Thursday, 31 October 2024

Wedding @ Taman Koperasi Polis

Alhamdulillah penuh jadual weekend kami dengan undangan majlis perkahwinan sepanjang Oktober. 


Minggu ke-4 ni, kami dijemput oleh rakan jemaah surau, En Mail. Tak cukup dengan jemputan di surau, EM cari Walid nak 'jemput mulut'. Bersungguh² beliau nak kami hadir ke majlis perkahwinan anakandanya. 

Majlis di Taman Koperasi Polis. Dah beberapa kali kami makan kenduri di dewan ni. Jadi, lepas Zohor baru kami ke sini. Tempat dah biasa, dah boleh bajet masa nak sampai pukul berapa. 

Tu dia, penuh pinggan... 
Orang lelaki (Walid) ambilkan, memang ikut portion depa la kan 🤭

Ada juga bihun sup. Laksa dah habis. Sedap bihun sup ni, ala² Utara. 

Pengantin nak potong kek ... 

Kami pun usai makan terus minta diri. Nak ambik Kakak pulak dari Perkampungan UPKK. 

Alhamdulillah, rezeki beras pula :D 
Kenduri di Hijrah Banquet Hall tu dapat sos cili dan kicap, kali ni beras pula. 

Bagus ada detail PIC sekali, manalah tahu ada yang nak berurusan dengan Syarikat Faiza ni. 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 
Terima kasih sekali lagi En Mail atas jemputannya. 

12 comments:

  1. Alhamdulillah... Sedap nya makan lauk kenduri... Lagi2 daging masak hitam.. Tak sama rasa dengan buat sendiri.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh. Daging Masak Hitam kenduri ni sedap lain macam Linda kan

      Delete
  2. Meriah jemputan weddingnya tuuu..mz ada gak wedding to attend next week..kat putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki makan nasi kenduri saban minggu :)

      Delete
  3. Nampak sedaaaap bihun kuah nya kak 😍😍😍. Dah lama tak attend wedding saya. Rindu juga nak makan menu kenduri 😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap bihunnya 👍🏻
      Di sana jarang ada kenduri ya Fanny? Teringin mau tahu budaya kenduri di tempat kamu :)

      Delete
  4. Goodie bag ni best kalau dapat. Beras mahal pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hujung² tapi alhamdulillah ada rezeki utk kami. Dapat door gift barang dapur excited la kita :)

      Delete
  5. Suka dapat cenderamata makanan.
    Pernah merasa tiap-tiap minggu ada kenduri kahwin. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, dapat barang2 dapur mmg best esp mak² :)

      Delete
  6. Ammi harini ada wedding anak cousin tp tak dpt attend sbb train Kyra pukul 1.30pm. Kenduri di Banting. Mmg tak sempat sungguh. Kita kirim salam dan doa jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh tu Banting... Kalau dekat² boleh lari sekejap kan.
      Selamat Pengantin Baru utk anak cousin Ammi tu 🌹

      Delete