Tuesday, 20 February 2024

Nota Kuliah Dhuha 19.2

Kuliah Dhuha @ Masjid Al Khairiyyah
19.2.2024 | Isnin
Ust Mohd Rozie b Rejab 

Ummi kongsikan di sini Nota Kuliah Dhuha (NKD) yang Ummi hadiri Isnin lepas, mudah-mudahan ada manfaat. 

Ustaz pecahkan kuliahnya kepada beberapa slot;
1. Membaca sebaris ayat Al Quran bersama beliau sambil diajarkan tajwidnya
2. Menelaah buku 114 Surah dalam Al Quran sambil Ustaz menghuraikan tentang surah tersebut
3. Syarah kitab Nasihat Agama Wasiat Imam 

Slot 1
Membaca sebaris ayat Al Quran sambil diajarkan tajwid

a. Baca ayat 2:20

b. ترقيق vs تفخيم
ترقيق = nipis 
تفخيم = tebal 

c. Contoh perkataan قدير ~ baca nipis, gigi rapat dan bibir seolah tersenyum, jangan muncung atau bergetar 

d. Beza tadarus, qiraah dan tilawah 
Tadarus ~ baca Al Quran sambil disemak bacaan oleh individu lain/ramai²
Qiraah ~ baca Al Quran secara individu 
Tilawah ~ baca Al Quran untuk diperdengarkan kpd orang lain. Cth Majlis Tilawah Al Quran Antarabangsa 

Slot 2 
Menelaah buku 114 Surah dalam Al Quran 

a. Surah Al Baqarah 
- ada 286 ayat > surah paling panjang dlm Al Quran
- surah madaniyyah > byk ayat mula dgn ... ياأيها الذين أمنو (wahai orang² yang beriman...) 
- kenapa dinamakan Al Baqarah? - kerana ada dikisahkan tentang lembu betina yang disebut dalam surah tersebut. Kisahnya berlaku di zaman Nabi Musa A.S
- baca 2 ayat terakhir Surah Al Baqarah setiap malam akan diberi kecukupan dalam hidup 
- Ayat terakhir  2:67 ni boleh diamalkan sbg DOA sekiranya ada orang mempermainkan kita; 

 وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوۡمِهِۦۤ إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُكُمۡ أَن تَذۡبَحُوا۟ بَقَرَةࣰۖ قَالُوۤا۟ أَتَتَّخِذُنَا هُزُوࣰاۖ قَالَ أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنۡ أَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِینَ 
[Surah Al-Baqarah: 67]

- Ayat 2:201 disebut جوامع الكلم

وَمِنۡهُم مَّن یَقُولُ رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا فِی ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣰ وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ حَسَنَةࣰ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 
[Surah Al-Baqarah: 201]
# hasanah yang kita minta tu mencakupi segala kebaikan di dunia atau akhirat sama ada yang kita minta atau tidak/terlupa utk minta dengan Allah.

Slot 3 
Syarah Kitab Nasihat Agama Wasiat Imam 

M/surat 112 

- perkataan دإيمون pada ayat Surah Al Maarij bermaksud tetap/istiqomah dalam solat. Maksudnya tetap/istiqomah dalam solat fardhu, rawatib dan tahajud. 

- perkataan فحشاء bermaksud keji dan maksudnya disini menjurus kpd perbuatan salah dari segi seksual; mengintai, sentuhan, main mata, bercumbuan dsbnya 

- perkataan munkar pula lebih kpd perbuatan jahat seperti merompak, membunuh, bergaduh, rasuah dll 

- ada beza antara 2 ni sebab tu Allah mention 2 perkataan فحشاء dan منكر

- Ustaz syarahkan hadis di atas (perenggan last) bahawa hadis ni berkaitan ada sekumpulan lelaki dari Yaman datang bertemu Rasulullah dan minta diajarkan tatacara solat. Jadi Baginda SAW sebut, " Solatlah seperti mana kamu melihatku solat".
- untuk wanita, Nabi SAW ajar tatacara solat kpd anak², isteri², ibu² saudara Baginda dan dari situ kaum wanita tahu cara solat yg betul. Ini kerana Nabi itu lelaki, ada sedikit beza pergerakan solat spt cara angkat takbiratul ihram dgn wanita
- jadi hadis diatas perlu disyarahkan, barulah tidak timbul kekeliruan dan tafsiran sendiri spt ada mengatakan tatacara solat wanita sama dgn lelaki. 

والله اعلم




12 comments:

  1. Perkongsian berilmiah daripada PH. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih PH 👍🏽

    Itu rupanya beza fahsyak dan munkar.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih diatas perkongsian PH...sangat2 bermanfaat untuk semua

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  5. Ilmu yang bermanfaat.semoga menjadi amal jariyah atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian :D

    ReplyDelete