Thursday, 30 March 2023

Rezeki 1-7 Ramadhan

Alhamdulillah hampir setiap hari ada je jiran-jiran atau kenalan berkongsi rezeki...

Ada peniaga nak mula berniaga Jumaat 2 Ramadhan lepas. Hari pertama buka ni dia bagi free sekotak cucur udang. "Ingatkan cekodok Ummi..." Ummi pun ingatkan cekodok sebab tertera di kotaknya cekodok :)

Pengat Pisang + Keledek dari Mak Bee dan nasi goreng dari Cik Zana. Bila Abang balik dari asrama, dapatlah ambil bubur lambuk Atok Man, suami Cik Zana ni. 

3 biji pisang tanduk dari Bibik. Baru goreng 1/2 biji 🤭 

Hari ni, 7 Ramadhan paling meriah setakat ni...

Nasi Ayam dari surau, sambal kentang dari Cik As, kurma dari Yayasan Al Bukhari dan Domino's Pizza dari Ali. Kenyang perut suka hati ye hari ni :D 

Kurma Pak Tuan ni saiznya kecik la tahun ni. Sebelum² ni besar kurmanya, saiz XXL kot. Sebijik pun dah kenyang. Kos meningkat, cuaca dan pelbagai sebab lagikan. Mudah-mudahan Allah berkati beliau sekeluarga atas kemurahan hatinya 🤲


Masjid Razaleigh, Gua Musang

Sambung coretan ke Pantai Timur bulan lepas, sempena majlis pertunangan Abg Aqim. 

Setelah melewati perjalanan yang panjang, kami sampai di Bandar Gua Musang. Usai lunch, kami terus menuju ke 
Masjid Razaleigh yang terkenal kerana binaan masjidnya diiilhamkan dari Masjidil Haram Mekah. 

Tentang replika Kaabah tu, Ummi baru tahu akan kewujudannya. Ingatkan binaan masjid sahaja yang menyerupai Masjidil Haram, tak sangka ada Kaabah juga. 

Ruang solat yang luas dan selesa. 

Canggih tabung masjidnya. 

Selesai solat kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Bila dah bergerak meninggalkan Gua Musang barulah Ummi teringat, Ummi nak ziarah masjid buluh sebenarnya! 

Ada rezeki lain kali nak singgah di masjid buluh pula. 


 


Wednesday, 29 March 2023

Lauk Sama!

Hari tu dah tersama masak nangka muda dengan Kak Amie. Kemudian sama-sama buka puasa makan budu dengan Mak Cella 😂

Semalam pula sama lauk, sebijik sebijan kata orang dengan Mama Muaz :D 

Gulai Ikan Masin + Terung & Ayam Masak Lemak tu sebijik dengan lauk Ummi... Menu sama, bekas lauk pun sama haha ... En Rizal caterer dropped by bagi lauk² ni. 

Biasalah, makcik kepochi, terus tanya... 😅

Benar telahan Ummi, dari En Rizal juga :D 

Mudah-mudahan bertambah luas rezeki beliau. Rajin dia bersedekah 👍 Rezeki kami juga dipertemukan dengan beliau, dapat lauk free selalu haha... 

Tuesday, 28 March 2023

Program² Mengaji

Ummi nak share program² mengaji Al Quran yang disiarkan di TV. Ada banyak program macam Qurantime, Jom Ngaji dsbnya.Tapi, program² ni lebih kepada untuk ditontoni. 

Ummi pulak sejenis multi-tasking, standard orang pompuan-lah kan ... Ke sana, ke sini, ke sana, ke sini .. Setel urusan anak³ ke sekolah, mulalah nak menyapu, sidai kain, siram pokok dsbnya... 

