Sunday, 31 July 2022

Saudagar Nenas Agrofarm


Kami singgah di Saudagar Nenas Agrofarm dalam perjalanan ke Putrajaya kelmarin. 

Sampai di ladang ni sekitar jam 9.45 pagi. Ingatkan awal, rupanya raaaaamai lagi orang lebih awal dari kami. Rupanya ladang ni dibuka jam 7 pagi. Masuk sini percuma je. Ladang seluas 8 hektar (tak silap Ummi) ni milik Bumiputera. 

"Kena datang lepas Subuh baru orang tak ramai" kata seorang pengunjung. 

Kebetulan Sabtu tu cuti Maal Hijrah + minggu gaji + tempat ni memang viral jadi memang ramai pengunjung. Patutlah bila kami sampai tu ada 2-3 orang yang dah nak balik bagitau "ramai orang, datang lain kalilah..." 

Tapi, sebab dah sampai kami masuk juga. Ummi ingatkan orang datang untuk tengok tanaman nenas. Dalam fikiran mungkin ada demo tanam nenas ke, boleh petik nenas ke... Rupanya semua serbu kafe dia yang viral dengan pelbagai sajian berasaskan nenas. Memang semua pengunjung terus menuju ke kafe, termasuklah kami! Sebab tengok semua ke situ haha ... Takde pulak orang melawat pokok-pokok nenas di situ. 

Tapi, anak3 Ummi wajiblah Ummi suruh bergambar di celah-celah pokok nenas 😁

Macam-macam species nenas di sini; nenas Morris, nenas Sarawak dsbnya...

Kawasan ni tinggi. Kereta boleh bawa masuk ke dalam, ada tempat parking berhampiran kafe dan ada juga yang park kereta di tepi jalan. 

Cumanya bila park tepi jalan begini, laluan jadi sempit dan berisiko untuk pejalan kaki. Kami, parking di luar ladang, jadi kenalah menapak naik bukit ni. Tapi, view cantik dan dapat hirup udara segar sambil mendaki 👍 

Kafe di puncak bukit.

Tangga ke kafe agak curam. Kalau boleh Ummi cadangkan owner letak stair-railings. Risau kami bila berpapasan dengan seorang warga emas yang nak turun tangga ni. Walid dah standby nak pimpin Pakcik tu tapi beliau menolak dengan baik. "Boleh boleh.." katanya :D 

Kafe yang cantik.
Tapi, kami sekadar melintas di sini. Sebab full house dan pengunjung sedang que pun adalah dalam 20-30 orang! Bak kata seorang pengunjung, "order Subuh, tengahari karang baru dapat makan" 🤭 Tempat viral kan... 

Nak beli nenas ni tapi kena beratur di line yang sama, jadi cancel je... 

Walaupun tak dapat merasa sajian berasaskan nenas yang dikatakan sangat sedap di sini, at least kami dah sampai ✌️

Saudagar Nanas Agrofarm
Lot 3000 Kampung Sungai Merab Luar
 43000 Kajang
Selangor

Turun dari ladang, terus cari kedai makan. Lapaq, terus brunch haha... 

Mizuno Salad Bowl @ Wellmart

Ummi dah jumpa port baru untuk beli ready-to-eat salad bowl selain di MyNews. Port baru tu ialah di Wellmart. 

Harga sebekas ni RM6.90

Sesuai kalau ada yang nak bawa bekal sebab ianya dijual bersama sos Kewpie. Garfu pun disediakan sekali. 

Kalau rajin, boleh tambah telur rebus atau ayam panggang untuk dinikmati bersama salad ni. 

Makan dengan pasta goreng pun sedap. 

Saturday, 30 July 2022

Sambal Ayam Penyet

Simpan sini sebab menjadi dan sedap pula resepi Sambal Ayam Penyet yang Ummi ambil dari Rasa.

Kebetulan semua bahan ada, kita terus on... 

