Tuesday, 29 August 2023

Bekal ~ 21/8-24/8/2023

Minggu ketiga sediakan bekal dah mula ada bibit² malas tu... pukul 5 lebih kadang tu baru turun ke dapur hehe ... 

Mi Sup idea dari resepi Bihun Clear Soup airtangan Cik Puan SK.

Hari Selasa Ummi goreng bihun. Sayurnya Ummi letak kucai, pemberian jemaah surau. Nak mudah kerja, sebelum tidur rendam siap² bihun dengan air biasa. Esok pagi, toskan dah boleh masuk kuali. 

Angah tukang bawa balik :)
Bagus jemaah tu berkongsi rezeki. Rasanya hasil tanam sendiri ni. Kucainya masih segar dan bersih. 

Rabu baru ada buah :)
Dua hari sebelum tu hujan lebat, malas nak singgah beli dekat tempat favorite tu. 

Menu clear-kan peti ais :D 
Chicken fillet ngam-ngam 3 ketul je tinggal, cukup untuk anak³ je. Untuk Walid, Ummi bekalkan 2 biji telur 1/2 boiled as the source of protein. 

Mixed Vege Coleslaw rasanya pernah makan di MarryBrown kot. Itu yang tercetus idea tu memandangkan takde sayur untuk bekal hari ni.

Cuti sekolah ni boleh kot rehat sekejap #projekbekal ni kan... Break sekejap cari idea, cari mood balik hehe...


9 comments:

  1. Seminggu umi x yah fikir bab bekal tapi kena fikir untuk masak masak bila semua ada kat rumah kan?

    ReplyDelete
  2. Sekarang wak dah tak bawa bekal pegi kerja
    Bawa air kosong aje
    Kalau lapar, baliklah

    ReplyDelete
  3. Rindu nak buat sarapan anak2 ke sekolah. Sejak duduk Seremban ammi beli siap2 je sarapan (biasanya roti) utk anak2 sbb sblm subuh ammi dh keluar rumah ke bus station

    ReplyDelete
  4. masyaAllah.. rajinnya kak.. takde kegigihan lg nak sedia bekal ni, ya Allah..

    ReplyDelete
  5. Rajin kelim karipap.
    Bagus masih terus buat bekal.

    ReplyDelete
  6. Moga PH terus bersemangat sediakan bekal buat anak-anak dan suami 💪🏼

    Semua ni akan jadi memori indah untuk dikenang.

    ReplyDelete
  7. Kena plan meal bekal seminggu senang sikit kot. Dulu masa anak2 bawak bekal ke sekolah, saya balik2 recycle menu yg sama sbb anak2 jenis yg stick to the same menu je hehe.

    ReplyDelete
  8. Yaaa..sayur tu..kat Marrybrown ada jual camtu gayanyaaa..hehee.. Bila datang mood rajin.. Memacam makanan siap untuk dibawa bekal! Teruskan mood rajin itu, umi!! Hoho...

    ReplyDelete
  9. Mood bekal on. Kadang2 mati kutu gak nak buat bekal apa tapi google je nanti idea pun datang.

    ReplyDelete