Tuesday, 12 October 2021

Dah ready?

Ada ke yang dah packing baju nak balik kampung? Hehe... Syukurkan, selepas beberapa bulan menanggung rindu akhirnya kerajaan benarkan pergerakan rentas negeri. Dapatlah menjenguk ibu ayah dan keluarga di kampung. الحمد لله 

Bagi yang dah merancang untuk balik kampung ke, bercuti ke jangan lupa SOP ye. Kalau ambil AL Isnin nanti, dapatlah cuti lama kan. Selasa cuti umum, Maulud Nabi. Dah dapat bayangkan dah highway sesak hujung minggu ni. Macam dapat balik raya kan :D 

Silakanlah dulu... Kami ni tak kemana makanya kenalah hadap scheduled water cut yang dijadualkan bermula esok hingga Sabtu 16/10/2021

Ayaq kolam dah tadah ni 😆

Tahun lepas hanya bertahan 2 hari mandi koboi haha... Lepas tu escaped to Southville. Tahun ni tak tahulah berapa lama boleh bertahan. Strateginya bertahan dulu, kalau tak tahan nanti kita carilah tempat yang ada air ahak! Malas nak stress pada perkara yang diluar kawalan.  Lagipun dah boleh merentas ni senang sikit, انشاء الله

Stay safe semua ♥️





3 comments:

  1. Betul tu xyah nk disesakkan fikiran kan? Kalau dh kritikal sgt nnt bolehlah check in kt mana²... semoga dipermudahkan urusan PH sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Itulah nasib baik gangguan bekalan air berlaku waktu boleh merentas daerah dan negeri. Kalau tidak kena tabah duduk rumah.
    Haha adik bongsu saya balik lewat malam juga selepas pengumuman.

    ReplyDelete
  3. Conclusion - don't come to Selangor for holiday LOL! Let's hope the water supply resumes sooner than announced.

    ReplyDelete