Resepi: Sambal Ayam Penyet
Sumber: Rasa

Bahan-Bahan
9 biji cili merah - Ummi letak 3
45 biji cili padi - Ummi letak 25
3 biji tomato - Ummi letak 1 
4-6 biji bawang merah sederhana - Ummi letak 2 1/2 
5 ulas bawang putih - Ummi letak 3
3 inci belacan 
Sedikit perahan lemon - Ummi tambah
Garam & gula 
Minyak untuk menggoreng 

Cara-Cara
1. Potong kecil semua bahan (kecuali belacan)
2. Panaskan minyak dan goreng semua bahan kecuali tomato. Bila dah kekuningan, baru masukkan tomato. Angkat dan toskan minyak. 
#Tomato mudah lembik jadi masukkan akhir sekali
3. Tumbuk kasar semua bahan yang digoreng tadi. 
4. Panaskan semula minyak dan masukkan belacan. Hancurkan belacan dengan sudip. Bila belacan agak garing, masukkan bahan tumbuk tadi. Gaul sebati dan masak hingga pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula. 
6. Masukkan jus lemon dan gaul sebati. 
7. Bila dah cukup rasanya, tutup api. Siap! 

Makan dengan nasi panas sedap ni. Hujan-hujan pulak, mau bocor periuk nasi ni (pinjam words Puan SK kita ☺️)

Anyway, terima kasih empunya resepi. Mudah-mudahan beroleh pahala atas perkongsian yg diberikan. 








Friday, 29 July 2022

1443H ke 1444H

Hari ni hari terakhir bagi kalendar Hijrah 1443. Jatuhnya pula pada hari Jumaat penghulu segala hari. Mendung disusuli hujan, sekejap panas pula. Berapa kali sorong ampaian keluar masuk pun tak tahu Ummi hari ni 😁 Nampak panas, sorong keluar. Baru nak lepak tengok tv, eh gelap pulak 😅 Salah satu hiburan bagi surirumah, main cak-cak dengan matahari :D 

Credit source. 

Sebelum Maghrib hari ni surau akan adakan majlis bacaan Yasin diikuti dengan bacaan Doa Akhir Tahun disusuli dengan Doa Awal Tahun selepas Azan Maghrib berkumandang. 

Di sekolah pun ada majlis bacaan Yasin masa perhimpunan mingguan tadi. Ikutkan ada ceramah Awal Muharram tapi hujan... Semua murid diarahkan bersurai dan masuk ke kelas masing-masing. 

Cikgu-cikgu pula bergotong-royong masak bubur asyura. Ada yang terlibat ada yang tidak ataupun bergilir-gilir agaknya sebab kata Kakak kelas macam biasa. Cikgu masuk mengajar juga.

Besaqnya periuk cikgu :) 

#credit photos: PIBG SRAI

Hari ni balik sekolah semua murid dapat merasa bubur asyura airtangan cikgu-cikgu :)

Alhamdulillah 💚

Ada beberapa program menarik sempena hari kebesaran Islam ni...

Petang ni. 
Boleh follow live di FB Jabatan Mufti Selangor. 

Yang ni menarik. Ada Geng Ngaji 😍 
Pukul 9.00 esok di Surau Al Ikhwan Taman Samudera. Jiran mereka, MTM Mart pun turut bagi sokongan khabarnya. 

Kuliah Maghrib Dr Zul di Surau Al Kahfi, Batu Caves. 

Ini antara yang Ummi dapat info. Banyak lagi rasanya program-program yang diatur untuk menyambut tahun baru hijrah ni  Ada rezeki, nak juga join program-program sebegini.  Masa lapang  dan peluang menghadiri majlis Ilmu juga rezeki kan? 

Salam Maal Hijrah 1444H. 


