Friday, 10 June 2022

B&L Hotel Bidor

Ikutkan kami dah booking homestay untuk bermalam di Bidor tempohari. W/bagaimanapun, atas sebab tertentu, kami hanya checked in di homestay tersebut sekitar 1 jam sahaja. 

Syukurlah pekan Bidor bukan hot spot  untuk para musafir bermalam, jadi tidak susah rnendapatkan tempat penginapan lain. 

Kami memilih B&L Hotel. Review tentang hotel ni Ummi pernah baca di blog SK. Hotel ni kerap menjadi pilihan beliau sekeluarga. 

Parking luas sebab hotel ni bukan berada di lot kedai tapi in its own building/area. Terletak betul-betul berhadapan jalan utama nak ke Plaza Tol Bidor.

Kami pilih suite triple, dengan kadar sewaan RM188/semalam (direct booking). 

Bilik sangat luas dan semestinya selesa 👍

Bilik air pun besar dan bersih.. 

Lengkap dengan toiletries...

Berkenan dengan pintu bilik air  Simpan sini gambarnya, untuk future reference. Ada rezeki nak reno bilik ayaq bawah tu :) 

Receptionist sangat friendly & courteous, membuatkan kita rasa dialu-alukan di hotel ni.  Actually I made a call to another hotel tapi dia punya receptionist 'kerek' & tak professional :( Terus kami blacklist hotel tu 🤭

Dapat loyalty card. After 5 stay, dapat 5% discount, cukup 10x stay pula dapat 10% discount and membership card (kalau tak silap sebab Walid main iyekan aje staff tu cakap :D )

Ini replika jambu batu dan jambu air di pekan Bidor, ambil gambar buat kenangan. Takde kesempatan nak explore pekan Bidor hari tu, lain kali انشاء الله. 

B&L Hotel
339, Jalan Bruseh
Kampung Masjid 
35500 Bidor
Perak Darul Ridzuan
Tel No: 05 434 9339 




7 comments:

  1. Menarik hotelnya, bilik luas selesa dan ada loyalty card. Bagus sangat untuk yang selalu travel.

    Oh, Bidor terkenal dengan jambu batu dan jambu air ya? Ada replika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selesa sangat stay di hotel ni.
      Setahu sy, Tapah yg terkenal dgn jambu batu, tapi mungkin Bidor pun sama :)

      Delete
  2. Boleh ulang tidur lagi di situ.

    ReplyDelete
  3. Kalau puas hati, bolehlah menginap selalu kalau ke Bidor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya inilah tempat pilihan kami kalau ke Bidor lagi Wak :)

      Delete
  4. Best, kan hotelnya, walaupun tak ada bintang2. Hari tu, kita tumpang buang air kat sini. Staf hotel tu dah kenal muka kami ni, hihi.

    ReplyDelete