Jom ikut bersama meneroka keindahan Taman Botani Putrajaya. Kali pertama kami sampai di sini, jadi sangat teruja untuk explore di samping menghirup udara segar.
Hanya kami berenam melalui trek ni. Kebanyakan pengunjung lain pilih laluan di tepi tasik. Peluang baik untuk kami bebas meneroka secara santai.
Terjumpa pondok misteri 😅 Terbayang tempat ahli sihir jahat dengan penyapu terbangnya sedang menunggu di dalam haha ..
Singgah bergambar di sini...
Selepas melepasi Taman Heliconia dan teduhan pokok-pokok menjalar, kami sampai di Bukit Palma, puncak tertinggi agaknya di sini.
Subhanallah, what a breathtaking view!
Ada rumah kampung, terus teringat rumah pusaka peninggalan arwah Tok Wan... Rumah papan yang bertangga, ada tingkap besar semuanya menggamit kenangan.
Taman Kaktus...
Berhenti sekejap di sini, Abang nak tasmik dengan Ustazah.
Adik3 pula panjat bukit, tak lepas-lepas nak takluk bukit kecil tu:D
Naik bukit, turun bukit akhirnya barulah jumpa tasik. Serius cantik tempat ni.
Bunga keembung pelbagai warna di dataran berhampiran tasik. Again, mengingatkan kepada kenangan zaman kanak-kanak. Pokok keembung menghiasi hampir serata rumah. Mudah bercambah biji benihnya.
Di sini juga ada kedai makan, tandas, vending machine, tempat duduk dsbnya.
Jalan punya jalan, akhirnya kami sampai di Pahang 😆
Astaka ini juga sedang diselenggara. Hanya dapat bergambar dari jauh.
Alhamdulillah, sepagi yang sangat indah 💚
Cantik pemandangannya.
ReplyDeleteHijau saujana mata memandang. Segar!
Ye, tenang sangat di sini.
Deletesaya pun pernah ke sini, memang aman dan tenteram
ReplyDeleteBestkan Syaz :)
DeleteSubhanallah. Cantik. Memang ambil masa PH dan keluarga meneroka Taman Botani.
ReplyDeleteDah lama tak berjalan, sesekali kita berjinak dgn hutan ambil udara segar hihi
DeleteSelamat beriadah di hujung minggu
ReplyDeleteTq Wak :)
DeleteSaya pun suka Taman Botani Putrajaya.Lagi suka taman botani putrajaya dari botani KL (Tasik Perdana)..
ReplyDeletePutrajaya meriah & parking banyak.. Morocco tu tutup yer...
Seronokkan kat sini MC.
DeleteRasa macam nak duduk Putrajaya je haha