Sebelum tu nak minta maaf sekali lagi, entry SEMALAM tu sepatutnya berbunyi Sup Ayam Pencen, bukan Sup Ayam Kampung 🙆 Entah ke mana fikiran Ummi melayang pun tak ingat. Bila Kak Amie tanyakan harga ayam tu untuk seekor ke sekilo baru Ummi perasan! Ayam pencen tu sekarang harganya RM13/ekor. Sebelum-,sebelum ni Ummi beli di Pasar Sri Gombak harganya RM10. Sejak krisis ayam sebelum raya hari tu lah agaknya harga ayam pencen ni naik. Ok, habis cerita ayam :) Kita masuk ke tajuk utama :p
Seperti yang Ummi share sebelum ni, De Ina Homestay tu dekat dengan kedai makan. Jadi, selepas ambil kunci, kami keluar semula untuk makan malam. Suami Pn Ina mencadangkan restoran Syuhada Tomyam Seafood.
Kedainya luas dan tidak sesak walaupun ramai juga pelanggan masa kami sampai tu. Dan semestinya kedai ni bersih. Ummi suka tengok lantai kedai. Kalau bersih tu, selesalah nak menjamu selera. Sebab ada kedai, atas meja saja disapu dan dilap bersih, bila pandang ke lantai, sisa-sisa makanan atau tisu bersepah.
Pesanan makanan juga cepat tiba, walaupun pilihan menu kami berbeza-beza. Dalam 15 minit saja menunggu, nasi goreng kampung Adik & Angah tiba.
Nasi Goreng Belacan pilihan Abang. Ada udang dan sotong...
Nasi Goreng USA Ummi, takde udang dan sotong. Lompat ke pinggan Abang agaknya 🤭
Nasi Goreng Cina untuk Kakak. Portion besar, tak habis makan. Adik & Angah pun sama, nasi goreng depa tak habis. Bungkus bawa balik simpan dalam peti ais dan esoknya panaskan untuk sarapan. Licin, tak membazir alhamdulillah.
Dari segi rasa, sedap semuanya. Recommended. Harga pula sekitar RM45 untuk makanan & minuman. Boleh Waze lokasinya jika hendak ke sini.
Yumms semua nampak sedap. Btw Cici pun bercuti di Ipoh hari tu
ReplyDeleteCan't wait to read the full story of you vacay Cici 🤗
Deletekalau sy ada ke sana mmg ke tmpt mkn yg PH rekomen je... mcm sama je taste family kita... hehehehe
ReplyDeleteArea sini byk tempat makan Kakmim. Tinggal nak pilih je :)
DeleteHahaha...mana2 pergi itu je lag menu kitorg :p
Kalau nasi goreng USA memang tiada udang dan sotong. Murah.
ReplyDeleteSupposed ada NA;
DeleteU: udang
S: sotong
A: ayam
:D
Nasi Goreng USA tu patutnya ada Udang (U), Sotong (S) dan Ayam (Ayam), kan.
ReplyDeleteKan SK?
DeleteTapi lapar & penat makan jem, licin je pinggan. Takde nak komplen-,komplen haha
Wah, boleh la carik tempat ni kalau singgah ke Meru.
ReplyDeleteSila... Sila :)
DeleteKe semua jumlah yang dipampang tersangat lah murah. Kena pi ni nanti hehe
ReplyDeleteSila...Sila...
DeleteSatay pun ada Juju :)