masa belajar2 kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I see... Mesti byk tempat SA familiar kan...

      Delete
  3. Tertarik tengok buah dijual macam tu, tapi.. pehhh.. doploh hengget ampa!!

    ReplyDelete
  4. Hehe boleh tahan harga buah potong.
    Dahulu selalu juga pergi Morib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata NA...sedar tak sedar dah penuh bekas 🙆

      Delete
  5. saya last pergi Morib tahun 2018 rasanya.. dah lama tak pegi hehe.. wahhh buah potong tu memang penyelamat kalau travel hehe

    ReplyDelete
  6. dapnya buah potong.
    seronoknya jalan2 di pantai..penuh kenangan lagi gitu..

    ReplyDelete
  7. Seumur hidup LZ, baru sekali pergi Morib..
    Pantai Morib seperti Pantai Bagan Lalang, susah nampak air pasang..

    ReplyDelete
  8. Kancong Darat...kampung AnakAnak Sidek la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung arwah mama saya...memang nak ke rumah makcik kena lalu depan rumah "sidek" ni. sebab rumah dia di jalan besar

      Delete
  9. masa kecil tiap kali cuti sekolah mesti mandi manda di pantai morib sebab kampung arwah mama di Banting..

    ReplyDelete