Thursday, 31 August 2023

Merdeka ke-66 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Hari Merdeka ke-66 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ!
Cuti-cuti Malaysia ke? 
Kami dok rumah layan TV je, sebab baru balik dari berpergian :)

Sekarang Astro bagi channel free, C100 sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Siaran percuma ni hingga 17/9 nanti. Cerita-ceritanya semua tentang Malaysia. Ada dokumentari, original series, movies dsbnya.

Malam tadi, ditayangkan filem Rise of the Legend, kisah Datuk Lee Chong Wei. Eh, best la cerita ni ๐Ÿ‘ Paling Ummi kagum pemilihan pelakon; yang bawa watak DLCW tu sebijik muka DCLW ๐Ÿ˜ Mimik muka, jelingan mata, body language sebijik! Yang pegang watak Ling Dan pun sama. Geram je tengok muka kerek mamat tu hahaha...

Datuk Rosyam Nor sebagai Datuk Misbun, jurulatih DCLW di Akademi Badminton Malaysia. 

Baguslah cerita begini, menaikkan semangat. Anak⁴ berempat pun kemain semangat tengok ending especially bila DCLW lawan Ling Dan di Malaysian Open 2006. Sikit sebanyak depa tau sejarah permulaan karier DCLW, which Ummi pun baru tahu. 

Makcik ni kena tinggal 4 hari lepas, itu yang jadi terlebih manja ๐Ÿ˜‚ Mana-mana kitorang lepak, situlah juga dia menempel. Takut kena tinggal lagi kot :D 

Malam pula kami layan Paskal. 

Seronok cuti-cuti dok di rumah layan TV. Wajib tonton semestinya perarakan Merdeka . Seronok tengok SPB YDP Agong dan Tuanku Permaisuri menyantuni rakyat jelata. Dah tak lama khidmat Baginda  sebagai YDP Agong. Pasti kita akan merindui Baginda berdua. 

Siang Ummi masak, malam pula Abang masak nasi goreng, regu dengan ayam Masywi (ayam golek) Walid beli. Laksa pun ada, Ummi beli dgn Cg Asma.


Merdeka!
Merdeka!
Merdeka! 


Wednesday, 30 August 2023

Menyelusuri WCE


Menjadi bulan sekarang ialah West Coast Expressway (WCE) / Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat, yang sudah boleh digunakan sebahagiannya. Sewaktu tugasan di Lumut baru-baru ni, merasa jugalah Walid lalu WCE ni.


Ia akan menyambungkan perjalanan dari Banting, Selangor ke Changkat Jering, Perak. Dan ianya boleh diakses melalui lebuhraya² sedia ada seperti PLUS, NKVE dsbnya. Kalau dari LATAR pun boleh, cuma sekarang baru siap hingga Ijok. Bahagian seterusnya belum siap-siap lagi ๐Ÿคญ

WCE.
Harapnya bila dah siap nanti dapatlah mengurangkan kesesakan buat orang yang nak balik ke Gombak dari Kedah, sebab yang nak ke Kuala Selangor, Tg Karang dll boleh keluar di Tol Changkat Jering dari PLUS dan masuk WCE :) 

Sabtu 26/8 lepas, dalam kesesakan trafik menuju ke Utara di hari pertama cuti sekolah tiba-tiba Walid ajak lalu WCE. Wah, pucuk dicita ulam mendatang! 

Masa keluar exit Sungkai ni, sesak betul kereta. Semuanya gara-gara ramai berhenti untuk makan tengahari di Nasi Bamboo Sg Klah. Celah-celah tu pulak ada orang baru turunkan durian berbakul-bakul dari lori. Heaven! Tapi itulah, sesak sangat tak boleh berhenti. 

Ambil kanan, lebih afdhal :D 

Ni atas WCE tu. Khabarnya untuk bahagian ni upgrade dari jalan sedia ada ke open highway. Mungkin bila semuanya siap baru ada tol, R&R dsbnya. 

Kg Seberang Perak, Teluk Intan. Kawasan sawah padi, teringat bendang kami di Kedah ๐Ÿ˜

Jambatan Sejagop-Bagan Datuk. 

Sungai yang memisahkan kedua tebing ni sangat luas... Dan cantik...

