Tuesday, 22 October 2024

Breakfast Roti Canai Goreng

Walid beli beberapa keping roti canai Ahad lepas. Masing² masih kenyang makan Nasi Lemak dan Sambal Tumis Udang, jadi roti canai tu Ummi simpan dalam peti ais. Biasanya makanan² leftover ginilah jadi santapan Ummi untuk breakfast atau pun lunch. Nak masak baru tak berbaloi, makannya sorang je. Cuma Ummi olah jadi menu baru dari leftover tu. Contoh, roti canai ni Ummi buat Roti Canai Goreng. Menu ni Ummi mula kenal masa PKP dulu. 

Hiris halus roti canai. 

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih, cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan ayam/seafood/telur then masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dsbnya. Then masukkan roti canai yg dah dihiris ni. Gaul sebati, letak garam dan bila semuanya dah masak, cukup rasanya tutup api. Ala, macam goreng nasi, bihun tu je...

It's done... 
Letaklah cili, daun bawang semua bagi berseri sikit.

Nampak macam kue tiau goreng kan? 
Rasa? Macam rasa roti canai juga.
Macam nasi goreng, tetap rasa nasi kan? 
Gitulah lebih kurang bandingannya :) 




16 comments:

  1. Lah.... tak terlistas di fikiran uncle!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la Uncle, tak mengecewakan Insha Allah 😁

      Delete
  2. fuhh sgt2 creative ni!! yg penting, sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang kalau biar gitu je, kita 'repurpose' la aha 😁

      Delete
  3. Wah kreatif PH.
    Sekali pandang memang macam kuetiau goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun follow resepi orang je PU ☺️
      Tapi okay la, tak membazir

      Delete
  4. Itulah sekali pandang kuey tiow goreng

    ReplyDelete
  5. Cantik pula kejadian roti canai goreng!

    ReplyDelete
  6. kreatifnya PH. tak pernah terfikir pulak menu camni. dah nampak macam kuetiau dah pun tu.

    ReplyDelete
  7. eh...boleh erk...first time SA tau ni....

    ReplyDelete
  8. ketupat goreng pun linda tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  9. Potong roti canai kecik2 tu sedap juga rasanya....

    ReplyDelete
  10. Baguuus recook nya kak. Kreatif sangat mengolah roti canai menjadi begini. Nampak lebih menarik pun.😍

    ReplyDelete