Saturday, 31 December 2022

Kenduri Kesyukuran ~ Asyraf Masuk Jawi

Sengaja Ummi pilih frasa 'masuk jawi' supaya anak4 cakna bahasa orang lama :) 

Kenduri kesyukuran untuk Asyraf ni diadakan pada hari Khamis 22/12. Inilah sebab utama kami balik kampung tempohari. 

Ada gulai daging + batang pisang, kurma kambing, ulam-ulaman, kuih-muih pun banyak. 

Menjelang Zohor Paklong hidangkan pula Mee Kari, alternative untuk yang tak nak nasi. Cuti sekolah, banyak kenduri. 

Orang sini panggil pulut kucai. Belah Ummi panggil pulut kacau. Di sesetengah tempat, wajik kan? Airtangan Tok Kodiang ni. Ummi makan 2-3 ketul. Jarang dapat jumpa pulut kacau sedap, apatah lagi airtangan orang tua-tua. 

Sebelah pagi majlis untuk jemputan wanita, ada bacaan Yasin. Lepas Zohor pula tetamu lelaki hadir dan ada bacaan doa selamat. Ini untuk penduduk perumahan ni la. Jemputan lain-lain (kawan-kawan, sanak saudara) tu datang je sepanjang majlis berlangsung. 

Sepanjang hari jugalah kami berkampung di rumah Maklong ni. Dok ulang makan entah berapa kali. 

Tahniah Asyraf! Cucu lelaki bongsu dan yang terakhir masuk jawi. Besaq-besaq dah semua ☺️



Friday, 30 December 2022

Asam Rebus Ikan Temenung

Mel datang minta daun selom, sambil hulurkan 2 kuntum bunga kantan mekar.

Dalam hati, Cik Leha nak buat laksa agaknya. Terus berangan makan laksa airtangan Cik Leha hahaha.... 

Ummi malas nak buat laksa, tapi teringat SA masak Kari Ikan Kembung + Bendi hari tu.  Tapi, taknak kari sebab baru masak Kari Ayam Bangladesh untuk cucu saudara. 

Yang Ummi terliur, ikan kembungnya, atau kami panggil ikan temenung. Lagipun nak guna bunga kantan tu jadi Ummi masaklah asam rebus. Ideanya datang bila nampak Mama Cella makan Asam Rebus Kundur+ Isi Ikan di rumah kenduri:D 

Resepi: Asam Rebus Ikan Temenung
Terima kasih: Che Nom

Bahan-Bahan 
4-5 ekor ikan kembung - Ummi guna 3 ekor, potong 2 
1/2 biji betik muda @ nenas - takde
1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 4 (Ummi tambah)
2 keping asam keping/gelugor
Garam secukup rasa
1/2 sudu gula pasir - Ummi tambah 

Bahan Kisar Halus 
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci kunyit
Cili merah atau cili padi
Sedikit belacan, jika suka
Sedikit air - Ummi suka berkuah, letak +-2 cawan air 

Cara-Cara
1. Kisar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus bersama sedikit air. Tuang ke dalam periuk.
2. Masak sehingga mendidih. Boleh tambah lagi air kalau nak lebih berkuah.
3. Masukkan betik muda/nenas, serai, daun kesum dan asam keping. Ummi masukkan bunga kantan sekali. 
4. Masukkan pula ikan kembung. Rebus sehingga ikan masak.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. 

Sambil petik daun selom untuk Mel tu, Ummi petik sekali terung pipit/terung cheweng. 

Alhamdulillah, sedap seadanya :)

Elok nak dinner, menu Cik Leha sampai. Bukan laksa tapi kerabu daun selom 😋

Ada taugeh, bunga kantan, daun selom, bawang, cili... Semuanya fresh dan rangup.  Ratah gitu pun sedap! 

Alhamdulillah syukur selalu. 

#Patutnya post entry ni dulu, sebelum entry balik kampung. Takpelah kan :) 

Thursday, 29 December 2022

Balik Kampung Hujung Tahun

Baru 2 hari duduk rumah setelah berpergian selama 6D5N ke Kuantan, Pekan dan Segamat usung beg balik kampung pula. Alhamdulillah Allah bagi nikmat dan rezeki berjalan-jalan hujung tahun ni, back to back travel. 