Perjalanan kami teruskan hingga ke Lumut. In between singgah solat di Petron, Kg Sungai Durian. Kata adik pekerja situ, cuti sekolah ni ramai orang lalu WCE ni Kak. Ialah, jalan baru ramai nak try :)

Orang makan nasi, dia sibuk main dengan kucing :)

Ikutkan Walid nak ajak ke Kedai Hasil Laut Jamilah kat depan tu tapi Ummi dah malas. Lepas makan nasi, mata jadi layu :p 

Kalau ada kesempatan dan rezeki, pergilah jalan-jalan area sini. Cantik sangat view-nya. Rasa macam dok di Ostolia :p 

Dari sini kami ke Changkat Jering melalui Pantai Remis-Temerlok-Terong-Changkat Jering.

Jauh gilerrrr perjalanan kami that day ๐Ÿ˜…
Tapi takpe, yang direct dari KL ke Penang pun 7 jam perjalanannya hari tu. Sesak teruk! 

Excited jumpa tempat nama Terong. Ejaan lainnya Trong. Masa lepas simpang kat atas tu ada balai polis. Dalam balai tu ada replika buah terung ungu :D Ummi tak sempat snap gambar huhu...

Singgah sekejap di masjid ni. Masa ni kenderaan banyak, semuanya menuju ke Tol Changkat Jering, untuk masuk semula ke highway PLUS.

Sempat lagi kami berhenti kereta, singgah makan durian. Alang-alang trafik perlahan, kita singgah je la... Nak laju pun tak boleh haha...

Berkenan dekat petai belakang tu... Seratus keping RM60. Tapi sebab kereta penuh, terpaksa lupakan hasrat borong petai ๐Ÿ˜‚

Senja nan indah ๐Ÿงก

Akhirnya, sampai ke destinasi alhamdulillah...

Setel checked in, berdua dengan Walid ke kedai nasi kandaq favorite kami di Seberang Jaya ni, Nasi Kandar Beratur 786. Jalan kaki je dari hotel. 

Alhamdulillah hari yang panjang, perjalanan yang jauh tapi semuanya dipermudahkan oleh-Nya. 

Seberang Prai dengan Seberang Jaya, Ummi selalu confused :( 





Tuesday, 29 August 2023

Bekal ~ 21/8-24/8/2023

Minggu ketiga sediakan bekal dah mula ada bibit² malas tu... pukul 5 lebih kadang tu baru turun ke dapur hehe ... 

Mi Sup idea dari resepi Bihun Clear Soup airtangan Cik Puan SK.

Hari Selasa Ummi goreng bihun. Sayurnya Ummi letak kucai, pemberian jemaah surau. Nak mudah kerja, sebelum tidur rendam siap² bihun dengan air biasa. Esok pagi, toskan dah boleh masuk kuali. 

Angah tukang bawa balik :)
Bagus jemaah tu berkongsi rezeki. Rasanya hasil tanam sendiri ni. Kucainya masih segar dan bersih. 

Rabu baru ada buah :)
Dua hari sebelum tu hujan lebat, malas nak singgah beli dekat tempat favorite tu. 

Menu clear-kan peti ais :D 
Chicken fillet ngam-ngam 3 ketul je tinggal, cukup untuk anak³ je. Untuk Walid, Ummi bekalkan 2 biji telur 1/2 boiled as the source of protein. 

Mixed Vege Coleslaw rasanya pernah makan di MarryBrown kot. Itu yang tercetus idea tu memandangkan takde sayur untuk bekal hari ni.

Cuti sekolah ni boleh kot rehat sekejap #projekbekal ni kan... Break sekejap cari idea, cari mood balik hehe...


Monday, 28 August 2023

Dinner @ Singgah Santai, Sri Gombak


Port makan berwajah baru depan TMG. Sebelum ni kedai ikan bakar jual lauk tengahari, then Uncle Ali Catering ambil alih jual nasi kenduri untuk lunch juga. The latest one Singgah Santai ni pula beroperasi di sini sebelah malam. Lauk tengahari orang lain jual rasanya. Ke dah takde, tak berapa pasti ๐Ÿ™

Konsep gerai juga. Minuman dengan hot pot/ (goreng-goreng) tu satu owner. Western lain tauke. Order sekali tapi bila bayar asing-asing ikut apa kita makan/minum.

Ada juga kiosk burger, nasi lemak, sate...

