Sunday, 5 March 2023

Kenduri Kesyukuran & Doa Selamat 2.0

Alhamdulillah niat untuk buat kenduri kesyukuran atas segala nikmat, rezeki dan juga ujian yang diberi-Nya terlaksana pada Sabtu 4/3 semalam. Berkat sabar dan redha Allah hadiahkan pelangi buat kami ☺️

Majlis kami mulakan dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa oleh jemaah surau usai solat Zohor. 

Kami buat majlis hi-tea, menu utama Nasi Lemak & Ayam Goreng Berempah. Kuih-muih dari caterer 4 jenis, tapi ramai pula yang bersedekah dan berkongsi rezeki alhamdulillah. 

Bihun Singapore, Mee Goreng dan Nasi Goreng kami order dengan Uncle Alam, tukang masak surau. Kopi O dalam bekas pink pun order dengan beliau. Dalam bekas hitam air teh tarik dari main caterer. 

Air kosong ber-lemon tu 2-3 kali refill juga. Air Coway je, hiris nipis lemon dan masukkan ke dalam water dispenser.

Pulut Kuning Kari Ayam Ummi tempah dengan Mak Ain. Selain tu Ummi tempah juga nasi impit & kuah kacang dari Linda, anak Wak Satay serta creampuffs Solehah. Berkongsi rezeki dengan kawan/kenalan. 

Buah²-an pun kami beli dari adik simpang jalan nak ke rumah, support dia. Pilih buah² yg tak perlu potong supaya tak berair dan jadi rebutan ahak! 

Puding Oreo by Cik Ana. Tak sempat rasa :)

Dan kami juga menerima kejutan manis dari kawan blogger kita, Suzie yang sekarang giat berbisnes; Timmie Mini Burger.

Mujur ambil siap² satu slice sandwich Suzie ni, sebab tengok² dah licin tinggal bekas je! Uncle Alam pun sempat grab satu slice lepas hantar food 👆

Alhamdulillah, selain Suzie dan Cik Ana, ramai lagi yang datang bawa buah tangan, menjadikan majlis kami bertambah meriah dengan pelbagai makanan. Ada kek, brownies, anggur, pisang, cakoi, bahulu 2-3 bekas, kek pisang, kuih bakar Kemboja, kerepek dsbnya. Alhamdulillah seronok tengok tetamu makan dengan gembira dan masing² cakap sedap dan kenyang. Yang bagi duit dan hadiah pun ada, Allahu Akbar!  
هذا من فضل ربى
 
Kanopi cantik I like 🤩 Warna putih pulak tu, rasa sweet sangat. Ramai pula yang cakap macam kenduri sambut menantu haha .. Kali terakhir kami buat kenduri sebegini tahun 2014, sebelum berangkat ke tanah suci. Dah lama pun tak buat kenduri jadi apa salahnya kita buat bagi puashati. Makin kita bersyukur, makin Allah tambah nikmat Insha Allah. 

Hari Khamis baru tahu ada kenduri lain juga, anjuran penghuni apartment berhampiran. clash date tapi timing tak sama. Depa buat waktu lunch time. Mujurlah juga tetamu kami takde yang salah khemah haha... Kehadiran alhamdulillah sangat ramai, sampaikan Mak Bee tanya Ummi; 

" Ramai sungguh orang kelmarin, mari mana semua tu?" 

Kawan sekolah, kawan U, kawan pejabat, sanak-saudara, jiran², kenalan, guru & kawan anak⁴ semua kami jemput, termasuk pihak² yang membantu kami sewaktu ditimpa musibah tempohari. Alhamdulillah orang² kuat Syabab Care juga sudi hadir. Abang² Bomba je tak datang :p

Untuk rakan² blogger, maaf, Ummi tak dapat jemput semua, kecuali 1-2 orang saja. Tapi, kami sekeluarga sentiasa menghargai doa dan kata² semangat dari  kalian yang pernah dan sentiasa mendoakan kami. Mudah-mudahan Allah kembalikan doa tersebut buat kalian jua. Insha Allah ada rezeki kita jumpa ye. 

Alhamdulillah cuaca juga menyebelahi kami semalam. Risau sebenarnya sebab kebelakangan ni hujan setiap hari. 

Sekali lagi, terima kasih kepada SEMUA yang terlibat semalam. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kita. 





12 comments:

  1. Terima kasih jemput kiteorg, sis :) Sedap2 makanan kat kenduri hari tu.

    ReplyDelete
  2. Tqvm hazel jemput dan sedap makanan... Cantik rumah 👍

    ReplyDelete
  3. meriah sangat menunya macam2 ada tu..alhamdulillah berkatnya semua bawa rahmat nak sambut ramadhan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Syukur majlisnya dipermudahkan. haaa.. kalau jadi tuan rumah, memang mampu pandang aje menu2, tetamu semua dah balik, baru sempat nak makan.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Banyak2 Ummi sebab jemput

    ReplyDelete
  6. Syukur alhamdulillah majlis dipermudahkan...maaf sekali lagi tak dapat hadir clash dengan majlis sebelah Pak Zain...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah Hazel & Zarina atas jemputan ... Makanan pun sedap-sedap dan dapat mengeratkan silaturrahim ..... Amin

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah majlisnya berjalan lancar dan meriah.
    Memang menggoda tengok makanan yang dihidang tu.

    ReplyDelete
  9. Terima kak ina jemput kami sekeluarga :D

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan.. Lancar je majlisnya..

    ReplyDelete
  11. Banyaknya menu...semua menarik dan menggoda selera..

    ReplyDelete