Nak singgah di Ipoh, ziarah Ayel dulu. Dia bersunat first day cuti sekolah hari tu. Member dah sihat rupanya, dah mai KL pun. Tak jadi singgah terus pecut ke Jitra. Pakngah Hasan pun dah discharged dari Hospital Taiping. Kalau tak, nak jugak singgah ziarah abang ipar Ummi tu. Ada masalah pada hatinya, suspected cancer :(

Sampai rumah, Tok Umi tengah shooting video untuk graduation night. Bukan biashe-biashe mak mertua ai :p 

Cucoq sukun dan puding kaswi untuk minum petang. Hentam je nama dia sebab rasa akan-akan kuih kaswi. 

Malam pun Tok Umi masak; nasi tomeh (tumis). Ala, yang guna Kurma Kambing Adabi tu :D 

Ummi tolong goreng ayam dan buat sup sayoq ja. Maksu bawak dalca kot... lupa dah. 

Esoknya makan kenduri bersunat Asyraf. 

Jumaat siang takde apa-apa, main masak-masak je dengan Maksu :p Untuk sarapan Ummi goreng bihun. Maksu buat macaroni carbonara. 
Siakap stim dan Ayam Goreng Berempah tu Ummi masak untuk lunch. Ikan siakap tu 2 ekor harganya RM17 lebih ja... Murah kan? Maksu masak tomyam, sayur kangkung goreng belacan dan ikan puyu goreng kunyit. Alhamdulillah seronok makan ramai-ramai gini... Tapi, kenalah pakat-pakat masak, pakat-pakat kemas ☺️

Sebelah malamnya lagi meriah. Makan shell out di laman rumah Tok Umi. 

Uda in-charge malam ni. Ummi dan Maklong tolong apa yang patut je. 

Esoknya pukul 5 pagi Tok Umi dan Tok Ayah bergerak ke KB untuk majlis Convo Tok Umi tu
Jadinya, pagi tu bersarapan sesama kami je di rumah Maksu. 

BCC tu Una buat. Kalau mood dia rajin, macam-macam resepi dia cuba kata Maksu. Biasalah tu... 

Alhamdulillah walaupun sekejap tetap seronok dapat jumpa keluarga. Kali ni tak balik Baling sebab balik kejap je. Lagipun kami ada plan lain sebelum balik Gombak. 








Cucu Saudara Datang Rumah

Balik dari Segamat Ahad, hari Isnin tu ada tetamu. Abg Anas bawa family-nya ziarah Ummi otw nak balik Kedah. Ummi ajak makan tengahari, alang-alang tengahari baru sampai katanya. 

Tengah syok masak Kari Ayam Bangladesh dan Chicken Ball Soup untuk Umar, cucu sedara Ummi tup-tup api dapur padam! 

Gas spare pun kosong huhu...Syukurlah Abang Sado ada. Bergegaslah ke kedai tukar gas. Alhamdulillah dapatlah masak seadanya sebelum depa sampai :)

Daun bawang tabur dalam sup tu petik depan rumah. Jimat belanja ai :D 

Lama depa lepak. Umar dari tak pernah main congkak sampai jadi terer-lah kata orang Kedah:D 

Lepas main congkak, lawan bola tepuk pulak dengan Pakngah Nawfal hihi ... Seronok dia ada geng main. 

Next time mai lagi tau 🤗

Wednesday, 28 December 2022

Homestay Impian Sharezain, Segamat

Alhamdulillah niat kami ke Segamat untuk   makan kenduri dan ziarah Makcik Segamat berjalan lancar dan dipermudahkan. 

Memandangkan kami telah menempuh perjalanan yang jauh dari Pekan, jadi kami decided untuk bermalam di Segamat. Pilihan kami ialah Homestay Impian Sharezain di Bukit Siput, Segamat. 

Ada swimming pool 😍
Rezeki anak4 kali ni, dari Kuantan ke Pekan hingga ke Segamat semua tempat penginapan ada swimming pool. Berendam aje la kerjanya. 

Homestay ni ada 10 bilik standard. Setiap bilik standard ni  dibina berkembar dua-dua. Kalau datang satu keluarga 6 beranak macam kami, diberi 2 bilik standard (connecting rooms). Harga setiap bilik hanya RM95. Kalau ambil 2 bilik, RM180. Sangat berpatutan harganya. 