Bacalah @ Astro Oasis 
Okay, pukul 6.30-7.30 pagi buka Astro Oasis. Nama slot Bacalah, ada bacaan Al Quran dari ustaz² antaranya Ustaz Don dan Ustaz Khairul Anuar Basri. Sambil² kemas apa yang patut bolehlah dengar atau jika hafal, ikut sekali Ustaz baca. Tak salah Ummi, istimewanya ummat Nabi Muhammad SAW ni, walaupun sekadar dengar bacaan Al Quran pun besar dah pahalanya. Apatah lagi jika dibaca 🤗

Sebelum tahu akan slot ni, Ummi selalu buka TV3 @ TV9, slot Bacaan Yasin Tanyalah Ustaz. Tapi, pendek sangat, 6.30-6.45 pg je. Surah Yasin pendek je kan... Sekarang ni beralih ke saluran 106, puas dengar alunan ayat² Al Quran selama sejam. 

Tadarus Al Quran @ TV Alhijrah 
Yang ni Ummi baru tahu hari ni,  jam 12.30-1.30 t/hari. 

Kalau yang bekerja tu mungkin boleh buka YouTube la kan... 




Order Je

Semalam Ummi order Masak Lemak Siput Sedut dari Mak Kasih. 

Ummi kalau teringin makan siput sedut, memang beli je. Tak pandai nak siang dan tak rajin nak masak sebab Walid tak makan siput sedut. Malas nak bersusah payah gitewww :) 

Rupanya Walid pun ada order sambil ikan bilis dari En Rizal.

Jadi, Ummi cuma goreng ikan geli dan sediakan ulam; rebus pucuk ubi dan potong timun. Regu dengan budu 😋

Ingatkan Walid sampai lambat, tak sempat beli kuih jadi Ummi order roti John special dari sorang peniaga burger ni. Kami selalu juga order burger dengan dia dan minta dia hantar ke rumah. Bulan puasa ni dia berniaga dari rumah je...

Tak kedekut inti dan sos, I like  :D 

Roti sardin ni dari Nenek Lili...

Alhamdulillah meriah juga kami berbuka semalam..


Monday, 27 March 2023

Nenas II

Lately kerap juga hujan turun. Bila hujan turun pokok-pokok pun segar je...

Sebelum Ramadhan, cuaca panas terik. Setiap petang Ummi nampak Bibik bawa baldi berisi air untuk siram pokok-pokoknya. Pokok belimbing yang Ummi bagi kepadanya dah berbunga! 

Ummi pun tak ketinggalan juga siram pokok-pokok depan rumah tu. Baru perasan salah satu pokok nenas Ummi dah berbuah! 

Kawasan ni semak sikit sebab pokok kaduk merimba tumbuh di sini. Dah lama Ummi pun tak kemas bahagian ni. Sebab tu baru perasan pokoknya dah berbuah. Yang sebelum ni tanam dalam pasu tepi pagar itu yang cepat perasan bila berputik. 

Terung pipit yang sebelum ni hampir mati diserang penyakit, pun dah mula berbunga. Alhamdulillah 🤲

Pokok cili memang tengah rancak berbunga dan berbuah, dua² pokok. Sekali sekala Ummi petik juga, buat sambal belacan. Pedas menyengat haha... 

Semalam tuai bersama pucuk ubi.

Rizom kunyit yang Ummi semai untuk Bibik tempohari pun dah bertunas. Raya nanti boleh dah kot ambil daun buat rendang :D  

However, not all are rosy 🥺 Putik durian Belanda Ummi semuanya gugur. Ada satu yang tinggal tapi diserang penyakit pula ;( 

Tapi putiknya masih bertahan. Mudah-mudahan ada rezeki walaupun tak mengharap sangat. 




Sunday, 26 March 2023

Misi Cari Baju Raya

Tahun ni Ummi & gegirls tempah baju raya dengan Jahitan Sara di Greenwood. Walid macam biasa, setia dengan Al Salam Tailor, SG. 

Yang perlu dibeli untuk Abang dan Angah. Jadinya Sabtu 18/3 sebelum Abang masuk asrama keesokan harinya, bawa dia ke Jakel KL untuk cari baju raya dia. Untuk Angah Ummi bawa baju sample sebab dia tuition. 

Cari punya cari dapatlah baju untuk Abang. Mula tu pilih koleksi Aaron Aziz, ok muat elok. Cuma seluar takde getah. Cari lagi jumpalah koleksi Jakel sendiri. Ingatkan lagi murah, rupanya lagi mahal :( Yang AA tu tak silap dalam RM149. Over budget tapi takpelah asalkan Abang selesa. Untuk Angah colour pilihan kami belum sampai stok katanya. So, ke Aeon Keramat.