Bersih, luas dan servis lajuuuuu ๐Ÿ‘ Cuma, busking agak loud, nak sembang anak-beranak pun tak dengaq! Even kami dok semeja ๐Ÿ˜…

Chicken Chop RM12, pilihan Kakak dan Adik. Ayam dia besar, berbaloi dengan harga. Cuma, jagungnya bukan jagung tongkol tapi still layannnn...

Pilihan Ummi, Walid, Abang & Angah. Alhamdulillah semua sedap, secukup rasa. Recommended goreng-goreng dia. Harga pun standard-lah, 6 beranak RM70+-, termasuk fresh orange 2, Horlick panas 1, sirap 1 dan 2 air kosong. 

Sementara tunggu order tu, Walid bawa Abang tempah seluar sekolah dekat Al Salam Tailor sebelah tu. Stress Ummi tengok dia pakai seluar senteng tu ๐Ÿ˜ฌ Seluar yang beli guna duit BAP tu pula katanya ketat dekat peha. Pening Ummi ni!  Nak cari yang ready to wear susah size Abang ni. Bila dah dapat tu ada je yang tak kena; pinggang ok, peha sendat. Peha ok, senteng pulak. Macam-macam la ๐Ÿ˜‡

Akhirnya kami decide untuk tempah jeTempah pun tempahlah asalkan selesa dan sedap mata Ummi memandang haha... 

Oklah, selamat berhujung minggu, selamat bercuti sekolah. 






Saturday, 26 August 2023

Bihun (Mi) Clear Soup SK

Terima kasih SK kongsi resepi BIHUN CLEAR  SOUP beberapa hari lepas. Ummi terus screenshot resepinya dan masuk dalam list bekal anak³. Ahad lepas terus ke MTM Mart beli fish balls dan fish cakes. Ummi tak guna bihun tapi guna dulu mi kuning yang ada dalam simpanan. 

BIHUN (MI) CLEAR SOUP

Bahan-Bahan: 
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 gelas air
1 ketul kiub ikan bilis
Fish balls - belah 4
Fish cakes - dihiris 
Isi ayam - didadu 
2 s/m sos ikan
Sedikit garam
Sawi - ganti dengan pak choy

Cara Penyediaan: 
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu
2. Masukkan air dan kiub ikan bilis. Biar hingga mendidih dan masukkan sos ikan dan sedikit garam. 
3. Bila kuah mendidih, masukkan batang sawi, fish cakes dan fish balls. Akhir sekali masukkan daun sawi. Sesuaikan rasa, tutup api. Siap! 

Ummi letak fish balls, fish cakes dan isi ayam. Fish balls belah 4. Sejak Angah tercekik meatballs few years ago, Ummi tak berani nak masak ball-ball ni sebiji-sebiji. 

Untuk bekal, Ummi asingkan kuah dan mi. Sayur pak choy Ummi celur je. Makan nanti tuang je kuah atas mi tu. 

Ummi potong cili padi, tambah kicap dan perah limau nipis sikit. Pun letak dalam bekas berasingan. Kuih dua biji tu pau sambal Ramly.

Alhamdulillah anak³ dan Walid cakap sedap. Tq SK ๐Ÿ˜˜



Friday, 25 August 2023

Kaswi Gedik

Pukul 8.05 minit Ummi sampai di gerai nasi lemak favorite tu. 

Along: Nasi (lemak) dah habis la Kak...
Ummi: Awat awai sangat? 
A: Hari ni Jumaat, ramai beli untuk sedekah...
Akak beli lauk la, balik masak nasi ...

Ish, tak kuasa iols, sah² mai kedai, memang nak beli la kan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ 

Nampak ada few kuih... Termasuk Kaswi Gedik ni. Orang dah lama viralkan, Ummi baru nak cuba ☺️

Apa rasa?
Rasa kuih kaswi la haha...
Kalau kuih kaswi mak-mak kita tu rasa gula merahnya lagi kuat. Yang ni mild je... 

Yang ni airtangan Maklong. Ummi belum sampai seru nak buat sendiri. Tunggu Cik Ita buka order la kot. Kaswi dia sedap, the best so far di tekak Ummi. 


Wednesday, 23 August 2023

Permohonan PKSK 2023


Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK) telah dibuka bermula 1 Ogos hingga 27 Sept 2023. Bagi parents yang ada anak Darjah 6 boleh buat permohonan secara atas talian. PKSK ni membolehkan anak-anak kita memohon SBP atau SMKA. Untuk MRSM, lain pula ujiannya, dipanggil UKKM (Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM). Permohonan belum dibuka. 


