Boleh ye Ummi lupa nak renew lesen memandu, sebelum @ semasa birthday last week 😅
Jadi, awal minggu ni baru Ummi renew. Mujurlah tak kemana, sekadar ke masjid hantar Abang Angah solat Jumaat hari tu.
Ummi renew di pejabat pos. Rupanya sekarang dah takde physical license, ada digital license (e-LMM) je.
#LLM = Lesen Memandu Malaysia
Kena download MyJPJ Apps dan isi segala info yang diperlukan. Nanti klik pada profile nampaklah e-LMM kita tu. Ummi setelkan urusan di kaunter, masuk kereta, download apps pastu check profile dah siap dah e-LMM Ummi tu. Pantassss 👍
Ummi screenshot siap² e-LMM tu, just in case ada roadblock ke apa senang nak tunjukkan...
Nampaknya sekarang banyak perkara dah berubah ke digital kan. Nak tak nak, kita pun kena adapt dengan perubahan dan perkembangan semasa kan...
Itu lah. Semoga urusan dipermudahkan.
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya so far so good :D
DeleteMaknanya PH isi info di pejabat pos ya? Kemudian baru must turun aplikasi.
ReplyDeleteLagi suka ada kad fizikal.
Urusan di kaunter utk bayaran dan scan driving license kita tu. Then baru download apps sbb rekod bayaran dan pembaharuan tu dah ada.
DeleteSama, sy pun suka lesen fizikal.
Dengar jugak tentang lesen memandu sekarang ni. Next year kena renew Insyaa Allah. Senang jugak tapi tu la rasa kena screenshot jugak kot.
ReplyDeleteJust in case takde line Internet ke, terlupa password ke bolehlah tunjuk SS tu Kak :)
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteTq CCL.
DeleteCie renew 5 tahun hari tu. senang. selalu lupa nak renew btw happy birthday PH. Semoga dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki.
ReplyDeleteKalau tengah drive teringan lesen mati...boleh jadi tek keruan ooo...hihihi
ReplyDelete