Friday, 3 March 2023

Kuih Raya


Jangan kata raya, puasa pun belum tapi kuih raya dah muncul di sana-sini. 

Ummi pun dah 2-3 kali merasa 🤭

Almond London Walid beli dari Uncle Shy. Sajalah support kawan². Harganya RM15/ sebalang. Murah banyak compared to others. 

Dah buatan Uncle Shy, memang tip- top. Rasa, presentation semuanya wow

Biskut mazola tu pula Ummi beli dari Aunty Shar. Diorang balik KL ambil stok kuih raya di Klang. Singgah di SG untuk bagi kepok lekor dekat bekas jiran². Ummi, Mak Bee, Aunty Farah belilah sorang sebalang dua. Ummi beli satu je, RM27/sebalang. 

Ada promo combo Nutella Button + Nutella Tart, Ummi grabbed juga :D Ini Mama Rizqi yang jual. 

Rempeyek ni tak raya pun Walid rajin beli. Ada sorang staff dekat ofis tu jual, ibunya yang buat. Melimpah dengan kacang, RM20 sebalang. 

Karipap mini inti serunding ni Lily bagi. 

"Buat raso² Acik. Nak order sebekas RM10" Haha... 

Bukanlah teringin sangat pun kuih² raya ni tapi lebih kepada nak support kawan-kawan berniaga. Tapi, yang Ummi perasan harga kuih raya kali ni yang biasa² pun cecah RM30! Beli 3 balang dah dekat 100 huhu... 

8 comments:

  1. sy ni duk tgh mikir nak buat sndr ke nak beli je kuih raya thn ni anak dara tu duk ajak buat sendiri risaunya dia buat separuh jln kita juga yg kena siapkan

    ReplyDelete
  2. Murah harga almond London itu.

    ReplyDelete
  3. biskut raya ni camane moden pun, saya tetap carik yg evergreen punya mcm almond london, semperit, biskut cornflakes & batang buruk.

    ReplyDelete
  4. Kuih raya time2 sebelum puasa ni la sedap. Nanti raya mampu pandang aje, hihi.

    ReplyDelete
  5. Rempeyek tu memang fav kami semua kat office...tapi tahun ni SA blom beli lagi sebab muka breakout kan..so doc suruh stop makan kekacang dan ada a few makanan

    ReplyDelete
  6. Kat opis pun dah start dah open order

    ReplyDelete
  7. Thn ni saya plan takmau open order kuih rasa sebab tak tau nak letak harga dek harga bahan mentah.Tapi rakan-rakan rapat dh mula wasap..Bukan depa tanya..depa terus order🤭..Lagi saya tak sampai hati nak kata TIDAK kerana depa la yang support sekian lama..Makanya weekend ni memang dh kena beli bahan.hihihj

    ReplyDelete