Hari ni Ummi goreng mee untuk sarapan manakala lunch pula panaskan lauk yang Ummi masak Isnin & Selasa lepas. Masak nasi je.
Sambal belacan ni pun buat siap-siap. Makan ulam mentah je time takde air ni, jimat air tak perlu masak sayurnya.
Ini pula 'tabung' yang masih penuh. Untuk masak atau buat minum cukup bekalan انشاء الله.
Cuma untuk mandi setakat hari ni je rasanya dapat mandi dengan selesa. Jika berterusan air belum ada, nak mandi koboi pun tak cukup rasanya. Kena mandi ala Bujang Lapok jawabnya; celup jari sapu di mata je haha ..
Tanpa dijangka, sekitar jam 8 malam, bekalan air mula pulih. Alhamdulillah syukur. Kali ni sekejap je lah berbanding sebelum ni yang mana kawasan kami antara yang lewat dapat bekalan. Bila dengar je air mula naik ke tangki, dia punya seronok tu taktau nak habaq :D
Tak sabar nak mendobi pakaian! Sakit kepala dah ni tengok baju kotor bertimbun 😇😇😇
Dugaan sungguh kalau tak ada air kan.
ReplyDeleteApabila datang semula bekalan air, memang syukur tak terkira!
Betul Kak Amie, terasa nikmat betul ada air tu :)
DeleteRasanya dari dahulu tidak habis masalah air di Lembah Klang. Ingat masa belajar universiti di sana ada masalah ini juga.
ReplyDeleteBertabah ya.
Memang NA, dari tahun 1990-an lagi dah ada krisis air di Lembah Klang ni :(
Deletememang menduga betul kalau takde air.. kalau kita yg perempuan ni sedang tak suci lagilah payahnya
ReplyDeleteYe Ammi, bila takde air tu mmg susah serba serbi :(
DeleteXde letrik xpe jgn xde air... mmg resah gelisah... br dgr dr berita radio jap td ada kwsn dh pulih bekalan airnya kn? awal drpd jadual... syukur
ReplyDeleteAlhamdulillah kali ni Gombak dapat air awal :)
Deleteair adalah sumber paling penting
ReplyDeletehargailah air.. 👌👌
Baik boss :)
DeleteHarap2 masal gangguan air dah dapat diatasi
ReplyDeleteAlhamdulillah survived Wak :)
Delete