Kakak jadi model haha... Size depa dua ni lebih kurang cuma Angah lebih tinggi dan badannya jenis kuyus. Sayangnya warna kami nak takde stok juga. Harga dah cantik, RM49 je. 

Ke Aeon Wangsa Maju pulak kita...
Alhamdulillah jumpa juga akhirnya. Jenama Alain Delon, seratus lebih harganya. Lari bajet lagi 🙆 Lepas tu nampak baju Melayu keluaran John Master lawa², ada saiz untuk Abang pulak tu... Harganya sekitar RM150 je, which is much cheaper dari yang kami beli di Jakel tadi. Next year cuba cari di Aeon dululah. 

Besar kos  baju raya kami sekeluarga tahun ni. Dengan sesi persekolahan yang baru bermula, jadi raya pertama je kita pakai baju baru ye. Raya ke-2 hingga raya ke-30 pakai baju sedia ada ye :p 






 




Saturday, 25 March 2023

Perbelanjaan Sekolah Sesi 2023/24

Alhamdulillah majikan Walid bagi advanced bonus max up to 2k kepada kakitangan yang layak untuk persediaan sekolah anak-anak. Manakala Bantuan Awal Persekolahan (BAP) hanya Abang yang dah terima, awal tahun tempohari. Beli seluar sekolah sehelai dan tali pinggang , berbaki tak sampai 50 ringgit :( Anak soleh sorang ni pinggang dah makin kecil tapi kaki makin panjang! Senteng dah seluar lamanya. Satu lagi yang baru ialah songkok. 

Untuk anak³ di SRAI masih belum terima BAP sebab SRAI dalam kategori sekolah swasta. Khabarnya bulan ni lah akan dapat. 

Tahun ni perbelanjaan pakaian paling besar untuk Adik. 


Serba berdiri untuk dia RM65.60/sepasang (tak termasuk stoking dan kasut hitam yang sedia ada). Ummi beli 3 set. Ada satu set baju Kakak yang Ummi terlebih beli masa dia nak masuk darjah 1 dulu. Ikutkan semua baju Kakak dulu Ummi dah simpan dalam satu kotak. Memang nak hand down ke Adik. Tapi, cari tak jumpa. Mungkin dah terhantar ke recycle center di Putrajaya kot. Alhamdulillah baju PJ lama Kakak ada dalam almari, Adik pakai yang tu je. 

Untuk Angah cuma belikan songkok baru (RM11.90) dan tali pinggang (RM4.90). Yang lain semua guna yang lama dan masih elok. Mungkin pertengahan tahun nanti belikan seluar baru sebab yang sorang ni pun asyik meninggi :D 

Kakak paling cool, takde yang baru langsung untuk dia. Alhamdulillah masih boleh dipakai baju² dan tudung²-nya. Nanti lepas raya start Ko-ko baru beli seragam PBSM. Sama macam Angah, Ummi akan beli dan tukar bila ada keperluan. 

Yuran Sekolah anak³ di SRAI berjumlah RM666.00 (termasuk yuran bulanan PIBG Mac & April). Yuran makan hanya dibayar bermula Mei. Yuran Sekolah dan Yuran Asrama Abang belum dapat info lagi. 

Buku mahal sikit; 

RM224 untuk Abang dan RM277 untuk 3 beradik tu. 

Alhamdulillah selesai semuanya. Mudah-mudahan diluaskan rezeki selalu 🤲



Masak Lemak Udang + Nangka

Tergoda sebenarnya tengok Ciksun masak lemak udang + rebung. Rebung tu pula rebung fresh, dituai dari belakang rumah. Teringat rumah kampung kami, arwah Tok Wan ada juga tanam serumpun buluh. Tak pernah beli pun rebung masa tu. 

Kebetulan ada stok udang jadi Ummi terus onz projek masak lemak udang ni. Cumanya rebung Ummi gantikan dengan nangka muda. Bila sampai di kedai nampak nangka muda teringin pulak, itu yang beli nangka muda haha... 

