Tuesday, 1 October 2024

2H1M @ Felda Residence Hotsprings Sg Klah, Sungkai

Ke sana, ke sini dan ke sinun akhirnya kami sampai ke destinasi sebenar untuk hari kedua di Perak Darul Ridzuan. 

Walaupun ini perancangan last minute, alhamdulillah berjaya juga kami menempah bilik terakhir di sini. Bilik double tapi sangat spacious... Harga bilik ni RM190/mlm. 

Jarak antara katil dengan TV ni boleh muat lagi sebuah katil! Advantage bila menginap di hotel² lama ni tentulah saiznya, sangat luas. 

Disediakan kettle, mini fridge dan juga iron & iron board selain minuman 3-in-1 dan 2 botol air minuman. Abang rajinlah bancuh instant coffee kalau pergi hotel. Sejadah pun disediakan. 

Bilik air pun luas. 
Ada bath tub, kesukaan gegirls nak berendam. 
Overall dari segi kebersihan dan kekemasan okay cuma since hotel ni agak lama, adalah nampak a bit kusam here and there. Tapi, tetap selesa bagi kami sekeluarga. Setiap bilik ada tingkap besar dan dilengkapi dengan sepasang arm chair

Felda Hotsprings ni letaknya kira² 10km dari jalan besar Gopeng-Sungkai. Dari Pusat Konservasi Hidupan Liar tu keluar ke jalan besar, nampak simpang ni masuk ke dalam, menuju Felda Sg Klah ni. 

Cantik pemandangan di sini ... 

Sampai dah yeay... 

Petang tu kitorang bersiar² sekitar hotel saja. Basically, dalam ni rasa macam stay dalam ladang kelapa sawitlah sebab keliling hotel penuh dengan pokok kelapa sawit. Pengalaman baru even untuk anak kampung macam Ummi. 


Bilik hotel. Full house ye, cuti Hari Malaysia & Cuti Maulud Nabi bertindih. Banyak syarikat swasta bagi cuti Selasa tu...

Kawasan luas, anak² seronok dapat bebas berlari. Ada playground sebelah kafe. 

Anak² tak sabar nak ke kolam mandi. Sebelum tu kami order siap² food untuk dinner. Harga makanan standard hotellah tapi berbaloi, sebab kawasan ni agak jauh dari pekan. 


Kawasan ni luas ye...
Seeloknya pakai sepatu yang bersesuaian sebab nak kena menapak jauh juga dari bilik hotel ke kolam air panas ni. Bawa kasut sukan pun okay, boleh jogging/brisk walk di kawasan ni. 

Kolam kanak² ni kecik je. Adik dan Angah je mandi.

Ini pula kolam air panas...
Mula tu cuak juga nak masuk bila baca signboard ni 😅 

Bersih dan terjaga...

Kolam ni besar.
Selain guests Felda Residence ni, ada juga pengunjung lain. Ada entrance lain untuk pengunjung luar. Tak silap kolam ni dibuka hingga jam 10.00 mlm. Sebab tu kalau orang luar datang, nampak berbondong² barang yang dibawa; makanan, kerusi lipat, tikar dsbnya. Mungkin ada yang nak stay sampai malam. Ada kafe lain juga selain kafe hotel. 

Sebelum dan selepas keluar masuk kolam ni mandilah dulu dgn air dalam tempayan ni. Sejuk ya amat! 

Untuk hotel guests, bebas keluar masuk ke sini. Cuma ada pagar kecik yang mungkin ditutup sebelah malam. 

Bila malam depa buka lampu, cantik dan tenang je suasananya. 

Antara makanan yang kami order malam tu... Sedap 👍 


Lepas dinner, pakat craving aiskrim pulak 😅 
Duduk tempat² camni, jauh dari kedai mulalah teringin nak makan itu ini hihi... Aiskrim ni dijual di lobi. Selain tu ada vending machine, jual ada air kotak je. Kalau ada mi segera pun bagus juga ahak! 

Perut kenyang, aircond pun sejuk elok, tarik selimut, good night lah :p 

TBC 🤗



14 comments:

  1. Not bad…rm190. Ammi pun skrg plan nak beli tilam angin yg boleh lipat sbb mmg sejenis manusia no preplanning. Mana tau terjah dpt hotel yg tak ckp katil boleh je bentang tilam angin tu

    ReplyDelete
  2. Selamat beriadah dan beristeri rehat

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik juga tempat ni.
    Tapi jauh sangat nak ke sana dari Johor.
    Ke KL aja dah cukup penat...

    ReplyDelete
  4. bilik luas & dlm bilik ada bathtub mmg syok la bdk2

    ReplyDelete
  5. Seronoknya...
    kalau bawa budak2 mmg mandi manda jela..
    lepas tu lapar...hehehe

    ReplyDelete
  6. Betul hotel dan resort lama memang besar bilik nya kan. Best nya tengok anak2 mandi. Seronok kan.

    ReplyDelete
  7. Linda dok tengok2 jugak.. Tapi tak jumpa rege murah2 tu.. Nanti share lah booking mcm mana...
    BTW, kalau pengunjung luar.. Tak boleh bWak makanan ke dalam...
    Biasa jugak mandia kat situ.. Skang tgh renovate, harga walk in murah sikit.. Kalau tak rm20 lebih jugak

    ReplyDelete
  8. Menarik nya... Tempat dia ala ala outsider gitu haha.. makanan pun nampak ok.. bdk2 suka la mandi mandi ni :D

    ReplyDelete
  9. Mz pernah stay sini but many2 yrs ago time razeen masih baby..may be 9 yrs ago kot..time tu buat family reunion ie 4 beradik so kami amik yg bungalow units with 4 rooms..dan ada kolam kecik kat tgh2

    ReplyDelete
  10. Macam tak ramai orang kat sini ye PH...

    ReplyDelete
  11. Anak² mesti suka mandi² tu.
    Sementara anak masih kecil ni seronok ke tempat² begini.

    ReplyDelete
  12. Di daerah situ berarti ada gunung api kak? Saya sukaa mandi di kolam air panas begini. Kalo di Jawa ada banyak, Krn banyak gunung api kan. Paling suka yg di Garut, Jawa Barat. Karena cantik dibuat kolamnya. Walo awal2 saya tak kuat masuk ke dalam 😄

    Sukaa liat penginapannya. Meski tua, tapi terawat dan bersih. Memang jauuh ya jarak tv ke kasur 😅. Saya confirm tak bisa kliatan apa yg ditayangkan tv kecuali pakai kacamata 🤣. Jauh sangat . Mata dah minus

    ReplyDelete
  13. Suasana nampak best . CCL belum pernah sampai lagi ke sini ..

    ReplyDelete