Sunday 24 October 2021

Redeem Tupperware dengan Sticker Sayap Bagimu Aeon

Semalam Ummi ke Aeon Wangsa Maju lagi, nak cari sneakers. Berbeza dengan bulan lepas, yang mana pelanggan diberi hanya 30 minit untuk ber-shopping, sekarang dah tiada sekatan masa. Ketiga-tiga pintu pun dah dibuka. Mungkin sebab dah berada di Fasa 4 PPN. Tapi, bab SOP norma baharu sama. 

Bulan lepas Ummi mula collect stickers ni. Memang berniat nak kumpul dan tebus kali ni sebab produk Tupperware kan. Last time kumpul separuh jalan sebab tak minat sangat dengan hadiah yang ditawarkan. 


Sebagai Aeon Member, Ummi kena collect 15 stickers je. Non member 20 stickers baru boleh redeem hadiah. Minimum spending RM30 untuk dapat sticker.

Inilah hadiahnya... 
Semalam, lepas shopping tu dapat 16 keping stickers. Terus Ummi tampal pada kad yang disediakan dan apalagi terus ke kaunter Customer Service. Cara redeem; 
1. Present our Aeon member card 
2. Serahkan kad sticker
3. Pilih hadiah
3. Bayar harga sepatutnya 
4. Dapat hadiah yeay! 

Ummi pilihan mangkuk tingkat ni. 
Harga: 15 stickers + RM 35.90

Hari tu tengok rakan blogger, Kakmim beli Tupperware comel. Tak sangka semalam rezeki Ummi pula. Alhamdulillah, self reward juga ni walaupun bukan Ummi yang guna. Big boss ni hah 😜

Bergaya member bawa bekal gi ofis hari ni :D 

Tapi ingat, pantang larang guna Tupperware ni esp Tupperware puan isteri. Kalau tertinggal kat ofis tu, cepat-cepat patah balik ambil semula. Jangan nak buat pasal tak bawak balik πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Lepas ni nak redeem lunch box atau freezer mates pulak... 

Kempen ni sampai Feb 2022, lambat lagi. Sempatlah kalau kawan-kawan nak join. Ummi pulak sempat lagi ni nak redeem 2-3 barang lagi :p 



11 comments:

  1. Murah ya kalau tebus Tupperware di AEON? Hehe maaf kurang mengetahui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah NA haha...
      Seronok kumpul sticker pastu dapat hadiah sebenarnya :D

      Delete
    2. ha ah murah. yg paling murah yg RM80 tu, kalau dekat tupperware rm100+

      Delete
  2. mana sneakers yg dicari2 ituu., ;p

    ReplyDelete
  3. waahhh,...sejak pindah ke Pontian dah jauh dari Aeon. Kalau tak dulu macam macam redemption... periuk, pisau, blender, sudu...

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat gift tupperware brands. Kad member AEON dah expired pulak. kalau tidak mesti dapat jugak mengumpul. berbaloi mengumpul dapat barang baik. Jangan sesekali tinggal tupperware tu, nayaaaa...

    ReplyDelete
  5. ni kalau hilang ni
    mahu kena amuk ni
    asina mom and tupperware berpisah tiada.

    ReplyDelete