Tahun ni Ummi & gegirls tempah baju raya dengan Jahitan Sara di Greenwood. Walid macam biasa, setia dengan Al Salam Tailor, SG.
Yang perlu dibeli untuk Abang dan Angah. Jadinya Sabtu 18/3 sebelum Abang masuk asrama keesokan harinya, bawa dia ke Jakel KL untuk cari baju raya dia. Untuk Angah Ummi bawa baju sample sebab dia tuition.
Cari punya cari dapatlah baju untuk Abang. Mula tu pilih koleksi Aaron Aziz, ok muat elok. Cuma seluar takde getah. Cari lagi jumpalah koleksi Jakel sendiri. Ingatkan lagi murah, rupanya lagi mahal :( Yang AA tu tak silap dalam RM149. Over budget tapi takpelah asalkan Abang selesa. Untuk Angah colour pilihan kami belum sampai stok katanya. So, ke Aeon Keramat.
Kakak jadi model haha... Size depa dua ni lebih kurang cuma Angah lebih tinggi dan badannya jenis kuyus. Sayangnya warna kami nak takde stok juga. Harga dah cantik, RM49 je.
Ke Aeon Wangsa Maju pulak kita...
Alhamdulillah jumpa juga akhirnya. Jenama Alain Delon, seratus lebih harganya. Lari bajet lagi π Lepas tu nampak baju Melayu keluaran John Master lawa², ada saiz untuk Abang pulak tu... Harganya sekitar RM150 je, which is much cheaper dari yang kami beli di Jakel tadi. Next year cuba cari di Aeon dululah.
Besar kos baju raya kami sekeluarga tahun ni. Dengan sesi persekolahan yang baru bermula, jadi raya pertama je kita pakai baju baru ye. Raya ke-2 hingga raya ke-30 pakai baju sedia ada ye :p
Hahaha.. sampai raya ke 30 tu. Kita pun dah settle beli baju raya 1st & 2nd semalam. Raya ke 3 - 30, pakai baju lama2 yg masih tak nampak lamanya.
ReplyDeleteHaha ...raya kan sebulan SK π
Deletesaya cari online je tak rajin pula nak keluar masuk butik...sbnrnya lagi seronok beli diluar ni lagi rasa suasana raya utk anak2 macam kita kecil2 dulu
ReplyDeleteSy tak pandai & tak minat beli online. Jenis yg suka belek² dulu kainnya, sesuai ke tidak dgn harganya dan paling penting boleh test dulu π
Deletealahai.. tak settle lagi baju raya.. ingatkan nak settle sebelum puasa, plan tak jadi pulak..huhu..
ReplyDeleteAkk mmg target setel-kan b4 puasa :)
DeleteTakpelah untuk raya pertama.
ReplyDeleteJanji ada baju baru :D
DeleteTakpe sis, setahun sekali demi kenangan dgn anak2. Kiteorang pulak jenis suka recycle baju raya tiap2 tahun, kalau beli baru pun utk anak2 je tapi bulan lepas dah beli baju kurung baru utk kakak. Utk si adik, baju kakak yg lama muat lagi. Mungkin tahun ni boleh jimat tak payah beli baju baru π
ReplyDeleteBetul, cipta kenangan tu penting π
DeleteMana yg boleh jimat tu kita jimat je sis kan...
SA dah beli baju raya kaler dusty green tahun ni...tinggal carikan untuk en tunang dan mak abah...Dania nak beli sendiri nanti bagi je duit...
ReplyDeleteTahun ni memann pun pakat dok bercerita...hanya beli sorang sepasang untuk raya pertama sahaja..
ReplyDeleteKita back to zaman kita kanak2 dulu..hanya sepasang & kuih raya pun mungkin back to tahun 70-an 80-an..hanya satu adunan tekan dalam acuan sawa bunga ja lain-lainπ€
zaman inflasi
Alhamdulillah.. Sha dah selesai sebelum puasa lagi.. hehehe.. kebetulan terjumpa design yang berkenan, terus je beli..
ReplyDelete