Saturday 12 August 2023

Menu 7 Hari (1)


Saban hari memasak, kadang putus idea juga... Jadi, Ummi letak sini lauk-pauk Ummi masak sepanjang 7 hari lepas. Kalau kekeringan idea, bolehlah pertimbangkan cadangan menu Ummi ni :) Sebab Ummi pun selalu kumpul idea menu masakan melalui perkongsian kawan-kawan blogger, pembacaan di Internet, gambar² promosi kedai makan dsbnya. 

1. Tomyam & the Gang

Sambal Belacan ala Kedai Tomyam
Resepi kredit kepada Che Nom.

Bahan-bahan:
2-3 biji cili merah
10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
½ biji bawang holland
½ biji tomato
1 inci belacan
1-2 sudu kecil gula @ sedikit gula nisse 
½ sudu besar serbuk perasa
Sedikit air
Garam, secukup rasa
Jus limau nipis, secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Potong kasar cili padi, cili besar, bawang putih, bawang holland dan tomato. Masukkan ke dalam pengisar. 
2. Masukkan juga belacan bakar, gula nisan, serbuk perasa (MSG), garam dan sedikit air serta jus limau nipis. 
3. Kisar halus. 
4. Tuang ke dalam mangkuk, sesuaikan rasa. Siap!

#Boleh letak sos ikan jika suka. 

2. Ayam Masak Lemak, Telur Masin, Yau Mak & Sambal Belacan

3. Daging Goreng + Cendawan Shitake, Tempe Goreng Berlada & Sayur Campur

Senang je nak buat Daging Goreng + Cendawan Shitake tu. Klik je link tu untuk resepinya. 

4. Sotong Goreng Sos Tiram, Lala Masak Pedas  dan Ulaman + Sambal Belacan

Lada Masak Pedas 
Sumber: Che Nom

B
















Bahan-Bahan:
1/2 kg lala
1 s/b sos ikan
1 s/b sos tiram
1 s/b sos cili
1 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut -  dicarik kasar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya 
3 s/b minyak masak
Daun ketumbar - dihiris kasar (tak letak)

Bahan Kisar Halus:
4 biji cili merah
4-5 biji cili padi
1/2 inci halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:
1. Basuh lala dan rendam seketika untuk keluarkan sisa kotor. Bilas dengan air dan toskan. Ummi basuh bersih, tukar air 2-3 kali dan akhir sekali rendam dengan garam dalam 1/2 jam. Kemudian bilas bersih dan toskan. 
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga wangi.
3. Masukkan serai, sos tiram, sos ikan dan air asam jawa.
4. Masukkan lala dan daun limau purut, kacau bersama bahan tumis dengan sekata. 
5. Tambahkan sedikit air supaya berkuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedap jika dilebihkan sedikit gula.
6. Angkat dan taburkan daun ketumbar.

5. Sambal Ayam, Kobis Masak Lemak dan Tempe Goreng Tepung & Cili Kicap 

Resepi Sambal Ayam Ummi ambil dari blog Kakjee ( Fauziah Samad). Terima kasih banyak atas perkongsian Kakjee. Tempe tu pula Ummi salut dengan tepung Bestari dan goreng garing. Cicah Cili Kicap tu, sedap sangat! 

6. Paprik Ayam, Ikan Celup Tepung & Sos Chili Thai 

Simple je lauk kali ni. Ikan tu lebih kepada ratah-ratah. Ummi tabur sayur atas tu ala2 makan Ikan Celup Tepung di Dungun beberapa tahun lepas. Sampai sekarang ingat lagi kemurahan hati Hj M belanja kami sekeluarga minum petang di  Sura Hujung tu. 

Ikan Celup Tepung
Sumber: MyResepi
7 sudu besar tepung beras
1/3 sudu kecil garam
1/3 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur. Seeloknya kuning telur sahaja
1/2 cawan kecil air sejuk

# Satukan semua bahan di atas hingga betul² sebati, celup ikan/seafood dan goreng dalam minyak panas. Minyak kena banyak sesekali percikkan batter ke dalam minyak untuk dapatkan serdak yang halus dan garing. 

7. Stew Ayam, Ikan Bawal Goreng & Sawi Tumis + Udang 

Selamat mencuba 🤗

7 comments:

  1. Tq PH!! Complete untuk seminggu... best!!! Semoga istiqamah ya share di blog... nnt boleh tiru... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah...sama² kita saling berkongsi hihi...

      Delete
  2. Er, nak resepi stew ayam tu boleh?? hehehehe

    ReplyDelete
  3. wahh... rajin... kalau saya satu menu satu entry.. kalau macam ni... hilang terus idea seminggu..hahaha

    ReplyDelete
  4. Wow complete seminggu ni...ada yang SA dah aimed dh tu...nanti nak buat...

    ReplyDelete
  5. Yau Mak tu apa PH? Nama sayur tu ke?

    ReplyDelete