Thursday, 17 August 2023

Avillion Cameron Highlands

Kami pilih Avillion Cameron Highlands sebagai tempat penginapan sepanjang Cuti-Cuti CH ni. 

Bilik deluxe twin studio. Harga dalam RM270 semalam. 

Bilik luas, selesa untuk kami berenam walaupun Abang dan Angah terpaksa tidur di lantai. Adik dan Kakak pula malam kedua tu tidur dalam khemah. Nanti kita cerita ...

View dari bilik kami...

Hotel ni bukan stand alone building tapi terletak di sebuah premis perniagaan. 

Bawah tu ada mall, kopitiamrestoran, self service laundry... Paling best kedai Mr DIY kegemaran anak⁴. Berhadapan dengan bangunan tu pula ada medan selera, tempat kami menjamu selera sebab malas nak keluarkan kereta dari parking di basement. Dari basement nak naik ke lobi  hotel agak leceh sebab kena angkut bagasi di basement parking ke lift then ke lobby. But our rezeki, kebetulan ada porter datang masa kami baru nak check in. Terus angkut semua barang ke dalam baggage trolley. Ada guests terpaksa angkat bagasi sendiri sebab porter ni multi-task JD dia nampaknya. Sorang je pulak tu yang Ummi nampak. 

Open wardrobe...

Ada singki, peti ais dan kettle. 
Aircond takde :p 
Walaupun CH ni sejuk tapi sebelah siangnya terasa juga panas dan 'belengaih' kata orang Kedah. Kalau ada pendingin hawa lagi syok nak tarik selimut :p

Bilik air selesa, air pun lajuuuuu 👍
Ummi sejenis yang particular bab bilik air. Boleh kena anxiety attack kalau bilik air yang jenis air slow, bertakung apatah lagi kalau tersumbat. Had few experience regards to these issues. The latest one masa dekat Genting hari tu kan :p

Cafe berhampiran lobi. Pilihan makanan pelbagai, sesuai dengan harga dan penarafan bintangnya. 

Di bahagian belakang cafe ada mini garden... 

Playground for kids...

Gym for the teens...

Lagi satu, boleh sewa khemah dari hotel. Macam bilik kami ni takde anjung, berkhemah dalam bilik je la... Kalau bilik dekat playground tu mungkin lagi seronok nak main khemah² dekat anjung/beranda tu...

Inilah adik porter tu... Dia tukang angkat beg, dia juga tukang pasang khemah...  Baik budaknya 👍

Selamat malam Ummi 😘

Alhamdulillah selesa menginap di sini. Kekurangannya pada basement parking tu je la. Staff, food and hospitality are superb. Great location too. Thus, it's worth staying here. 

Avillion Cameron Highlands 
C-3 Jalan Camelia
Tanah Rata
39000 Cameron Highlands
Pahang Darul Makmur


5 comments:

  1. Best.. sesuai sgt utk family siap boleh sewa khemah tu yg menarik.. anak2 suka je dpt dok hotel dan tdo khemah on the sama time

    ReplyDelete
  2. wahhhhh bestnya! sesuai sgt utk 1 family hehe

    ReplyDelete
  3. sronok tu avioin CH ni baru je....kita p CH time blum kawin...lps kawin tk jejak lg

    ReplyDelete
  4. Hotel Avillion memang best. Puas hati menginap di sini walaupun bukan jenis hotel stand alone. Banyak kemudahan sekelilingnya. kalau pergi lagi of course nak stay disini.

    ReplyDelete
  5. menarik kalau bercti ngan family..kalau bulan madu mana satu hotel kat CH yang ok erk ?puas SA google x jumpa yang berkenan di hati...

    ReplyDelete