Monday, 14 October 2024

Pelupusan Al Quran secara De-Inking


Attin Press dengan kerjasama Masjid Al Khairiyyah ada buat program pengumpulan bahan² bercetak spt Al Quran, buku agama, kitab lama  yang hendak dilupuskan. Kami pun ambillah kesempatan ni untuk hantar buku² agama, kertas² exam Abang Angah yang ada tulisan/kalimah suci spt nota² UPKK depa dulu. Mana yang Kakak boleh rujuk Ummi simpan. Ada juga kitab² lama dan Al Quran terjemahan yang rosak dimakan anai². Kes anai² ni dah lama, dah setel pun. Cuma Al Quran tu kami masih simpan sebab tak tahu ke mana hendak dihantar untuk dilupuskan. Ada juga call satu pihak ni, tapi katanya depa hanya ambil serahan dari warga KL sahaja.  

Semua ni 37kg. 
Selalu kalau kita jual surat khabar lama atau buku² lama kita dapat duit kan, tapi utk pelupusan Al Quran ni kita kena bayar. 

 Kaedah yang digunakan oleh AP ni ialah kaedah tanpa bakar (de-inking). Syarikat ni diberi lesen oleh pihak KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan kelulusan  Majlis Fatwa Selangor untuk menyediakan perkhidmatan ni. 
Info lanjut: SINI

Syarikat ni beroperasi di Puncak Alam.

Semalam hantar pula frame Al Quran yang dah rosak juga. Frame ni pun dah berusia hampir 20 tahun kot. Ada jamuan dengan syarikat, member Walid menang lucky draw ke hadiah apa ntah tak ingat. Dia tak nak, dibagi kpd kami yang waktu baru kahwin. 

Boleh bayar secara tunai atau QR. 

Alhamdulillah lega rasanya bila dah berjaya hantar bahan² bercetak kalimah suci ni untuk dilupuskan secara terhormat. 


Hujung bulan ni depa buat collection di Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati. Kalau ada yang berminat, bolehlah hantar ke masjid ni 26 & 27 hb nanti.

10 comments:

  1. kat johor ni macam tak pernah nampak pula sercis macam ni... buku sekolah agama dari abang sampai ke adik adik ni dah menimbun dah

    ReplyDelete
  2. Kat sini masjid ada kumpulkan Al-Quran lama untuk dilupuskan

    ReplyDelete
  3. Masjid UPM pernah buat pelupusan Al Quran tu time Dania sukarelawan membersihkan sekitar masjid.

    ReplyDelete
  4. sekarang nie nak pindah rumah, jadi pening, sebab buku2 sekolah mesti ada ayat al-quran

    ReplyDelete
  5. Biasanya masjid ada buat..tempat lain x sure...

    ReplyDelete
  6. thanks info ni.
    Baru tau..
    sykt ni kat Puncak Alam je tak jauh dari rumah. bolehlah nanti kalau ada yg nak dilupuskan.

    ReplyDelete
  7. Bagus juga caranyaaa. Saya tak tahu apa ada metode utk penanganan Alquran tak terpakai dengan cara ini di sini. Tak pernah dengar juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, mcm mne ye sye nk contact utk hntr al quran utk di lupus dkt masjid taman melati tu?

      Delete