Kemudahan dalam setiap bilik ...

Credit: En Zainal 

Bilik kami tempohari...

Yang atas bilik Walid & boys, yang bawah Ummi & gegirls. Biliknya sempit jadi memang kena ambil 2 bilik. Dari segi kemudahan, berpadananlah dengan harganya. Bagi kami yang penting ada aircond dan bilik air yang elok selain bilik yang bersih. Sempit tu takpe, sebab nak stay satu malam saja. 

Homestay ni dibina di kawasan tanah lot. Belakang tu ada pokok getah. Teringat kampung Ummi :) 

Kalau datang dengan keluarga besar (extended family) untuk family day ke  reunion ke lagi  seronok. Macam kami hari tu ada families lain, takleh nak conquer kolam 🤭

Persekitarannya cantik dan terjaga. 

Setiap bilik ada meja dan kerusi di luar. Seronok dapat bersantai sambil monitor anak2 mandi kolam. Rumput tiruan ni memang menaikkan seri laman. 

Parking agak sempit dan terhad. Tapi mungkin boleh park di tepi jalan besar sana. 

Dinner di pekan Segamat malam tu. Terkejut Ummi harga sepinggan kerang rebus ni 15 ringgit! Macam harga di Keyel :,p 

Esok pagi-pagi kami check out dan terus balik Gombak. 6D5N tinggal rumah, rindu! 

Alhamdulillah mission accomplished. Syukur atas rezeki-Nya. 

Homestay Impian Sharezain Segamat
No 6 Jalan West
Bukit Siput
Segamat
Johor Darul Takzim
Tel: 0197006722 (En Zainal) 

Tuesday, 27 December 2022

Tahniah En Din Sekeluarga

Sewaktu bertugas di sebuah bank, Walid telah ke cawangan Segamat atas urusan kerja. Tugasan tersebut membuahkan persahabatan antara Walid dan beberapa pekerja di cawangan tersebut. Silaturrahim tersebut masih kekal hingga ke hari ini. Jika ada kenduri-kendara dan dijemput, kami akan cuba hadir. Kali terakhir kami ke Segamat ialah tahun 2013, sewaktu Ummi mengandungkan Kakak. Bawak Tok sekali masa tu, ke kenduri anak tea lady bank tersebut. Kami panggil Makcik Segamat.  

Kali ni kami menerima jemputan dari En Din pula, ke majlis perkahwinan anak sulung beliau. 


Sampai di rumah kenduri dah hampir jam 3. Jumpa tuan rumah, dia suruh makan dulu. Elok sangatlah tu :D 

Sedapnya alahai nasi kenduri ni... Terbayang-bayang lagi keenakannya.

Cenderahati dari tuan rumah...

Dapat sebotol Sambal Kicap dan sebotol Sos Cili. Belum sempat cuba lagi sambal kicap tu. Cicah dengan Pisang Goreng pun sedapkan. Style orang Johor ... 

Terima kasih En Din sekeluarga atas jemputannya. Tahniah buat kedua mempelai. Didoakan agar beroleh sakinah, mawaddah & rahmah dalam rumahtangga. 

Dari rumah En Din, kami ke Jalan Meriyani, Kg Jawa untuk ke rumah Makcik Segamat. Kami dimaklumkan bahawa Makcik sedang uzur sekarang. Sebenarnya kalau Makcik sihat pun kami memang berhajat nak ke rumah beliau. Nak ziarah sambil kenalkan dengan anak4. Makcik & Pakcik baik sangat orangnya. Kalau ke rumah mereka, macam-macam dijamunya. Dilayan bagai keluarga sendiri. 

Bila nampak je Makcik terbaring, Allah sayunya hati Ummi. Rupanya Makcik dah lama bed ridden. Asalnya jatuh sewaktu nak memberus gigi di sinki. Akibatnya  ada tulang patah serta saraf rosak menyebabkan Makcik tak boleh bangun lagi. Hanya mampu terbaring. Tapi, Makcik masih kenal kami! Masih ramah, nak berborak macam dulu. Cuma, suaranya perlahan. Pakcik pula diuji dengan masalah jantung. Syukurlah, 3 dari 4 anak mereka tinggal bersebelahan. 

