Tuesday, 27 December 2022

Tahniah En Din Sekeluarga

Sewaktu bertugas di sebuah bank, Walid telah ke cawangan Segamat atas urusan kerja. Tugasan tersebut membuahkan persahabatan antara Walid dan beberapa pekerja di cawangan tersebut. Silaturrahim tersebut masih kekal hingga ke hari ini. Jika ada kenduri-kendara dan dijemput, kami akan cuba hadir. Kali terakhir kami ke Segamat ialah tahun 2013, sewaktu Ummi mengandungkan Kakak. Bawak Tok sekali masa tu, ke kenduri anak tea lady bank tersebut. Kami panggil Makcik Segamat.  

Kali ni kami menerima jemputan dari En Din pula, ke majlis perkahwinan anak sulung beliau. 


Sampai di rumah kenduri dah hampir jam 3. Jumpa tuan rumah, dia suruh makan dulu. Elok sangatlah tu :D 

Sedapnya alahai nasi kenduri ni... Terbayang-bayang lagi keenakannya.

Cenderahati dari tuan rumah...

Dapat sebotol Sambal Kicap dan sebotol Sos Cili. Belum sempat cuba lagi sambal kicap tu. Cicah dengan Pisang Goreng pun sedapkan. Style orang Johor ... 

Terima kasih En Din sekeluarga atas jemputannya. Tahniah buat kedua mempelai. Didoakan agar beroleh sakinah, mawaddah & rahmah dalam rumahtangga. 

Dari rumah En Din, kami ke Jalan Meriyani, Kg Jawa untuk ke rumah Makcik Segamat. Kami dimaklumkan bahawa Makcik sedang uzur sekarang. Sebenarnya kalau Makcik sihat pun kami memang berhajat nak ke rumah beliau. Nak ziarah sambil kenalkan dengan anak4. Makcik & Pakcik baik sangat orangnya. Kalau ke rumah mereka, macam-macam dijamunya. Dilayan bagai keluarga sendiri. 

Bila nampak je Makcik terbaring, Allah sayunya hati Ummi. Rupanya Makcik dah lama bed ridden. Asalnya jatuh sewaktu nak memberus gigi di sinki. Akibatnya  ada tulang patah serta saraf rosak menyebabkan Makcik tak boleh bangun lagi. Hanya mampu terbaring. Tapi, Makcik masih kenal kami! Masih ramah, nak berborak macam dulu. Cuma, suaranya perlahan. Pakcik pula diuji dengan masalah jantung. Syukurlah, 3 dari 4 anak mereka tinggal bersebelahan. 

Didoakan agar kedua-dua mereka diberi kemudahan, kesembuhan dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Ada rezeki jumpa lagi ان شاء الله



10 comments:

  1. Semoga persahabatan utuh smp bebila... Amin

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya, sedih sangat bila tengok orang2 tak kiralah saudara atau kawan, yg dulu sihat kini rebah dan semakin uzur. Nasib kita akan datang pun tak tahu juga kan, PH. Semoga mereka yang uzur dipermudahkan segala urusannya dan sentiasa sejahtera, insyaAllah.. Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah terima kasih En Hazel sudi dtg ke majlis anak perempuan kami

    ReplyDelete
  4. aida suka attend wedding. pantang dijemput, jika takde aral, sampai la. nice plak gift tu. sambal kicap :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya makan kenduri..SA x dapat menikmati makan lauk kenduri sendiri...kepenatan dan x lalu makan...

    ReplyDelete
  6. Nasib baik datang lewat lauk masih ada.
    Allahuakhbar semoga makcik dan.pakcik segera sembuh.

    ReplyDelete
  7. Semoga ukhwah berkekalan.. mst en suami PH ni ramah orgnya ye.. semua org suka dan x lost kontak

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan menyambung silaturrahim.Semoga Pakcik & Makcik Segamat juga dikurniakan kesembuhan dan dimudahkan urusan duniawi & ukhrawi

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah dpt memenuhi undangan sambil tu boleh menziarah.

    ReplyDelete