Gara-gara simpan cermin mata aka spek dalam poket seluar, bila tarik kalut² ginilah jadinya...
Mula berkhidmat pada 22/6/2021, setahun lebih jugalah usia perkhidmatannya :D Ini pun simpan lagi, untuk emergency katanya :)
Sementara nak siap spek baru, spek Ummi jadi ganti. Ummi jarang guna spek Ummi unless untuk membaca atau mengisi borang. Tengok phone alhamdulillah masih jelas. Bagi Walid, nak buat kerja di laptop tu kurang selesa jika tidak menggunakan kaca mata.
14/3 spek baru dah siap. RM249, sama harga dengan spek Ummi. Tempat buat spek juga sama; Samsia Optometry. Kali ni Walid beli tali sekali, senang nak sangkut kat leher katanya π
nasib baik boleh gilir2 ye...sama tahap power ye PH& suami
ReplyDeletenasib baik ada gak leh pinjam2 yer
ReplyDeletesama pulak power mata walid dgn PH ye... lebih kurang harga spec anti silau sy pulak... rasanya kt sana mmg murah kan buat spec
ReplyDeleteSangkut kat leher, tak payah dah masuk poket ya…
ReplyDeleteSaya kena beringat jugak ni, kadang masuk poket blouse masa nak solat kat tempat awam.
Memang kena hati-hati. Kalau saya tidur, memang letak dalam kotak cermin mata. Kalau di luar memang kena perhati letak mana tapi tidak pernah letak dalam kocek.
ReplyDelete