Selepas 2-3 tahun tiada, kali ni sambutan Hari Kanak-kanak SRAI diadakan pada 1/12 dengan tema retro. Ramai rupanya yang excited nak gayakan tema ni.
Ummi macam biasa, apa yang ada je.... Awal tu nak juga cari dan belikan dress/maxi skirt polka dot ke untuk Kakak. Tak pun gaya Saloma ke... Tapi, dia kata nak pakai jubah & shawl je. Sekolah pun tak paksa ikut tema retro tu. Boleh pakai baju kurung, jubah, baju melayu, kurta dsbnya Asalkan menutup aurat dan sopan.
Happy nau Makcik ni dapat makan Happy Meal. Kali ni lebih meriah sebab sekolah jemput McD datang. Awal-awal cikgu dah ambil order untuk Happy Meal set tu.
Selain tu, setiap kelas cikgu minta sumbangan 2 biji kek birthday secara volunteer. Kelas Kakak Amni bawak sebijik kek, Kakak bawa creampuffs. Kelas Angah pula Mia bawa kek dan Angah bawa creampuffs. Saja je Ummi order creampuffs, sebab tak nak banyak sangat kek. Rupanya tak semua parents alert akan hal ni. Sebab pesanan hanya pada anak2, bukan blast info dalam WA group kelas. Cikgu pun tak nak menyusahkan parents agaknya. Tapi, rasanya ramai parents are more than happy to contribute :p
Angah pula dari awal Ummi dah ada idea untuk gayakan dia. Boys ni senang sikit...
Rupanya ramai pula yang gayanya serupa hehe... Pakai kemeja dengan ikat scarf di leher. Dah itu fesyennya kan...
Eh, dapat pulak hadiah #8. Rezeki alhamdulillah. Tahniah Zafar #1, Nadeem #5, Adam D #5...semua ni classmates Angah. Sayang pula takde gambar mereka berempat. Tahniah juga untuk Inas, juara Tahap 1 (girl) dan Shaquille, classmates Kakak dapat no-5 Tahap 1. Selain pakaian beragam ni ada juga pertandingan MasterChef dan nyanyian. Kakak pergi audition tapi tak terpilih. Angah mula tu masuk nyanyian tapi sebab minggu sebelum tu demam, tak dapat praktis. Makanya join acara terbuka; pertandingan mewarna dan melukis doodle. Minggu depan baru dapat results.
Acara ni hari Jumaat jadi dapatlah release stress sekejap anak2 T5. Isnin ni sambung balik UPKK. Lepas tu merdeka yeay! Nampak gaya Ummi yang terlebih happy hahaha :D
Ni kalau pakcik makcik yang tengok ...terimbau kenangan zaman muda depa ni...seluar menyapu lantai..kemeja kekotak & kasut tumit tebal ..terbayang Hail Amir & Uji Rashid
ReplyDeleteTentulah meriah sambutannya
ReplyDeleteBagus ada aktiviti begini.
ReplyDeleteececeh kan main dengan pakaian ala Sarip Dol ye.. selamat hari kanak-kanak buat semua anak-anak semoga sentiasa di dalam lindungan Allah swt, aamiin
ReplyDeleteMmg byk event di sekolah thn ni kan? maklumlah lepas geram slps 2 tahun 'bertapa'
ReplyDeleteanak2 & mak ayah semua sporting carikan baju tema retro utk hari kanak2 :)
ReplyDeletePia pun baru baik demam asal exam je demam..Tahniah angah hensem betul samsengkampungdusun tu
ReplyDeletefesyen retro ala sarip dol yg soleh.. manis je angah . kakak pun ayu sungguh. mesti anak2 gembira.. alhamdulillah..
ReplyDeleteseronoks la the kids...
ReplyDeleteMeriah sambutannya.
ReplyDeleteBanyaknya belon
Tahniah Angah
Ammi sekarang kalau ada potluck ammi bekalkan keropok yg mini2 tu je. memanglah tak healthy sgt tp thats what kids love...kata nak raikan dorangkan
ReplyDelete