Sebelum pergi Walid buat reservation dulu. Nak walk in pun boleh sebenarnya, restoran dua tingkat; besar dan selesa berhawa dingin. Private room pun ada, caj lain agaknya. Masa farewell Ustaz GB SRAI dulu Walid pernah makan kat private room tu.
Belakang Adik tu staff sini, tak sure they are Yemeni or people from other Arab region. Tapi, semuanya muka² Arab. Ummi ni terus feeling macam berada di Haramain ☺️
Kejap je tunggu, makanan sampai...
Dapat roti percuma untuk dicicah bersama.
Main dish kami, Royal Mixed Grill.
Walid top up lagi satu menu sebab semua macam tak kenyang je haha... Simpan perut dari pagi lagi ni, dekat pukul 3 baru lunch. Padanlah semua lapaq!
Sedap sangattttt! Alhamdulillah merasa juga kunafa yang katanya viral ni kan...
Alhamdulillah kenyang perut, suka hati. Terima kasih atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan-Nya.
P/S: Alamat ada pada resit 👆
Memandangkan restoran ni berhadapan dengan KL East Mall, langsung terus kita ke KLEM pulak...
Survey tiket Jungle Gym, mak ai mahainya ...
Takpelah diorang pun dah besar, lagi sesuai try aktiviti dekat Camp 5 sebelah tu rasanya. Tapi kena pre-book. Hari tu slot available time Maghrib, malaslah nak tunggu. Harga pun lebih affordable.
Masuk Decathlon; Adik dan Angah masing-masing dapat bola sebiji, Kakak dapat jam seutas. Birthday Ummi tapi depa yang dapat hadiah 🤭
Selesai di sini, jom Ummi dengan Abang pulak nak shopping!
To be continued ...
kunafa makan panas2 sedap tapi bila dah sejuk tak siok lak makan. sini takda jual, merasa masa pi KL last 2 yrs, beli yg kat bukit bintang tu
ReplyDeletecantik manisnya adik....masing2 happy la dapat juga hadiah birthday hehe,tak sabar nak tengok ummi shopping apa
ReplyDeleteKena tunggu haha...
Deletesedap sungguh makanannya...
ReplyDeletehappy belated birthday..
Tq Lady 🌷
Deleteada tgk tmpt ni sbb time tu tgh survey restoran...tp kami mkn kt Taj Hadramawt Restaurant...menarik ye kunafa kt sini
ReplyDeleteKalau lalu MRR2 tu memang nampak je MT...
DeleteKunafa ni pernah rasa juga....sesekali nak makan manisan arab ni.
ReplyDeleteLebih bagus reserve dulu daripada walk in. Risau juga kalau walk in dah penuh. eh eh, pertama kali tahu ada menu hati kambing. Macam tak pernah jumpa menu hati kambing. Seronok masing-masing dapat menjamu selera.
ReplyDeleteHappy belated birthday Ummi. samalah birthday kita di bulan Februari.
Comelny Ratu Balqis...
ReplyDeleteSemoga semuanya dilimpahi rezeki melimpah🤲
Seronok masing² dapat menjamu selera. Alhamdulillah rezeki
ReplyDelete