Bawa anak4 ke taman permainan berdekatan rumah. Sambil menolak buaian Adik, tiba-tiba terbau aroma masakan yang sangat menggoda jiwa raga haha... Bau ala-ala kari gitulah. Dalam hati, harap adalah rezeki Ummi makan nasi kenduri lagi :)
Alhamdulillah malam tu lepas Maghrib Walid bawa balik bungkusan di bawah ni...
الله أكبر، dah tertulis rezeki kami rupanya. Hj J buat kenduri aqiqah cucunya. Kenduri norma baharu, makanan dipek dan diagihkan di surau.
Ada nasi beriani, ayam goreng, acar timun, tapai pulut, bunga telur, set sudu garfu, air dan wafer Nabati. Complete set!
Kurma kambing ni agaknya yang depa masak sampai kembang kuncup hidung Ummi siang tadi haha...
Ini pula dari keluarga arwah Uncle Kassim, sempena hari ke-7 pemergiaannya. Esok harinya pula anak bongsu arwah menjalani operation di bahagian kepala. Mungkin mereka sekeluarga berhajat untuk kemudahan dan kesembuhan beliau sama.
Alhamdulillah, khabar terbaru beliau selamat menjalani pembedahan walaupun masih dipantau di hospital.
Dinner kami malam tadi juga ada penaja :D
Dapat nasi mandy dari Cik Ira. Ummi cuma air-fried ayam sebagai lauk tambahan. Dapat satu pek extra nasi sahaja jadi cukuplah untuk kami sekeluarga, alhamdulillah.
Ini pula nasi kenduri anak saudara sepupu Walid, Awie yang khabarnya selamat bergelar suami hari ni. Kami tak dapat merasa tapi geng Jitra merasalah nasi minyak Awie. Tahniah Awie & pasangan 🤗
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚
Nasi kenduri ni sedapnya lain macam kan. Kelakar pulak sambil tolak buai pun boleh terbau kari kenduri.. dekat eh tempatnya tu 😆
ReplyDeleteAlhamdulilah rezeki x putus2..
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki dapat berbungkus bungkus makanan dari kenduri. Macam macam menu ada.
ReplyDeletealhamdulillah, rejeki jgn ditolak tuu., ;p
ReplyDeleteAlhamdulillah, semalam saya makan nasi beriani beli. Memang rutin abah dan emak puasa beli nasi beriani.
ReplyDeleteSedapnya ..
ReplyDeleteRindu nasi kenduri dan rindu nak makan kenduri macam zaman kanak-kanak.Berebut kerak nasi siram kuah gulai daging.Hihihi
Alhamdulillah rezeki :-)
ReplyDeleteKalau masak kari memang sedap baunya.
Mesti yang PH bau tu dibawa angin lalu hehhehee...
Alhamdulillah
ReplyDeleteMurah rezekinya