Sedang berlangsung sekarang Majlis Tilawah Al Quran Antarabangsa di Dewan Merdeka WTC KL. Ummi tengok kat TV je :D
Malam ketiga baru berkesempatan menonton. Anak² tengah PPT jadi bagi laluan untuk depa ulangkaji. Bukan apa, semua jenis nak kerumun dekat Ummi. Ummi tengok TV, depa pun nak tengok TV juga š
Terbaiklah peserta dari Guinea. Pakai pakaian tradisional negara dia š Suara pun sedap okay... Peserta sebelumnya dari Croatia pun sedap bacaannya. Begitu juga qariah dari Filipina. Alhamdulillah saban tahun Ummi ikuti Majlis Tilawah ni, boleh perasanlah kualiti bacaan para peserta meningkat saban tahun.
Dulu-dulu, bila dengar peserta dari Afrika khususnya terasa pelik sangat gaya bacaan mereka di telinga. Begitu juga qariah dan qariah Nusantara, beza juga lenggok bacaan mereka.
Insha Allah Majlis Tilawah ni akan berlangsung sehingga 24 Ogos ni. Jom sama-sama kita ambil peluang tonton bersama.
Wah, kalau sis tak update Majlis Tilawah ni mesti saya pun terlepas sbb jarang2 tengok siaran TV. Asyik bukak netflix / disney hotstar je hihi.
ReplyDeleteSy pun terlepas malam kedua...lupa š
DeleteSaya tengok hafazan. Sayanglah peserta Dian banyak buat silap.
ReplyDeleteSy pula lupa nak tak tengok hafazan š¤
DeleteSama cam Adik Qayyim gak mlm tadi, bacaannya pada sy boleh diperbaiki lagi.
Ammi dah tak ada Astro nak tengok TV. harapkan stick TV tu jelah..jadi hanya boleh tengok Netflix dan youtube.
ReplyDeleteSA tengok yang hari Rabu kat TV1, lepas tu tv tngok SA..semalam dapat tengok penyampaian hadiah..Tahniah Qari dari Malaysia..
ReplyDelete