Masakan pajeri memang kegemaran Ummi sebab dari kecil Ummi selalu makan pajeri nenas, terung dan sesekali pajeri rebung. Malah, Ummi pernah makan pajeri epal airtangan Cik Leha dan Ummi sendiri pernah masak pajeri buah amra (kedondong) selain pajeri nenas dan terung. Dan setiap kali masak pajeri ni Ummi letak santan. Sebab begitulah cara arwah Tok masak pajeri.
Tapi, hari ni nak jimatkan penggunaan santan sebab dah buat ayam masak lemak, Ummi cuba-cuba cari resepi pajeri tanpa santan sebab pernah terpandang resepinya.
Jumpalah perkongsian dari Kak Mas di Majalah Rasa. Nampaknya bahan-bahan dan caranya sama sahaja. Yang tak dimasukkan hanya santan.
Sumber: Majalah Rasa
Bahan-Bahan
1 biji nanas – saiz terpulang dan jangan terlalu ranum
2 paket kecil rempah kari daging Babas –guna 3 s/b serbuk kari daging Rahman's
Bawang merah saiz sederhana – dihiris / kisar halus
2 ulas bawang putih saiz kecil – dihiris / dikisar
1 potong halia – dihiris / dikisar
1 tangkai daun kari
2 sudu makan gula perang @ ikut selera masing-masing - Ummi letak 3 s/b gula perang dan 1 s/k gula putih
* Ummi tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia.
Cara-cara
1. Bersihkan nenas, potong ikut selera masing-masing - Ummi suka potong kecil
2. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih, empat sekawan dan daun kari hingga naik bau
3. Masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan air. Biar rempah masak dan guna api sederhana. Tumis hingga pecah minyak.
# Untuk dapatkan kuah yang cantik, tumis sampai pecah minyak 3x. Maksudnya bila rempah pecah minyak kita tambahkan secawan air, ulang langkah yang sama sampai tiga kali.
5. Kemudian masukkan udang kering.
6. Masukkan kerisik, garam dan gula perang. Jumlahnya terpulang pada selera masing-masing.
7. Akhir sekali baru masukkan nenas. Biar mereneh dan nenas mesra dengan rempah.
8. Rasa dulu, jika semuanya cukup manis masinnya, tutup api. Siap!
Pesanan Kak Mas:
INFO: Empunya resipi masak dengan api yang perlahan, jadi kalau nak masak untuk makan tengahari, dalam kul 10 pagi tu sudah boleh mula masak pajeri ni. Sejam juga masa yang siambil, sebab nak pastikan rempah masak cantik. Harapnya resepi ini dapat membantu. Selamat mencuba. Doakan empunya resipi murah rezeki. Andai ada yang nak berniaga jual Pajeri Nanas, boleh cuba resipi ini.
Terima kasih Kak Mas atas perkongsian resepi ni. Didoakan agar rezeki Kak Mas sentiasa melimpah dan berkat aamin 🌹
Dah niat, kalau sedap ni nak bagi Cik Leha sebekas. Bukan apa, Ummi puasa jadi tak dapatlah nak rasa sedap ke tidak. Segan juga nak kongsi kalau tak sedap/tak jadi pajeri ni. Lepas berbuka, rasa sedap, secukup rasa alhamdulillah. Terus hantar runner bagi pada Cik Leha.
Selera kami sama, selera orang kampung :)
Selamat mencuba 🤗
Kalau makan pajeri ni, tak nak campur lauk lain, nt kacau rasa pajeri tu, kan. Kalau PH kata sedap, nanti kita boleh tiru rsepi ni
ReplyDeleteAmmi kurang sikit kalau pajeri nenas...tapi kalau terung perghhhh layannn
ReplyDeleteSuka pajeri nanas.
ReplyDeleteUntung Cik Leha.
dap nye..kena plak ngan ikan masin, pergh....
ReplyDeleteSedapnya PH 😋
ReplyDeletePajeri kedondong dan apple - rare sungguh ni. Belum pernah makan/jumpa.
sedap ni... kalau sy suka ratah je... x mkn ngn nasik pn xpe
ReplyDelete