Ceritanya selepas 77 hari berpindah keluar dari rumah, kami mula mengemas dan mengasingkan segala barang dalam rumah. Berminggu-minggu jugalah sorting segala jenis pakaian, peralatan eletrik, buku-buku dsbnya. 17 tahun punya barang :D Alang-alang buat cleaning, kita kasi clear mana yang tak boleh digunakan lagi.
Antara yang kami buang termasuklah radio lama. Radio ni Walid beli dari Paksu; way back in mid 2000. Dah masuk kategori barang antik haha...Then, mini fridge yang Ummi beli tahun 2008/2009 untuk store EBM. Gunalah 1-2 tahun. Ingat nak donate ke Rumah Prihatin tapi kondisinya kurang baik. Ini antara barang-barang nostalgia yang dilepaskan :D
Di lepaskan ke mana?
Kenalan Walid di AFES (Alam Flora Environmental Solutions - anak syarikat Alam Flora) mencadangkan kami hantar semua barang yang boleh dikitar semula termasuk e-waste (handphone, charger, extension plug, bateri dsbnya) ke satu pusat pengumpulan barangan untuk kitar semula dibawah kelolaan AFES iaitu RISE@KL yang letaknya di Batu Caves.
Kata Walid, RISE@KL ni beroperasi di sebuah gudang. Drive in ke kaunter and unload barang. Nanti adalah staff yang akan tolong. Setiap barang akan ditimbang dan dibayar ikut harga yang ditetapkan. Minyak masak terpakai dibeli pada harga RM2.80/kg. Lagi mahal dari minyak masak peket :) Mesti ada demand kan. Tak salah, antara produk yang boleh dihasilkan dari minyak masak terpakai is lilin.
Keadaan dalam gudang ...
Angah sampai rumah je terus cari kertas exam, notes etc untuk dikumpul dan dijual. Seronok dia dapat duit 😁 Dah macam Mail 2 Singgit dah gelagatnya haha ...
Untuk awareness Ummi share status ni di WA...
Rupanya ramai yang berminat untuk tahu lebih lanjut. Dan ramai sebenarnya mencari tempat pengumpulan barangan terpakai sebegini 👍 Kesedaran dah ada cuma tak tahu tempatnya je.
Moga sharing ni bermanfaat untuk semua dan dapat menggiatkan lagi usaha menjaga bumi. Sebelum ni Ummi buat pengasingan sampah, cuma tak tahu nak dihantar kemana. Bila letak diluar rumah, samada dikutip oleh Aunty Paper ataupun pekerja KDEB. Ralat juga bila sampah yang dah diasingkan kadang tu dihumban sekali ke dalam lori sampah.
Dah tahu tempatnya, senanglah lepas ni boleh ke sana selalu. Dekat je dengan rumah pun.
Kitorang memang ada buat asing dan hantar untuk kitar semula. Cuma pakaian dan alat elektronik yang kami tidak tahu hantar mana.
ReplyDeleteKalau di Lembah Klang ni boleh hantar ke sini @ ke Putrajaya NA.
DeleteTerima kasih share ni PH. Kalau la saya tau masa saya pindah 2 bulan lepas hehe. Byk jugak barang kiteorg yg terpakai tapi tak tau nak hantar ke mana. Kalau car seat budak dieorg ambik tak?
ReplyDeleteSama-sama :)
DeleteItulah, sy pun baru tau ☺️
Boleh sis, stroller baby, raket tennis pun ada yg hantar ke Rise@KL tu
Wah...tq info..
ReplyDeletePasti ramai yang yang tertanya2 sudah dapat jawapan termasuk saya yang bercadang nak kemas dan buang buku-buku Adah study dulu & kain baju tu yang paling tak tau nak hantar ke mana.. nak buang sayang.nak simpan tak pakai terutama baju kurung
Sy cadangkan MC terus bawa ke Putrajaya (dlm entry terkini sy) sbb boleh hantar sekali baju2 & buku-buku tu.
DeleteTQ infonya PH👍
DeleteBagus lah Ummi.. Memupuk kesedaran ramai.. ;)
ReplyDeleteHaha...
DeleteSharing info je sbb tau ramai yg ada kesedaran utk Kitar semula ni cuma tak tau tempat yg betul utk diserahkan barangannya :D
Tq ziarah sini. Nanti sy ke blog Ibu Aqil ye 🤗
Wahhh!!! Bestnya siap boleh dpt jual ewaste ye kt situ... mcm gudang pun ada tmpt tu
ReplyDeleteTerima kasih share PH..menarik ni...kat rumah SA banyak je barang yang nak di lupuskan
ReplyDeleteTerima kasih..kalo tayar lama yg elok lg dia ambik tak
ReplyDelete