Tuesday, 8 September 2020

Escaped to Southville City ~ Sri Massa Citihome


Ramai rupanya yang checked in di hotel, balik kampung, tumpang rumah saudara mara dsbnya disebabkan krisis air tempohari. Kami pun sama...

We were here. 

Pilihan kami area Bangi, Kajang atau Putrajaya. Dalam mencari tu, nampak dalam list booking.com sebuah homestay 3 bilik di Southville. Southville ni penempatan baru yang kita nampak di sebelah kanan, jika menuju ke Melaka/selatan, sebelum exit Bandar Seri Putra. Ada exit khusus untuk Southville/Dengkil.

On the way balik dari Pontian Walid singgah ambil kunci dan recce tempat ni. "Ok sangat homestay ni" katanya di hujung talian. My reply was "ada air tak?" Silap, "ada ayaq dak?" haha... Itu je Ummi nak tau. Satgi dah check in takde air tak ke naya. Rugi duit pun iye juga.

Proses tempahan melalui booking.com. Paid thru credit card then barulah kita dapat nombor owner untuk urusan check in dsbnya.


Kami checked in sekitar jam 10.30 malam. Then took turn to shower. Alhamdulillah leganya dapat mandi seperti biasa. Nikmat sungguh lepas 2 hari mandi koboi :D 

Homestay ni sangat selesa, bersih dan kemas. Style hotel. Setiap bilik ada aircond plus 1 di ruang tamu. Dapoq ja takdak aircond 😁

Cantikkan homestay ni?




Bilik tidur...

Master bedroom. 

Bilik ke-3.
Super single bed. 

Bilik ke-2. 

Setiap bilk dilengkapi dengan aircond dan kipas siling. Towel juga disediakan.

Kedua-dua bilik air lengkap dengan shower. 



Nampak washing machine macam nampak emas 😂 Terus hilang stress fikirkan kain baju kotor yang dah brrtimbun. 


Plan asalnya nak cari self-service laundry area sini sebab tu bawa sekali baju kotor. Sekali ada depan mata. Alhamdulillah senang kerja Ummi.

They love this place so much. 

Memang selesa sangat di sini. Next time plan nak staycation kat sini. Best pulak duduk di kayangan ni ahaks! Tinggi tau, tingkat 28. Paling atas tingkat 30. Ikutkan nak extend booking for another night tapi dah ada orang nak masuk that day.
Dengan harga semalam RM150 untuk 3 bilik tidur (berhawa dingin) dan 2 bilik air memanglah orang berebut kan? 

Jiran... 

Alhamdulillah rezeki kami juga walaupun last minute booking. Puashati sangat.
Dapur pun lengkap dengan beberapa peralatan seperti kettle, dapur elektrik, rice cooker dan peti ais. Memang lengkap sebagai rumah berkonsep modern. Parking lots untuk unit ni 2 jadi kalau datang lebih dari satu kereta pun boleh. In fact untuk public parking lots pun banyak sebab ini kawasan baru. Masih banyak lot kedai yang kosong.

Persekitaran juga sangat selesa dan selamat. Ada security guards yang bertugas di pelbagai area which made their presence felt. Banyak kedai makan, klinik, supermarkets, laundries dsbnya. Surau pun ada tau. Complete facilities here. Walaupun sekejap sahaja kami di sini tapi Ummi suka dengan gaya hidup yang dicipta di sini. Gaya moden, mewah,  rasa bebas dan selamat untuk berjalan dari satu kedai ke satu kedai dan tak crowded, itu yang best sangat. Feeling-feeling dok overseas gitew.  Good job developer! 

Di tingkat 5 ada swimming pool, playground dan self-service laundry. Kami guna dryer sini je lah untuk keringkan baju. Lega betul bila setel bab kain baju ni. Mak-mak fahamlah kan...  




Walaubagaimanapun kami tak izinkan anak-anak mandi pool. Dalam situasi sekarang eloklah berjaga-jaga. Kalau pool hotel ada SOP yang perlu dipatuhi tapi di sini mungkin tiada pemantauan ketat seperti di hotel. Lagipun ini residency,  penggunaan kolam mungkin lebih terbuka. For us, better safe than sorry.

Looking forward for another opportunity to stay here again. Tapi, kali ni nak pergi untuk relax, bukan 'lari dari rumah' lagi sebab TAKDE AIR 🤭

2 comments:

  1. Hikmah tiada air, dapat kenal rumah inap ini.
    2 dalam 1 mandi dan basuh baju sekali boleh buat. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Samhil menyelam sambil minum air :)

    ReplyDelete