Dari KL East Mall kami ke Ramly Halal Mart di Batu Muda demi merealisasikan hajat nak buat McMing :D Orang dah berzaman cuba, Ummi baru nak try 😁
Patty burger tu beli 2; ayam dan daging. 1 pack ada 5 kpg je, kami 6 beranak... Tapi ngam lah dengan roti oblong tu, 10 pcs/pack.
Balik rumah bergotong-royonglah dengan Abang menyediakan juadah ni...
Makan sebiji pun tak habis ni, besaq!
Resepi Ummi copy dari Mak Cella.
Terima kasih daun keladi, lain kali kami copy lagi :D
Siang dah makan nasi Arab, malam tu ingat nak makan lite² je ... Tapi, ada juga rezeki nasi Allah takdirkan untuk kami malam tu...
Ada jemaah surau buat kenduri malam Nisfu Syaaban tu. Makanya McMing tu Ummi makan ½ je, sebab tergoda dengan nasi beriani ni aha!
Alhamdulillah, McMing is done ✅
Besar ya bahagian Mc Ming rupanya.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki jangan ditolak.
Aah besar juga NA
Deletealhamdulillah...bila ntah linda nk buat pun...hihihi
ReplyDeleteTu la tu...akk pun baru try ni padahal benda dah lama viral :)
Deleteingatkan PH gi shopping handbag 👜 sempena hadiah birthday hehehe
ReplyDeleteRupanya shopping McMing boleh kenyang sekeluarga😃
Haha ... Zaman tu dah berlalu Mama Pia. Skrg kalau shopping tu shopping barang dapur ja aha!
Deletemasak sdiri puas mkn....tk try pn lg..ada tgk kwn2 cuba
ReplyDeleteCubalah MT... Senang je
Deleteseronok bile dpt buat dengan anak-anak..
ReplyDeleteAbang suka masak² ni...jadi kita bglah sokongan
DeleteSedapnya, tengok. Memang ramai dah cuba buat McMing ni. Sampai patty burger oblong tu sering kehabisan, saya pernah baca.
ReplyDeleteBetul dekat kedai biasa susah nak cari oblong ni sbb tu PH pergi kedai Ramly terus hibi
DeleteNampak menyelerakan... 👍
ReplyDeleteAlhamdulillah tuan, kenyang perut suka hati 😆
DeleteWah…rajin buat 👏🏽
ReplyDeleteBuat sendiri boleh adjust nak pedas mana. Kalau mcD punya tu agak pedas kat deria saya.
Betul. Yg versi kami buat ni kurangkan Lada hitam, sesuai utk Adik makan sekali
DeleteOh burger yang ni....sebenarnya kalau tak silap saya burger ni diperkenalkan masa saya part time lepasan SPM tahun 1993/1994 kat Mc ni la. Masa ni baru diperkenalkan burger ni. Bila kerja lebih 6 jam baru boleh makan burger ni. Ia juga diperkenalkan nak dekat raya cina.
ReplyDeleteKiranya lagi puas hati buat sendiri kan PH?. Burger ni kat Mc tu mahal.
Mahal satu Ezna, boikot pun sama. Sbb tu KA bagi resepi sbg alternative bg yg gemar PB tu...
DeleteTapi tahun ni takde iklan PB kan? Selalu masa CNY PB ni muncul...
Saya lagilah tak pernah mencuba lagi. Rancak juga orang jual McMing sejak KA buat haritu. Buat sendiri puas hati kan. Nampaknya McMing kalah dengan nasi beriani. hihi...
ReplyDeleteHaha... Nasi beriani selalu makan, McMing ni first time nak try. Laju je semua ngap 😆
Deletecurly fries dah ada dlm stok. oblong tak jumpa lagi.. kena cari juga ni. Buat pelepas craving prosperity burger.. huhu
ReplyDeleteKalau ada Ramly Mart dekat, cari kat situ Ily. Insha Allah ada stok
DeleteWah....berprosperity ye orang Gombak...sedapnya..
ReplyDeletePH beli oblong tu berapa harga?
Saya beli hari tu rasanya RM17 ++
Balik Kedah baru ni tengok kat pasaraya @ Pendang RM10...plan sblm. alik KL nak beli la dalam 5 pack buat stok puasa..
Sekali ..lupaaaaaa
Kita pun takmau kalah dgn depa la hahaha....
DeleteOblong dgg dlm RM12, oblong ayam RM9.00++
Sayangnya lupa... Tidak ka makan soq pun burger pa 🤭
Kadang kalau buat sendiri ni lagi puas makan
ReplyDelete