Thursday, 28 July 2022

Makan & Makanan

Macam biasa, sesi membersihkan galeri telefon:D 

Beribu-ribu lemon gambar dalam phone ni. Apa yang banyak sangat pun tak taulah 😁

Nasi Lemak Ko Ijo 😁
Breakfast dekat tempat tuition Angah, hujung minggu lepas. Sedap nasi lemaknya, lembut je. Sengkak nak habiskan nasi tu, portion besar. 

Tak ingat nama minuman ni tapi ala-ala laici kang. Pemberian Aunty Farah. Dalam tu ada buah lai, kurma merah, kembang semangkuk etc. Penyejuk badan di kala panas, memang berkesan. 

Serawa Pisang, meraikan keinginan sendiri. 

Bawa Abang keluar dinner di Jee's Seafood. 

Makan Nasi Padang, di Jalan Gombak. Gulai tetel regu dengan telur masin walah!

Healthy breakfast semalam; roti, sliced cheese, telur mata dan salad. Ringan je badan makan camni. Tapi itulah, perut ni dok minta nasi lemak jugak pagi-pagi 😅
Tapi bila tengok bekal sarapan Kak Amie bersemangat juga nak tiru :D Semuanya nampak healthy dan cukup nutrisinya. 





Wednesday, 27 July 2022

Kangaroo Math Competition 2022

Cerita 18/6 yang lalu...

Tongkat dagu dan berkerut muka Angah dan Kakak jawab exam ni 🤭

Kakak pertama kali sit for KMC ni. Atas nasihat Cik Ita Kancil, Ummi regi dia kali ni as an exposure for her. Angah dan Abang dulu Ummi regi bila masuk darjah 4, untuk kumpul markah PAJSK. 

Tapi, itulah since tahun 2022 ni semua pertandingan berbayar tidak lagi boleh claim markah PAJSK. 


Khabarnya, supaya  fair to students yang kurang berkemampuan. Ialah, competition ni berbayar. Yang kurang mampu mungkin terlepas peluang nak tambah markah PAJSK sebab tak sertai pertandingan ni. 


Walaupun tak dapat claim markah PAJSK, tapi pertandingan ni sangat bagus untuk anak-anak asah minda dan melatih critical thinking dan problem solving. Soalan memang tough, international standard kan. 

Bulan 9 ni baru result keluar. Tak mengharapkan result yang gempak pun, exposure tu yang penting. Apapun Ummi tetap doakan kejayaan Angah dan Kakak. 


Tuesday, 26 July 2022

Bihun Goreng Sedap

Dah 2-3 kali rasanya Ummi masak bihun guna resepi ni, especially bila nak masak untuk kuantiti yang banyak (> 1 bungkus bihun). 

Resepi: Bihun Goreng Sedap
Sumber: Harian Post

Bahan-Bahan
2 bungkus bihun
1 s/b bawang putih kisar
1 s/b bawang besar kisar
4 s/b cili kisar
1 biji bawang besar - dihiris
4 s/b sos cili
4 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat Jalen
1 s/k garam
1 s/k serbuk perasa
2 ketul kiub ayam
1 s/b gula
1 mangkuk isi ayam
1 mangkuk air
1 mangkuk sawi
3 biji telur

Cara-Cara
1. Tumis bawang putih kisar, bawang besar dan bawang besar kisar.sehingga naik bau harum. 
2. Masukkan cili kisar.Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap pekat Jalen, kacaukan.
4. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacaukan.
5. Masukkan garam, kiub pati ayam dan serbuk perasa. Kacaukan lagi.
6. Kemudian masukkan isi ayam, gula , telur dan air. Kacaukan lagi sehingga sebati dan telur masak.
7. Kemudian masukkan bihun yang telah direndam dan ditos.Kacaukan bihun sehingga sebati.
8. Boleh tambahkan garam/serbuk perasa jika kurang rasa.
9. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan kacaukan sehingga sedikit layu dan masak. Tutup api. Siap!

Suka bihun kering-kering dan tak putus-putus macam ni 😋

Untuk bihun, Ummi suka bihun Cap 3 Teratai, Sufi atau any Bumiputera products sebab bihunnya kenyal dan tak hancur bila dimasak. 

