Lately kerap juga hujan turun. Bila hujan turun pokok-pokok pun segar je...
Sebelum Ramadhan, cuaca panas terik. Setiap petang Ummi nampak Bibik bawa baldi berisi air untuk siram pokok-pokoknya. Pokok belimbing yang Ummi bagi kepadanya dah berbunga!
Ummi pun tak ketinggalan juga siram pokok-pokok depan rumah tu. Baru perasan salah satu pokok nenas Ummi dah berbuah!
Kawasan ni semak sikit sebab pokok kaduk merimba tumbuh di sini. Dah lama Ummi pun tak kemas bahagian ni. Sebab tu baru perasan pokoknya dah berbuah. Yang sebelum ni tanam dalam pasu tepi pagar itu yang cepat perasan bila berputik.
Terung pipit yang sebelum ni hampir mati diserang penyakit, pun dah mula berbunga. Alhamdulillah π€²
Pokok cili memang tengah rancak berbunga dan berbuah, dua² pokok. Sekali sekala Ummi petik juga, buat sambal belacan. Pedas menyengat haha...
Rizom kunyit yang Ummi semai untuk Bibik tempohari pun dah bertunas. Raya nanti boleh dah kot ambil daun buat rendang :D
However, not all are rosy π₯Ί Putik durian Belanda Ummi semuanya gugur. Ada satu yang tinggal tapi diserang penyakit pula ;(
Wah, dah membuahkan hasil...Pak Zain punya terung 2 pokok x besar2..3 pokok elok besarnya cuma blom berbunga lagi...dah letak baj pun masih sama...x tau la sebab apa..ada rezeki berbuah la nanti tu...
ReplyDeletelama tak PH pokok nenas tu nak berbuah?mil sy tanam dah setahun tak berbuah pun lagi
ReplyDeleteSeronok bila tgk pokok yg kita tanam tu hidup subur dan berbuah kan, rasa berbaloi dgn penat lelah kita jaga.
ReplyDeleteTerbayang pulak kita pucuk ubi cicah sambal kacang. Nenas tu agak2 bila jadi besar ya?
ReplyDeleteDaun kaduk tu fav saya tu PH..sedap buat ulam mentah.Juga sedap kalau dicelur cicah budu..Buat kerabu sedap Masak lemak cili api + siput @ campur ikan pun sedap.Tekak saya laπ€
ReplyDeleteAlhamdulillah.. da ada buahnya nanas tu..
ReplyDelete