27.1.2014 | Sabtu
Karnival Mahabbah SRAI 2.0
Kali pertama Karnival Mahabbah SRAI diadakan pada tahun 2018. Meriahnya masa tu; ada giant pool dan flying fox di dataran perhimpunan sekolah. Masa tu anak⁴ kecik lagi, seronok depa main aktiviti mandi kolam dan soopa doopa.
Untuk kali ni, dua aktiviti tu takde tapi pelbagai tarikan lain pula disediakan. Anak⁴ pun dah besar, tak berminat nak main bubble, soopa doopa tu pun tak nak... Ummi pun lebih banyak rileks kali ni, duduk je menunggu depa ke sana ke sini dengan kawan-kawan masing-masing. Abang pun dapatlah jumpa kawan² dia. Alumni SRAI; Muaz, Umar, Wafiy, Izat semua jadi volunteer. Manakala Uzayr, Ainon & Acap datang bagi support. Ramai lagi alumni yang datang, tapi batch lain. Mantan guru² pun ramai juga yang hadir bagi sokongan π
Walaupun begitu, ada juga aktiviti yang Ummi joined. Takkan nak duduk saja jadi jaga je kan :D
Garage Sale
Barang jualan ni semuanya sumbangan ibu bapa. Dress Adik pun ada ni hah... Gambar tengah bawah sekali :)
Ada happy hour, sumbat selagi boleh. RM10 satu plastik ni. Ummi beli tudung dan buku/novel untuk kids. Semua ni pre-loved tapi ada juga tudung Nur yang masih dalam plastik. Tak tahu siapa yang donated.
Isnin lepas event tu Angah bawa balik 3 helai tudung Nur untuk Ummi. Tr Faz bagi free je π Banyak stok yang tak terjual kata anak³.
Petting Zoo (kupon RM5)
Macam² haiwan yang Ummi tak pernah tengok ada... Contohnya meerkat (gambar tengah bawah sekali) ni...comel betul gaya duduknya tu haha... Selalu tengok dalam TV nampak tinggi rupanya besar sikit dari kucing je... Ke ada jenis besar tak pastilah...
Kecik² dulu Kakak marah kalau kami nyanyi lagu "burung kakak tua, hinggap di jendela..." Mesti dia akan cakap "eei, Kakak bukan tua la"
Dia ingat kitorg ejek dia tua πππ
Yang ni pun depa berani pegang. Ummi dengan binatang lain takpe, tapi dengan ular Ummi lemah semangat. Geli dan takut! Ini snapped gambar dari jauh je.
Konsert
Children from the East & Kamarul Al Farabi Band. Ada satu lagi duo nasyid Ummi pun tak ingat siapa nama group-nya :D Zaman Ummi dulu Raihan, Hijjaz, Saujana... Nada Murni pun sempat juga layan :)
Lucky Draw
Sekolah minta sumbangan untuk hadiah lucky draw. Ummi bagi hamper makanan. Banyak hadiah lucky draw hari tu, katanya 90 lebih. Ramai parents yang menyumbang dan berkongsi rezeki π Hadiah semua best² tau...
Satu set kupon no RM10. Tiket Petting Zoo asing. Semasa program berjalan pun ada lagi top up kupon; beli makanan dsbnya. Adalah dalam belas² set kupon di tangan Ummi termasuk kupon Danisha & Izz yang minta Ummi pegang dan tolong check sekiranya nombor siri depa terpilih.
Menunggulah kami hingga jam 4.30 ptg, satu nombor pun tak naik! Last² bagi kupon dekat D, kami balik rumah. Nak dijadikan cerita, ada 2 kupon Ummi yang naik nombor utk lucky draw. Rezeki D lah dapat kuali dan toster π
Gerai jualan pun dapat sambutan yang sangat menggalakkan. Manakala akitiy paling dapat sambutan ialah Kembara ke Alam Barzakh. Kakak dan Angah pun ada juga dapat hadiah sebab joined aktiviti² yang menawarkan hadiah.
Tahniah pihak sekolah, event yang sangat meriah! Alhamdulillah we had fun that day.
Wah…meriahnya! Seronok saya baca sambil membayangkan.
ReplyDeleteCantik burung kakak tua tu macam kena cat merah pulak π
Memang lawa color dia. Jinak pulak tu ...
DeleteHuhu... Part ular tu Fiza macam PH jugak, memang lemah semangat tengok. Nak pegang memang taklah. Hehehe... Geli tengok badan dia.
ReplyDeleteKan? Memang x boleh dgn ular, terus rasa merinding π
DeleteWow....banyak ummi memborong ya.
ReplyDeleteZaman kecik-kecik dulu memang berani sangat pegang ular. Sekarang tengok ular memang geli gelamanlah pulak.
ReplyDeleteSy mmg dari kecik tak berani dgn ular Kak Amie π
DeleteMeriah dan ceria sekali semuanya
ReplyDeleteSeronok meriah karnival sekolah2 ni kan, macam2 ada. Jualan makanan, baju buku dll. Semua pun seronok.
ReplyDeleteSeronok Kak .. tambahan diadakan dlm perkarangan sekolah, tidaklah terlalu crowded sangat
Deletesekolah anak2 ldy xde plak karnival mcm ni.. :D.. seronoknya..
ReplyDeleteSekolah anak ni kami kedua dah karnival begini... Alhamdulillah semua seronok dan ternanti² acaranya :)
DeleteKenapa dipanggil kakak tua ek...panggil la kakak muda ke..tak pun namakan ja burung tu sabagai " Abang Tua"π€
ReplyDelete