Sabtu 5.10 semalam Ummi pergi tampal gigi. Tampalan lama dah tanggal. Ikutkan nak pergi Sabtu lepas, tapi takde slot utk buat appointment on weekend. Klinik ni buka Sabtu dan Ahad sebab tu slot weekend full.
Klinik gigi tempat Adik cabut gigi beberapa bulan lepas. Masa bawa Adik tu Ummi dah mula suka dengan klinik ni, staff baik² termasuk dentist-nya. Adik dulu dentist lelaki bertugas. Ummi pula female dentist (doktor lokum) yang bertugas semalam. Appointment Ummi pukul 10 pg, 9.45 Ummi dah sampai. Lepas regi terus masuk. 10 minit kemudian dah keluar. Sekejap je... Prosedur tampal gigi sekarang tak seseram dulu 🤭
Petang pulak, elok Ummi nak guna reading glass/spek mata Ummi tiba² patah. Bukan jatuh, bukan tertindih apatah lagi terduduk atasnya 😆 Skru patah dalam lubang skru, lebih kurang gitulah.
Bawaklah ke Samsia Opto, tempat Ummi buat spek dulu. Adik kedai tu suruh Ummi letak gam Gajah hahaha... Berapa hari je boleh tahan kalau letak gam kan 😇 Sudahnya Ummi tukar frame...
Yang ni je match dengan size kanta Ummi. Ikutkan nak warna coklat juga tapi tu la no choice. Tapi anak² kata spek ni lawa. Oklah tu...
For future reference;
Tampal gigi: RM180 (RM150 tampal gigi + RM30 consultation)
Frame spek: RM150 (harga selepas discount (20%) RM160, tapi adik tu bagi lagi diskaun RM10)
Tq dik, rezeki Ummi as their last customer before depa tutup kedai :)
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
untung juga jadi customer last minit ni, dapat jugaklah diskaun
ReplyDeleteUncle dulu pun pernah cuba guna gam gajah... Pagi tampal tengahari tercabut! Hehehehe
ReplyDeleteHaha... Baik ganti je frame, kan Uncle 😁
DeleteErk. PH ni mengingatkan saya yg saya sepatutnya pergi jumpa doktor gigi tapi tak pergi2 lagi 🤭
ReplyDeleteDaripada guna gam gajah, baik suruh ikat aje dengan dawai
ReplyDeleteAah la Wak, lebih kuat dak 😆
DeleteNak tak nak dedua kena buat juga kan ..
ReplyDeleteItu la.. dua² pun penting 🥺
Deletemahal betul kos tampal gigi nowadays...
ReplyDeleteYe MZ, ingatkan puluh² je rupanya ratus huhu
Deletekalau dh biasa pi dentist yg serasi...mmg ke situ je la kan...yela bab jmpa dentist ni tk smua org suka tp kalo dh terpkasa mcm kena tampal or cabut gigi..kena juga ngadap dentist kan
ReplyDeleteBetul tu MT... Mmg kalau dah terpaksa sangat barulah nak jumpa dentist ni...
DeleteWaaahh.. ummi bergaya dengan bingkai baru.
ReplyDeleteAkk pun pernah tukar bingkai spec je, kena smaller size dan kuranglah pilihan.
antara banyak banyak perkara, yang melibatkan gigi bukanlah saya gemari. takut sokmo
ReplyDeleteAdui... tampalan gigi saya pun dah tertanggal!
ReplyDeletePaling seramlah kalau nak jumpa dentist. Tekanan darah terus mencanak naik.
Kalau frame patah, kena tukar baru lah jawabnya.
ReplyDeleteDia samada customer awal pagi dan hampir2 nak tutup kedai memang akan dapat diskaun
ReplyDeleteRezeki tu harga frame cermin mata tu PH.
ReplyDeleteMemang, tambal gigi skr cepat. Dan tak seram macam dulu 🤭😁. Walaupun kadang tak sukanya ada dokter yg tambalannya tak kuat . Lepas lagi. Terpaksa pergi ke dentist lain
ReplyDeleteLihat kacamata, JD ingat kacamata saya dah tak pas minus nya 🤭. Lihat orang jadi blur.