Didoakan agar kedua-dua mereka diberi kemudahan, kesembuhan dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Ada rezeki jumpa lagi ان شاء الله



Dari Pekan ke Segamat ~ Pengalaman Lalu 'Jalan Belakang'

Selain berhajat nak ke Pekan, kami juga ada keinginan untuk melakukan perjalanan di laluan Pekan-Segamat. Kami panggil 'jalan belakang ' sebab selalu kalau ke Segamat kami ikut PLUS. Teringin nak lalu jalan tu, nak tengok apa yang ada... 

Alhamdulillah Allah hadirkan peluang tersebut dalam bentuk jemputan kenduri kahwin dari kawan Walid di Segamat, En Din. Jadi, dapatlah kami merasa pengalaman lalu di kawasan tersebut.  Kawan-kawan termasuk Uncle Wadi, orang kuat Bomba Johor turut mengingatkan Walid agar berhati-hati kerana jalan tersebut agak bahaya. Kami juga sedia maklum bahaya banyak kemalangan termasuk kemalangan maut sering berlaku di jalan ni. 

Kata staff di Ancasa Royale Pekan, dalam 1/2 jam sampailah ke simpang untuk ke Segamat tu. 

Memandulah kami hingga sampai di laluan masuk ke Lebuhraya Kuantan - Segamat (Lebuh Tun Abdul Razak). Nama simpang masuk ni Paloh Hinai. First time tahu wujud tempat ni. Ada Balai Polis Paloh Hinai di sebelah kanan simpang, gah di atas bukit. 

Lebuhraya ni open highway. Masa ni seronok memandu sebab jalan 2 lanes :) Kiri kanan jalan ada ladang kelapa sawit dan hutan. 

Excited  nampak signboard Chini! Dari zaman kerja sampai sekarang dok tunggu nasi minyak Cik Siti (ofismate Ummi dulu), tak sampai-sampai jemputannya :D

Lepas Chini, jalan satu lane, jalan biasa. Kereta banyak di kedua-dua arah jadi kena naikkan meter sabar, bukan speed meter  :) 

Sampai Muadzam. Kami pernah berhenti solat di sini masa nak pergi bercuti di Kuala Rompin 2 tahun lepas. 

Lepas Muadzam ni, pemanduan lebih mencabar. Lalu hutan, jalan sempit. Pengalaman kami sendiri, 2x kereta kami hampir bertembung dengan kenderaan di lorong bertentangan yang mahu memotong kenderaan di hadapan mereka. Jalan satu lane jadi kena betul-betul clear baru boleh memotong. Tapi, bukan semua orang mampu bersabar di atas jalan raya :( Walaupun begitu, alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang pemanduan tersebut. 

Lori pun banyak...

Ada tempat nama Chenderawasih 😍

Di Gombak ada tempat nama Sg Chinchin, di sini Galang Chin Chin :) Ini agaknya yang dikatakan "jauh berjalan luas pandangan" :p Macam-macam nama tempat yang baru kami ketahui dan sedari kewujudannya. 

Alhamdulillah bertolak dari Pekan jam 11.35 pg, sampai di pekan Segamat jam 1.50 ptg. 

Lapaq nasik dah ni 🤭

 

Monday, 26 December 2022

Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan

Selain kesuntukan masa, cuaca juga tak mengizinkan kami keluar bersiar-siar di Bandar DiRaja Pahang ni. 

Semasa berkunjung ke Muzium Sultan Abu Bakar ni pun hujan. Tapi, sebab dah sampai ke sini, wajiblah ambil gambar anak4 untuk kenangan. 

Tak pasti sama ada muzium ni dibuka untuk lawatan atau tidak. Kami sekadar singgah bergambar di luar muzium yang tak kurang menarik dengan arca kuda, meriam, rangka kapal terbang dsbnya. 

Bersebelahan dengan muzium pula ialah Muzium Masjid Sultan Abdullah. 

Memandangkan rintik hujan makin kasar, Ummi hanya snap gambar dari dalam kereta saja. Bersebelahannya pula ada masjid dan Makam DiRaja Pahang serta sekolah perempuan yang Ummi terlupa pulak namanya :( 

Setakat ni saja dapat bersiar-siar di Pekan ni. Anak4 kecoh nak balik mandi pool di hotel.