Ada orang suka buang kepala udang, Ummi mana² pun boleh, ikut keadaan. 

Simpan sini resepi dari Che Nom ni;  

Bahan-bahan:
Udang 
500 gram nangka muda
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit - tak letak 
1 keping asam gelugor
1 batang serai - dititik

Bahan Kisar Halus:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5-10 biji cili padi
Sedikit ikan bilis ATAU 1 sudu kecil belacan bakar - Ummi letak ikan bilis 

Cara Penyediaan:
1. Bersihkan udang dan ketepikan (Che Nom belah belakang udang dan buang 'tali hitam')
2. Bersihkan nangka muda, potong kecil dan rebus sehingga lembut. Toskan.
3. Masukkan nangka ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan santan cair. Rebus di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan serai, asam keping, udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Kuah perlulah selalu dikacau supaya santan tidak berketul.
5. Masukkan daun kunyit bersama dan perasakan garam dan gula secukupnya. Tutup api. Siap! 

Untuk air, Ummi sediakan air teh bunga + longan style Khairul Aming. 

Masukkan ais dalam jug, masukkan teh bunga (chrysanthemum) dan longan beserta sirapnya sebab chrysanthemum tu kurang manis. Adjust secukup rasa. Tapi, bulan puasa ni memang tak dapat rasalah kan haha... 

Terima kasih Aisyah bagi nasi ayam dan Ali bagi kuih...



Thursday, 23 March 2023

Sup Kosong @ Sup Bujang

Sup Bujang atau Sup Kosong ni Ummi regukan dengan nasi putih dan Ayam Masak Kicap masa birthday Angah Isnin lepas. Walid kalau makan kena ada kuah. Sup gini pun jadilah...

Sup Bujang
~ masukkan 2 cawan air ke dalam periuk, buka api
~ bila air dah panas, masukkan 1/2 kiub pati ayam dan biarkan hingga kiub pati ayam dissolve sepenuhnya
~ masukkan bawang goreng secukupnya
~ bila dah mendidih, tutup api. 
~ boleh masukkan daun sup / daun bawang sebagai hiasan 

Ummi masukkan juga kaki ayam yang dah direbus hingga empuk. Kiranya tak berapa nak bujanglah sup Ummi ni ahak! 

Kalau nak makan dengan nasi goreng pun sedap juga. Tambah-tambah time sahur. 



Wednesday, 22 March 2023

Ramadhan Kareem!

23.03.2023 | Khamis
Cantik tarikh permulaan puasa kita tahun ni :) 

Kali ni Ummi sambut puasa dengan sedikit ujian kesihatan. Batuk kuat dan sakit tekak. Batuk khoh khoh kata orang kampung Ummi. Sekali batuk tu susah nak berhenti. Terasa berlendir di tekak:( Yang tekak pula, terasa sakit bila menelan, hatta air pun. Sentuh-sentuh sekitar leher tu terasalah ada 'telur cicak' (kelenjar bengkak) haha .. Selalunya bila batuk hilang, 'telur cicak' ni pun hilang or vice versa. 

Tapi, ujian kecil saja Allah bagi Ummi. Ada kawan sekolah Ummi rupanya tahun ni kali kedua berpuasa  sebagai pesakit buah pinggang, yang perlu melakukan dialysis. Allahu Akbar! Kami baru tahu semalam. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusannya 🤲

Dah jadi tradisi sejak kecil, tonton pengumuman puasa/raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja². Kalau tak, rasa tak complete sambut puasa/raya haha ... Lepas tu, mesti tengok baju Tan Sri warna apa :D 

Tqsm KJ aka Mak Itam. Rasmi sudah untuk terawih malam tadi 😁

Selamat berpuasa untuk semua. Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik, mempermudahkan segala urusan kita dan memberi kelapangan untuk kita beramal sebanyak-banyak dan sebaik-baiknya di bulan yang penuh barokah ini. 

Ramadhan Kareem!  


Tuesday, 21 March 2023

Happy 12th Birthday Angah 🎂

Our hensem boy turns 12 y/o dah! 
Dah boleh buat IC hehe...

Very simple celebration; 

Ummi goreng bihun then bagi kat Geng Main sorang sebekas...

