Ini T-shirt Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang baru. Sekarang tak disebut PBSM macam Ummi dulu, sebaliknya BSMM kata Kakak. Yang baru ni kain jersey rasanya. Selesalah pakai, tak panas.
T-shirt lama ni (kain cotton) baru je beli tahun lepas, elok lagi. Cumanya sejak Julai itu hari T-shirt ni dah tak jadi T-shirt rasmi BSMM.Tapi ada je yang masih pakai. Sekolah pun takdelah halang. Yang baru ni pun kami order online sebab dah tanya beberapa kedai, takde yang jual. Mungkin masih belum ada arahan untuk tukar kepada stok T-shirt yang baru.
Order hari Ahad, Selasa dah sampai alhamdulillah. Rabu dapatlah Kakak pakai untuk Koko unit beruniform. Saiznya ngam elok dengan Kakak.
Kena pakai dengan tudung hitam dan seluar hitam. T-shirt lama pakai dengan tudung putih dan seluar putih.
baju pbsm my razeen, i beli kat kedai jer (kat prima gombak)
ReplyDeleteEh ada ye? Kitorg cari hari tu takde ๐
DeleteYa, sekarang BSMM. Firdaus pun ahli BSMM. Masih pakai baju lama, merah putih.
ReplyDeleteBetul, masih boleh pakai. Cuma Kakak ni biasalah, dah ada geng dia pakai T-shirt baru ni, dia pun nak juga ๐
DeleteBukan setakat BSSM aje dah tukar baju kan..pengakap pun sama kalau tak salah
ReplyDeleteOh BSSM ini seperti Palang Merah Indonesia kalo di sini yaa. Tapi tak ada pakaian khusus kalo utk anak sekolah. Dibuat semacam ekstrakurikuler di sekolah, tp tak wajib. Cuma saya tak ingat apa ada pakaian khususnya atau tak, Krn anak saya tak join .
ReplyDelete