Wednesday, 23 August 2023

Permohonan PKSK 2023


Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK) telah dibuka bermula 1 Ogos hingga 27 Sept 2023. Bagi parents yang ada anak Darjah 6 boleh buat permohonan secara atas talian. PKSK ni membolehkan anak-anak kita memohon SBP atau SMKA. Untuk MRSM, lain pula ujiannya, dipanggil UKKM (Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM). Permohonan belum dibuka. 


Alhamdulillah, untuk anak kedua ni kami lebih tenang. Just buka website yang diberi, dan isi segala info yang diperlukan. Masa Abang dulu, nak pilih sekolah mana pun sampai pecah kepala kata orang :D Saingan sangat sengit ye, sebab ianya permohonan terbuka. Dengan syarat nama anak ada dalam APDM, semua boleh mohon. Sama ada scorer atau tak, semuanya layak menduduki PKSK. 

Salah satu info yang diminta ialah markah PBD terkini. Jumaat lepas guru kelas dah bagi markah PBD alhamdulillah. Dah masuk tahun ke-4 perlaksanaannya, cikgu-cikgu pun lebih peka akan keperluan PBD ni untuk murid-murid mohon PKSK. Untuk markah PAJSK akan dikemaskini oleh guru dan auto link dengan portal ni. Result UPKK pun dah appeared dalam borang ni. Sebab KPM dah ada rekod APDM setiap murid. Memudahkan 👍

Dan sehingga tarikh tutup tu, masih boleh amend info termasuk markah PBD, pilihan sekolah dsbnya. Kalau ada kenaikan gaji dsbnya, boleh amend di APDM. Nanti auto updated dekat permohonan PKSK. 

Time line PKSK 2023. 
Awalnya tarikh PKSK bertembung dengan PSRA. Alhamdulillah beberapa hari kemudian, dapat tahu tarikh PSRA ditukar; 

Diawalkan seminggu 😅
Takpelah, janji tak bertembung.

Doakan Angah ye, ada rezeki masuk SMKA macam Abang juga 🤲





10 comments:

  1. saya pun nak cuba mohonkan untuk si abang naik form 4. kalau tak dapat sbp, teknik pun jadilah. rengsa mak dia ni tgk siang malam main game

    ReplyDelete
  2. smoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  3. Moga Angah dapat masuk SMKA jugak.

    ReplyDelete
  4. Insha Allah, anak2 sis bijak dan aktif di sekolah jadi peluang tu nampak cerah.

    ReplyDelete
  5. insyaallah, semoga dipermudahkan buat Angah...

    ReplyDelete
  6. Dulu ingat lagi masa darjah 6, anak ada 2 exam besar. UPSR dan PSRA. Kalau negeri Pulau Pinang nak masuk SMKA mereka tengok UPKK je sebab sek agama darjah 6 tak ada PSRA. Anak kawan kat Pulau Pinang akhirnya masuk SMKA.

    ReplyDelete
  7. Good luck ye Angah...InsyaAllah ada rezeki angah dapat SMKA

    ReplyDelete
  8. Ammi pun nak kena apply utk Kyra utk F4. Kejap nak kejap taknak dia ni. Kejap nak ambik sains kejap nak ambik accounts.

    Buatlah solat istikharah nak oooiiii. Ammi ikut je. Sekolah skrg pun ok…dpt SBP pun ok

    ReplyDelete