Kemudian untuk Ummi dinner Ummi masak ayam kicap, telur mata dan sup bujang/.sup kosong ...


Birthday cake pun sekadar kek coklat biasa je Ummi beli. 

Untuk hadiah, Ummi belikan dia KitKat dan chocolate serta sebatang pembaris :D Sebab dalam pencil case dia takde pembaris hihi...

Muka dah makin iras dengan arwah Pakcik dah ☺️

Actually last week sebelum Abang balik asrama dah celebrate kejayaannya dalam UPKK dan pre-bday celebration sekaligus. Alhamdulillah dia pun tak minta banyak, cuma Ummi masih hutang hadiah UPKK :D 

Doa Ummi untuk Angah; 

Sentiasa jadi penyejuk mata keluarga, jadilah pembantu dan peneman setia Abang dan jadilah pelindung untuk adik². Sentiasa bersikap dermawan, baik hati bukan hanya kpd Ummi tapi juga buat seluruh keluarga kita. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa Angah untuk dapat Mumtaz PSRA, naik pentas hujung tahun nanti & dapat masuk sekolah Abang.
Aamin aamin aamin Ya Mujib 🤲 

Happy 12th Birthday Angah sayang! 

# nanti lapang² sikit Ummi b/w ye .. terima kasih kepada yang setia berkunjung dan meninggalkan komen. Tq..tq...tq 🤗



Monday, 20 March 2023

Back to School 2023

Tarikh keramat 20/3/2023 semua anak⁴ Ummi bersekolah secara formal. Dulu Adik tadika, tak berapa formal kiranya :p 

Jam 4.45 pagi dia dengar alarm phone Ummi bunyi dan kejutkan Ummi. Dia dah terjaga sebelum tu lagi rupanya :D 

Alhamdulillah tiada drama di pagi hari. Cuma, Ummi cuak bila misplaced name tag Angah. Awal cuti sekolah tanggalkan sebab basuh vest dia. Alhamdulillah jumpa. Lepas tu, bila tengok dia bersila lepas solat, Allah seluar senteng hampir ke betis haha... Awal cuti dulu okay je so tak beliliah yang baru. Meninggi betul dalam masa sebulan! 

Kakak pun baju PJ dah ngam² tu .. Lepas raya kita beli baru, sebab bulan puasa tak dibenarkan pakai baju PJ, sebab hanya belajar dalam kelas, takde aktiviti PJ diluar kelas. 

Alhamdulillah bayaran yuran pun Ummi dah setel-kan semalam. Lawa pulak angkanya; RM666

Belajar rajin² ye anak⁴ 🤗

Saturday, 18 March 2023

Dinner 2H

16/3/2023 | Khamis 

Sebelum sesi persekolahan 2022/23 berakhir depa dah buat Jamuan Akhir Tahun bersama guru² kelas. 

Kali ni buat lagi, sesama murid saja. Jemputan hanya Cg Ain & suami yang baru mendirikan rumah tangga hujung tahun lepas. 

Depa pilih Rot Thai Wangsa Maju sebagai lokasi. Tema 🖤🤍 untuk dinner tersebut. Kemain depa...

Kami pernah makan di Rot Thai Sri Gombak. Yang di Wangsa Maju ni Ummi tak pernah pergi. Syukurlah ayah Adli sudi tumpangkan Abang. Balik office, Walid ambil Abang bersama Adam. Ayahnya otw dari Puncak Alam, risau lambat sampai jadi minta tumpangkan Adam di rumah kami. Alhamdulillah dah masuk tahun ke-3 ni makin kenal parents lain. Sebelum ni Covid, jarang dapat bertemu muka dan berkenal mesra. 

Abang siap ajak Ummi beli baju baru, even though dia ada je T-shirt hitam. Tapi, dia nak kemeja. Layan je... Nampaknya semua menepati tema yang ditetapkan. 

Ada juga sesi tukar² hadiah. Abang beli ear pod untuk Nizar. Dia pula dapat stoking bola dari Ilham. 

