Awal pagi Walid hantar Angah tuition. Untuk Tahun 6 ni ambil tuition akademik pula untuk dia. Banyak nak diperbaiki untuk persediaan ke SBP atau sekolah khusus nanti.
Kemudian balik, ke surau pula dengan Abang. Ada gotong-royong untuk sambut Ramadhan. Ummi pula memasak untuk lunch Tok Umi dan Tok Ayah sebab kami nak makan kenduri di rumah jiran belakang, Cik Zana.
Ummi cuma masak Asam Pedas Ikan Tenggiri dan Petola Masak Lemak Putih dan Ayam Masywi (ayam bakar)tu Walid beli.
Pi kenduri makan lauk Ikan Keli Berlada, Rendang Udang Galah dan Sambal Bilis Tempe.
Nampak ibu Cik Zana auto teringat arwah Tok. Umur sama, nama pun sama π€
Lepas Zohor, Ummi dan Adik ke rumah Cik Aida. Cik Aida amanahkan kami untuk tengok²-kan Shiro & the Gang sebab depa ada urusan keluarga.
Lepas Asar ke rumah Tok Tam pula. Pertama kali hujan turun mencurah² since Sabtu lepas.
Depa bertiga tak lepas peluang mandi pool. Kalau tak kerana nak Maghrib, maunya nak berendam lagi tu.
Untuk dinner, Tok Tam ajak makan di luar. Rezeki jangan ditolak :p
Alhamdulillah, hari yang kenyang :)
Penuh aktiviti makan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSaya pun ikut rasa kenyang!
sejuk perut umi abang dah boleh jadi imam
ReplyDeleteYeay..abang dah boleh jadi imam....good exposure...
ReplyDeleteMasyaa Allah..hebat Abang dah boleh jadi imam..bukan kaleng-kaleng..
ReplyDelete