Alhamdulillah, untuk anak kedua ni kami lebih tenang. Just buka website yang diberi, dan isi segala info yang diperlukan. Masa Abang dulu, nak pilih sekolah mana pun sampai pecah kepala kata orang :D Saingan sangat sengit ye, sebab ianya permohonan terbuka. Dengan syarat nama anak ada dalam APDM, semua boleh mohon. Sama ada scorer atau tak, semuanya layak menduduki PKSK. 

Salah satu info yang diminta ialah markah PBD terkini. Jumaat lepas guru kelas dah bagi markah PBD alhamdulillah. Dah masuk tahun ke-4 perlaksanaannya, cikgu-cikgu pun lebih peka akan keperluan PBD ni untuk murid-murid mohon PKSK. Untuk markah PAJSK akan dikemaskini oleh guru dan auto link dengan portal ni. Result UPKK pun dah appeared dalam borang ni. Sebab KPM dah ada rekod APDM setiap murid. Memudahkan ๐Ÿ‘

Dan sehingga tarikh tutup tu, masih boleh amend info termasuk markah PBD, pilihan sekolah dsbnya. Kalau ada kenaikan gaji dsbnya, boleh amend di APDM. Nanti auto updated dekat permohonan PKSK. 

Time line PKSK 2023. 
Awalnya tarikh PKSK bertembung dengan PSRA. Alhamdulillah beberapa hari kemudian, dapat tahu tarikh PSRA ditukar; 

Diawalkan seminggu ๐Ÿ˜…
Takpelah, janji tak bertembung.

Doakan Angah ye, ada rezeki masuk SMKA macam Abang juga ๐Ÿคฒ





Tuesday, 22 August 2023

Menu 7 Hari (2)

Menu-menu ni not in order ye... Random je Ummi picked and share...

1. Asam Pedas Telur Ikan Mayong, Asam Goreng Kunyit, Telur Masin & Timun 

Rezeki berpagi-pagi ke pasar, jumpa telur Ikan mayong. Ummi buat masak asam pedas. Bawa ke asrama Abang, makan sama-sama sebab lauk special gitewww...

2. Cencaru Sumbat Bakar, Telur Masin, Cili Kicap & Terung Goreng Tepung. 

Malam yang sama, Walid ada AGM Surau, pemilihan AJK untuk sesi depan. Bawa balik nasi juga...

3. Set Nasi Berlauk; Ikan Tongkol Gulai Kelantan, Keropok, Ayam Goreng, Sambal Nasi Berlauk 

Percubaan kali pertama, kurang menjadi dan kurang sambutan :( Di rumah ni ikan tongkol Ummi je yang suka. Begitu juga ikan sardin dan ikan pelaling. 

Walaupun tak berapa jadi, tapi Ummi dapat belajar cara buat Sambal Nasi Berlauk

Sambal Nasi Berlauk
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering - guna jenis berkilat
4 tangkai cili padi - boleh tambah
8 biji limau kasturi - buang biji
1 sudu kecil garam kasar
3-4 sudu besar gula atau secukup rasa
2-3 sudu besar cuka atau secukup rasa

#Ummi buat separuh dari sukatan bahan² di atas. 
 
Cara Penyediaan: 
1. Rebus cili kering. 
2.  Satukan semua bahan dan dikisar kasar. Jangan terlalu hancur. 
3. Sesuaikan rasa. Siap! 

4. Kari Daging, Begedil, Kobis Goreng  Telur, Papadom & Kari Kambing (beli)

5. Semur Ayam, Masak Lemak Pucuk Paku & Kari Ikan Merah 

Resepi Semur Ayam Ummi ambil dari blog Mama Yan
Tq dear ๐Ÿ’

6. Ayam Ungkep, Tempe + Kentang Berlada & Kerabu Mangga

Ayam Ungkep, resepinya dari Kak Amie. 
Tq Kakak ๐Ÿ’ 

7. Ikan Kerisi Goreng, Petola Masak Lemak Putih, Telur Dadar & Sambal Goreng 

Sambal Goreng tu; kisar bawang merah, bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah kemudian tumis hingga pecah minyak. Masukkan asam keping. Perasakan dengan garam dan gula. Siap! 

Semoga sikit sebanyak memberi idea untuk kawan-kawan ye.