Sunday, 31 October 2021

Resepi ~ Roti Kerca

Dengar-dengarnya roti kerca ni hidangan istana kesukaan kerabat-kerabat diraja Kedah. Ummi tahu tentang resepi ni melalui perkongsian YM Tengku Datin Sri Zawyah. Dan baru-baru ni Ummi jumpa pula perkongsian resepi ni oleh  Dato' Sri Siti Nurhaliza di Mingguan Wanita. 

Bahan dan cara menyediakannya lebih kurang penyediaan lempeng. Bezanya kuali dioles dengan minyak sapi dan roti yang seakan lempeng itu bila dah masak, digulung dan dipotong serong. Kemudian, kuah yang dihasilkan dari daging cincang dituang ke atas roti tadi. 

Resepi: Roti Kerca
Sumber: Tokti via Mingguan Wanita

Bahan-bahan (roti)
1/2 kilo tepung gandum - Ummi guna 3 cawan 
3 biji telur - Ummi guna 1 biji
Air - Ummi guna 3-4 cawan air
Garam - Ummi guna 1 s/t garam

Cara-cara: 
1. Gaul sebati semua bahan dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar halus.
2. Oles kuali non stick dengan minyak sapi dan panaskan kuali.
3. Senduk adunan dan masukkan ke dalam kuali tadi. 
4. Bila masak, angkat, gulung dan potong serong.

Bahan-bahan (kuah)
Bahan tumis: 
Minyak - untuk menumis
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Daun kari

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 inci halia
#semua bahan di atas dikisar

Bahan-bahan lain:
Daging cincang - Ummi guna daging burger 
Serbuk kari daging
Santan - Ummi guna 1 kotak santan 200ml
Air
Kiub ayam
Tomato puree (optional)

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau
2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak
3. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan tumis ke dalam kuali. Tumis hingga pecah minyak dan agak kering
4. Masukkan daging cincang dan gaul sebati
5. Masukkan kiub ayam
6. Masukkan santan, gaul sebati
7.  Masukkan tomato puree dan garam
8. Reneh hingga mendidih. Tutup api. Siap!

Hidangkan bersama taburan daun bawang dan bawang goreng.

Tapi, stok daun bawang takde hari tu :p 

Selamat mencuba 🤗

20 comments:

  1. Replies
    1. Macam lempeng je NA, cuma cara hidang tu lain sikit.

      Delete
  2. macam lempeng... tapi mungkin sedap sikit dari lempeng biasa agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends pada tekak juga MY. Nak kata sedap sangat pun tidak, tapi senang utk dicuba.

      Delete
  3. Replies
    1. Sy pun baru berkenalan je dgn roti kerca ni Wak :D

      Delete
  4. Pestime dgr roti kerca ni.. Member org kedah pun x pernah plk mention.. Hehehe bole try nnt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun orang Kedah, Ako. Baru je tahu kewujudan roti kerca ni.

      Delete
  5. pernah buat skali roti kerca ni ms awl2 pkp tahun lepas.. ikot resepi ctdk jgk.. sedap!
    tp sy cicah dgn sambal sardin.. haha

    ReplyDelete
  6. kat sini roti arab je wak tahu., huhuhu

    ReplyDelete
  7. Pernah buat sekali dulu, hihi.. tapi masa tu Azie isteri Syed SObrie yang kongsi di majalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, depa orang SP kan? Suka tengok couple ni, tak makan tua :)

      Delete
  8. Tak penah dgr lagi roti kerca ni.. mana nak carik ni. Nak buat malas haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah mama, belum dikomersilkan kot hikhik

      Delete
  9. Memang sebijik resepi lempeng kecuali bab dioleh kuali dgn minyak sapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ammi.
      Rotinya lembut, nak cicah gula/sardin/sambal bilis macam makan lempeng pun sodap :)

      Delete
  10. Ooo baru tau .. thanks sharing!

    ReplyDelete