Inilah tujuannya masak 2 bungkus bihun ni. Untuk jiran-jiran berbuka puasa Hari Arafah tempohari. 

Langit Arafah sekitar jam 1.30 pagi, 9 Zulhijjah 1443H. Picture Ummi pinjam dari Hjh Cikbi. Simpan sini buat kenangan 💚

Monday, 25 July 2022

Minum Petang di Cendol Batu 7 Gombak

Lepas jemput Angah dan Kakak dari Kem Kepimpinan, singgah minum petang sekejap di Cendol Batu 7 Gombak

Lokasinya tak jauh dari simpang Masjid Al Sharif (Masjid Simpang Tiga). Kira-kira 200-300m menghala ke SRI Al Huda. Opposite Ayuman Suites. 

Selain cendol, kami juga cuba bakso dan goreng-gorengan yang ada antaranya goreng pisang cicah sambal kicap. 

Bakso Biasa RM5. Macam-macam jenis rupanya bakso ni ye; bakso mercun, bakso beranak, bakso telur... 

Goreng Pisang ni sedap. Cicah sambal kicap tu ummph! Cubalah kalau datang ke sini ye.

Menu lain termasuk goreng-goreng dan takoyaki. Lain-lain tuan, jadi bayar asing-asing kekdahnya. 

Sekali-sekala nak layan cendol dan pisang goreng cicah sambal kicap bolehlah singgah sini. Alamat kedai ada pada gambar atas tu ye. 

Sunday, 24 July 2022

Kem Kepimpinan & Meeting PIBG SRAI

Kakak dan Angah terlibat dengan Program Kepimpinan Pemimpin Kecil Sekolah 2022/23 atas kapasiti Pengawas Sekolah dan PRS respectively. 


Seharian programnya, dari jam 7.30 pg - 5.30 ptg. 

Pengisiannya termasuklah LDK, games, presentation dsbnya. Fasilitator pun kebanyakannya ex-student SRAI, diketuai oleh mantan guru disiplin; Ust S. Sebelum pandemik, Kem Kepimpinan ni pernah diadakan di luar sekolah. 

Credit Photos: Cg ZA.

Sementara tu, Walid pula joined meeting PIBG. Ada cabutan bertuah kali ni. Pemenang bawa balik towel Mamasab :) 


YDP Dr H mengundurkan diri kerana anaknya dah tak belajar di sini, w/pun mandatnya hingga tahun depan. Tak dijangka sebab anaknya pun 'lompat kelas', dapat tawaran masuk Form 1 w/pun baru 12 tahun. Budak genius 👍

Jadinya, terpaksa dibuat pemilihan. Selamat berkhidmat buat YDP baru dan 2 lagi AJK baru yang dipilih. 


Saturday, 23 July 2022

Mini Peach Strudel Cikja Sedap!

Since Aidilfitri hari tu hari-hari dia up status pasal peach strudel airtangannya. Bila ada je tetamu datang beraya, inilah juadah istimewa. Hari-hari dok tayang, jadi teringin juga :D Cumanya, masa tu dia belum jual, belum confident katanya

Akhirnya bila dia mula buka order, Ummi orang ke-2 order tau! Tak dapat jadi first customer haha... sebab tunggu Abang balik asrama baru order. 

Ummi tak menyabar, Walid singgah beli barang Ummi ngap. 2 ketul terus 🤭

Ummi pun terus bagi honest feedback...

Paling Ummi suka puff dia, rasa ringan thus rangup. I really admire orang yang talented macam ni.  And kalau ada terutama di kalangan rakan taulan memang Ummi support. 

Sekarang ni, makin berkembang business dia; dah mula jual sardine puff, brownies... 

All the best Cikja aka Isma 💪

#Cikja @ Isma ni tauke sotong cumi Sabah yang Ummi selalu beli masa PKP dulu.