Sunday, 17 October 2021

Staycation @ Shaftsbury, Putrajaya

Melalui carian di Internet, kami memiliih Shaftsbury Residences Putrajaya sebagai tempat bermalam untuk staycation kali ni. Letaknya berhadapan Alamanda Putrajaya. 


Perlu daftar masuk semua ahli keluarga (dengan memberi butiran nama & KP) sebelum diberi pelepasan masuk ke sini. Itupun kita sebagai quest tidak bebas keluar masuk condo kerana pihak pengurusan menggunakan facial recognition untuk urusan keluar masuk. Access card hanya sebagai kunci rumah. Dekat main entrance kena scan muka juga.  

Jadi, untuk masuk ke dalam premis sama ada call pengurus homestay atau tumpang sekaki bila ada penghuni condo masuk (pengesahan melalui face ID 👆). Both are a bit troublesome :( Tapi, bak kata pepatah; masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kita ikut je...  Peraturan ni untuk keselamatan dan keselesaan penghuni condo. 

Put the issue aside, unit yang kami sewa ni sangatlah selesa dan cantik. Terasa macam check in di hotel berbilang bintang ahak! 

Living and dining area...

Dapur dilengkapi electric stove, kettle and other appliances. 

Mesin basuh ni sekali dengan dryer. 

Master bedroom. Cantik sangat. They hired an ID we guessed. 

Built in wardrobe ni bercermin, menampakkan ilusi bilik lebih luas. Towel, iron  dan sejadah turut disediakan. 

Bilik kedua. Walaupun kecil tapi selesa. 

Bilik ayaq pun cantik dan bersih. Ini shared bathroom. Ok je untuk kami 6 beranak. 

 
Sayangnya, pool yang cantik ni tak dibuka waktu kami stay di sini tempohari.

Selain tu, kalau nak stay sini kena sediakan baki touch & go yang mencukupi untuk bayar parking. Setiap kali keluar masuk, kena bayar parking ye. 

Walaubagaimanapun, kami puashati dan sangat selesa berada di sini. Berbaloi dengan harga RM171/night yang kami bayar. 






6 comments:

  1. Wah,menarik ni ...
    Rasanya pool kat semua hotel pun belum buka (kalau salah,maafkan saya) sebab SOP kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik dan selesa cuma bab check in leceh sikit :(

      Delete
  2. maila doha makcik, sini pon ade swimming pool jugak 😅😅

    ReplyDelete
  3. Cantik kndonya. Kemas dan perabot memang kena dengan keluasan ruang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye NA, susun atur semua teratur, Tak rasa sempit w/pun saiznya taklah besar mana.

      Delete