Monday 5 December 2022

Kari Ayam Bangladesh

Viral katanya resepi ni. Ummi pun bila nampak Cik Puan SK cuba resepi ni, cubalah juga. Selain tu, Ummi juga mengintai dapur maya Kak Lina PG untuk rujukan. Thank you both of you 😘

Memang mudah sangat, tak perlu tumis bagai dan tak payah letak santan pun. Mungkin lebih sihat? 

Kari Ayam Bangladesh
Sumber: Seri Kandi Tanah Jauhar / Lina PG 

Bahan-Bahan
6-8 ketul ayam
3 biji kentang
1 batang carrot
2 tangkai daun kari
3 s/m serbuk kari ayam/daging
1 s/m serbuk kunyit
1 s/m serbuk cili
4 sekawan - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
Sedikit minyak masak 
2 cawan air
Bendi - Ummi tak letak 

Bahan Kisar Halus
5 ulas bawang merah @ 1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 1/2 biji cili merah 
2 s/k jintan putih

Caranya:- 
1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama kentang, carrot, rempah 4 sekawan, daun kari, serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk cili serta bahan kisar halus. 

2. Masukkan sedikit minyak masak dan gaul mesra semua bahan di dalam periuk.
3. Buka api kecil dan masak hingga ayam sedikit kecut. Kacau selalu takut hangit, sebab belum masuk air. 
4. Bila ayam hampir kecut, baru masukkan air. Besarkan api ke tahap sederhana, tutup periuk dan renehkan hingga masak, sekitar 20 minit. 
5. Perasakan dengan garam. Jika semuanya sudah sebati, tutup api.
6. Biarkan dalam 1 jam baru dihidangkan. 

Kari ni lagi lama 'direhatkan' lagi sedap sebab kuahnya makin memekat. Masa makan time dinner rasanya lagi umph berbanding time lunch. Gitu ...

Alhamdulillah :) 

11 comments:

  1. Ni kari sihat sebab tak letak santan. Kari India pun tak letak santan klu tak silap, ganti dengan yogurt.

    ReplyDelete
  2. Wah... dah try kari bangladesh... sy blom lg

    ReplyDelete
  3. x pernah cuba lagi..emm..leh try ni, tq for the recipe!

    ReplyDelete
  4. sy belum cuba lagi teringin juga nak rasa kari bangladesh

    ReplyDelete
  5. sedap nmpknya kari bangladesh tu

    ReplyDelete
  6. Belum pernah cuba kari Bangladesh ni.
    Makanan sihat tanpa santan

    ReplyDelete
  7. boleh cuba juga nti ni. tp kalau mak mak org lama mesti tak puas kalau tak tumis hehehe

    ReplyDelete
  8. Alaaaa...kenapa la tengok gambar dia tu...now dah craving...

    ReplyDelete
  9. Haish...kari Bangladesh ni dok lalu lalang ja ni...
    Ada juga yang kena pi cari ayam ni...hihihi

    ReplyDelete