Friday, 4 October 2024

Roti Jala Berinti

Lebat betul hujan petang kelmarin (Khamis) kan... Ummi pun keluar awal dari rumah untuk pick up anak² dari SRAI. Risau kalau hujan lebat nanti traffic sesak, banjir kilat ke... Alhamdulillah sampai sekolah tak hujan. Dah sampai rumah hujan semula, lebat sangat. Ada few tempat dekat Selayang banjir katanya; area Kg Laksamana dan Sg Kertas. Tengok kawan² share video pun tinggi airnya. Semoga dipermudahkan urusan semua 🀲 

Walid pun balik dari ofis lepas Maghrib. Stucked pula di MRR2 sebab ada lori kehabisan minyak... Lepas Isyak baru sampai rumah.  Dugaan 😌

Mujurlah balik bawak buah tangan :D 
Ummi ingat Roti Jala Berlauk (macam Kuih Cara Berlauk) tu rupanya inti manis... Inti kelapa macam kuih ketayap tu. Sedap... Ummi ni apa yang tak sedap ye? Haha... 

Set Nasi + Ikan Asam Pedas ni Walid beli juga, nak tolong peniaga tu habiskan jualannya.  Bolehlah buat tambah lauk. 

Ni airtangan Ummi. Ayam Goreng Cili Kering tu resepinya belajar dekat TT 🀭
- gaul ayam dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk kari daging
- panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan
- Tinggalkan minyak secukupnya untuk tumis hirisan halia, bawang putih dan bawang besar. Bawang besar ni letak banyak², lagi sedap. Tumis hingga layu, masukkan daun kari dan cili kering yang telah digunting serong. 
- Masukkan ayam tadi dan gaul sebati semua bahan. 
- Masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram, sos cili 1 sudu dan kicap manis. Gaul sebati semuanya. Tutup api. Siap! 

Sedap dan mudah masak gini. Bila nak makan ringkas², cepat² sesuai sangatlah lauk ni. 

13 comments:

  1. Betul.. Hari khamis tu hujan lebat betul... Semalam pulak (jumaat), hujan malam.. Mcm sampai ke pagi pulak.. Sebab sejuk je...

    ReplyDelete
  2. MRR2 ni jangan ada silap sikit kan PH mula lah merangkak nak sampai :)

    ReplyDelete
  3. ingtkn kuih ketayap kaler hijau tu tadi., hehe

    ReplyDelete
  4. First time tgok roti jala Ada inti..ayam goreng Tu menarik la..SA nak buat la nanti...

    ReplyDelete
  5. Roti jala ke? Rupanya macam kuih ketayap versi berlubang.

    ReplyDelete
  6. Oooo ada roti jala berinti pula ya. Saya ni selalu ketinggalan keretapi.

    ReplyDelete
  7. Baru tau ada roti jala berlauk πŸ˜„
    Nampak macam sedap jugak, makan roti jala ada lauknya.

    ReplyDelete
  8. Menarik tu roti jala ada inti. Tak pernah jumpa lagi.

    ReplyDelete
  9. Roti jala inti manis .. ala-ala kuih ketayap juga kan .

    ReplyDelete
  10. tk pernh lg jmpa roti jala berinti

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni dah musim hujan pulak kan PH. Sebelum ni panas je.

    ReplyDelete
  12. Unik juga roti jala di KSH inti ☺️🀭.biasanya kue dadar gulung, nak modifikasi penjualnya 😁.

    ReplyDelete