Tuesday, 29 October 2024

Mini Chocolate Cake Kukus

Excited anak⁴ nak berkumpul sempena cuti Deepavali ni, Umminya terlebih rajin hari ni 😁 Mini choc cake versi kukus ni Ummi buat awal pagi tadi. Teruja nak mencuba sebenarnya :) 

Bahan² semua sedia ada di dapur itu yang laju je... Bahan lain yang diperlukan ialah sarang (?) mini cupcakes. 

Gaul Bahan B ni hingga sebati semuanya. 
Kemudian, campurkan Bahan A. Sebelum campurkan Bahan A tu, Ummi susun dulu sarang cupcakes dalam loyang kukus.

Kalau ada acuan lompang tu lagi sesuai.

Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B, gaul hingga sebati semuanya guna sudu/senduk kayu je. 

Ambil sudu bulat (sudu sup) dan sudukan ke dalam sarang cupcakes. Dalam masa yang sama, hidupkan api dan panaskan kukusan. Bila air mendidih, baru letak loyang pengukus. Kukus dalam 15 minit atau sehingga masak. 3-4x juga kukus sbb comel² je kan saiznya. Mujur pengukus Ummi besar, 2 layer cepatlah sikit. Itu pun yang last Ummi masukkan dalam bekas taufufah 🀭

Dapat banyak ni alhamdulillah. Bolehlah buat minum petang dengan anak².
 Terima kasih Ilyana88 atas perkongsian resepi 🌹

Sambil mengukus, sambil menggulai. 

Siap kukus kek, lunch teruslah alang² Gulai Ayam (Kari Ayam) pun dah siap. Makan gulai, kena ada kicap baru umphh :)

Selamat mencuba πŸ€— 







16 comments:

  1. Wah,rajinnya PH...
    Gulai ayam tu gu ngan toyu ngam noh..
    kuah dia esok buat lempeng pulak..uish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dan dah nak simpan kuah pun, licin hahaha...

      Delete
  2. wah..sedap nampak tu, alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Rasa lama betul kita tak masak kari ayam, buat choc cake lagilah lama tak buat dah, hahaha. Seronok la PH semua anak ada kat rumah, mesti macam2 menu keluar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ye SK, semangat lain macam sikitlah bila anak² ada semua ni

      Delete
  4. Utagha style.. makan gulai dengan kicap. Anak akak pun ada yang ngikut makan camtu, nengok ayahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak, kira wajib la makan kuah gulai dgn kicap 😁

      Delete
  5. Org perempuan, boleh buat 2 kerja dalam satu masa..
    siap kukus, dan boleh makan nasi terus hehehe..

    ReplyDelete
  6. Buat versi comel gini, lebih senang nak makan tak payah potong.

    Terus rasa macam nak buat jugak, serbuk koko dah lama beli tak digunakan 🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun nak menghabiskan serbuk koko juga sebenarnya 🀭

      Delete
  7. Nak buat jugak..tapi tangan SA ni panas la..x pernah lulus buat kek ke buat kuih ke

    ReplyDelete
  8. tak reti (tak rajin sebenarnya) nak baking2 ;) so if craving, singgah SR ajer...best tu PH rajin baking

    ReplyDelete
  9. Waaah Ini dikukus ya😍😍😍. Saya nak buat. Kalo dikukus suka.. kalo pakai oven, kurang sikit. Apalagi oven saya model yg basic sangat. JD kdg kalo tak paham, yg ada malah burnt 🀣

    ReplyDelete
  10. Gebu nampak kek cawan ni PH. Cantik kejadiannya.

    ReplyDelete