Rezeki depa, dinner malam tu ditaja oleh parents S. S  nak tukar sekolah. Dalam suka tu terselit juga duka :( Panjang umur, ada rezeki dapat jumpa lagi S di kemudian hari. 

Semoga anak² 2H sentiasa berjaya di dunia dan akhirat 🤲

Friday, 17 March 2023

Rezeki Jumaat 17/3

Jumaat terakhir di bulan Syaaban, ramai ambil kesempatan bersedekah makanan...

Lepas Subuh, Angah & Abang bawa balik laksa Johor, karipap dan kuih kaswi. Alhamdulillah ada heavy food untuk sarapan sebab Ummi cuma buat roti sosej dan kopi O je pagi ni. 

Balik dari pasar, Aunty Farah bagi nasi lemak bungkus sorang satu. Alhamdulillah rezeki lagi :D Patutlah terdetik dalam hati takyah beli nasi lemak singgit di pasar tadi, rupanya nasi lemak Aunty Farah dah tunggu :D

Balik solat Jumaat pula anak² bawa balik nasi lemak dan epal. Maaflah, Ummi cannot go dah nasi lemak untuk hari ni. Nak makan nasi putih dengan lauk sardin semalam je 😁

Malam tadi Walid selit order dengan En Rizal. Dia buat nasi beriani untuk jamuan di KPJ. Teringin nak rasa, itu yang order. 

Dalam pukul 11 depa singgah hantar. Banyak tau makanan yang dia bagi; nasi beriani, ayam masak merah, dalca, jelatah, udang goreng tepung dan papadom. Ada juga sekotak kurma. 

Bila follow up untuk bayar, ini jawabnya ...

Allahu Akbar! Mudah-mudahan bertambah luas rezeki beliau 🤲

Alhamdulillah syukur selalu. 


Thursday, 16 March 2023

Spek Patah 😅

Gara-gara simpan cermin mata aka spek dalam poket seluar, bila tarik kalut² ginilah jadinya...

Mula berkhidmat pada 22/6/2021, setahun lebih jugalah usia perkhidmatannya :D Ini pun simpan lagi, untuk emergency katanya :)

Sementara nak siap spek baru, spek Ummi jadi ganti. Ummi jarang guna spek Ummi unless untuk membaca atau mengisi borang. Tengok phone alhamdulillah masih jelas. Bagi Walid, nak buat kerja di laptop tu kurang selesa jika tidak menggunakan kaca mata. 

14/3 spek baru dah siap. RM249, sama harga dengan spek Ummi. Tempat buat spek juga sama; Samsia Optometry. Kali ni Walid beli tali sekali, senang nak sangkut kat leher katanya 😁



Wednesday, 15 March 2023

Hari Orientasi Darjah 1

Allah, sibuk betul hujung² cuti sekolah ni... 

Semalam (15/3) Adik ada Orientasi Darjah 1. Syukur Walid perasan, tarikhnya bertukar. Info awal kami dapat katanya 18/3, hari Sabtu. 

Alhamdulillah, ceria je dia... Yang lain² pun takde yang meragam. 

Sementara anak² ada aktiviti dalam kelas, ibu ayah diberi taklimat dalam dewan. 

Yuran bulanan makan tengahari dinaikkan dari RM50 ke RM60/seorang. Tambah duit PIBG RM25, jadinya RM85/seorang. Mudah-mudahan Allah Al Razzaq sentiasa meluaskan rezeki 🤲

Selesai taklimat, ambil buku teks untuk Adik. 

Buku² akademik dia dapat banyak yang dah lunyai :( 

Dia peminjam ke 8 kalau ikut rekod pada buku teks ni...

Takpelah dik, ada rezeki tahun depan² dapat buku baru. 

Untuk buku tulis dah beli masa ambil result UPKK Angah minggu lepas. Minggu ni baru start balut buku²-nya sementelah Tok Umi & Tok Ayah pun dah balik Kedah. Baru lapang sikit nak uruskan hal sekolah anak⁴ ni...

Balik dari orientasi Adik semalam, ke sekolah Abang pula. Beli buku tulis dsbnya. 

Memang sibuklah mengadap buku² dan persiapan sekolah depa ni. Nanti free² Ummi bw ye 🤗